Friday, December 21, 2012

Makan2 Penang 4 | Hero Burger Bakar

dah selalu sangat aku buat pasal makanan kat kelantan. hari ni, aku balik penang kejap. so, tadi ajak member keluar makan, sebab aku dah rindu makanan penang. mulanya ingat nak pergi pekena biryani clay pot kapitan georgetown, tapi last-last tukar rancangan, kami pekena burger bakar  kat kedai Hero Burger Bakar ni.

shahir, ridhuan, firdaus,
dari kiri : shahir, ridhuan, dan firdaus.

kedai ni terletak di Astaka Stadium Bandaraya Pulau Pinang. dekat perak road. (coordinate : 5°24'40.27"N 100°18'57.22"E). kat sini, ada pilihan burger daging lembu, ayam, dan kambing. untuk nak tahu menu sacara lebih detail dan harga, boleh tengok kat gambar bawah ni :

senarai harga burger bakar, menu burger bakar
klik untuk tumbesaran sempurna (open link in new tab)

malam tu, aku dan member keluar agak lambat. lepas tu, sembang kat kedai tu sampai dah lewat malam. so, sempat la aku tengok diorang sedang proses daging untuk burger bakar tu. (mungkin untuk keesokan harinya). daging burger tu diorang proses sendiri. 

daging burger yang sedang dibentuk dari daging cincang

dan hasilnya, tadaa....!!!


kedai ni terletak dalam area food court. so, ada macam-macam jenis makanan lagi la kat situ. malam tu, lepas pekena "duo beef patty + cheese + egg" (RM 13.00), aku rasa lapar lagi. maklumlah, last aku makan untuk hari tu ialah breakfast sebelum bertolak dari kelantan ke penang. so, aku try order char kway teow plak. tapi malangnya, dah habis. hmm~

komen untuk rasa burger bakar tu, aku rasa okay je. boleh la kalau nak keluar sekali sekala dengan member or keluarga. nak kata sedap sangat tu, tak de la. lebih kurang je rasanya dengan KB Burger Bakar. biasa je bagi aku. (lain orang lain rasa). 

so, jom try..!!!!

untuk keterangan lanjut, boleh ke facebook fan page hero burger bakar (http://www.facebook.com/HeroBurgerBakar)

maa'ssalamah, 
Pha is

29 comments:

  1. penang pun meriah dengan makanan kan. sis suka penang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. yg best pasai makanan kat penang, kebanyakannya kedai 24 jam... ada juga yg kedai tgh malam baru nk buka... heheh

      Delete
  2. try makan burger bakar kat de pauh
    dekat belah prai tu :)
    best gak.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru je kawan ada sebut pasa de pauh.. kat area politeknik tu ke?

      Delete
  3. sedap ni meleleh air liur da hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish3.. cpat lap.. buat malu kat org je.. hahahahahaha

      Delete
  4. owh..burger bakar..blum jmpa yg betul2 best lg....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa... ni mesti jnis high taste nih.. hehehe

      Delete
  5. seronokknyaaaaaaaaaaaaaaa
    Na kalau gi peneng HARUS carik laksa
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. laksa janggus ke? tmpat tu mmg popular.. banyak org luar dari penang sanggup susah2 cari laksa janggus kat balik pulau tu smata-mata nk pekena laksa.. hehehe

      Delete
  6. pehhh . nk mai penangg isnin ni . cari hatt ni laaa

    ReplyDelete
  7. Nanti ke Penang aku kena singgah ni..hehehehe

    ReplyDelete
  8. Belom sampai lg ka pulau... mesti best kan dgn mknan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay la... kat blah pulau ni, makanan jenis "meriah" tgh2 mlm... banyak kedai makan yg 24 jam, kedai nasi kandar terutamanya. kat sini pukul 1-2 pagi pun org pekena nasi kandar. contohnya nasi kandar beratuq (agk popular), tgh malam baru nk buka...

      Delete
  9. jangan mkn banyak2 nanti tembam hihi

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. hahahaha... kalau x rasa, boleh bayangkan je la.. hehe

      Delete
  11. err,,terus mengidam nak mkn brger.. =.=

    ReplyDelete
  12. kat u nie ade jugak yang jual burger bakar..
    xp x berinat pulak nak try..huhu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk.. biasa la.. barang yg dkat ni, org x pandang pon.. yg jauh2 jugak yg dicari.. hehehe

      Delete
  13. apa jua jenis bege pasti jadi kegilaan saya.. saya ni peminat tegar bege.. ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kalau mcm tu, lagi la kena pi.. hehehe

      Delete