aku ni, nak kata minat sangat kucing, tak de la sangat. tapi, kat rumah aku ada je sekor dua kucing. bukan kucing kami pun, tapi dah orang buang, lepas tu dia mai kat rumah. mak aku pun bagi je la dia makan dengan apa yang ada, selalunya lebihan makanan kami. 

ni la kucing kat rumah aku. kesian beliau, tengah tunggu kami nak buka puasa, sampai tertidur. 
(gambar diambil masa bulan ramadhan)

adik aku dan kucing 

last2, kucing tu stay kat rumah. tak kemana, sampai lah dah beranak pinak. lepas tu, bila dah dapat anak comey2, orang pakat mintak kat mak aku, nak ambik bela. mak aku pun bagi je la. macam tu la lebih kurang kitaran kucing kat rumah aku.

macam tu la manusia. yang buruk, orang buang. yang comel, orang mintak. hmm...

banyak sebenarnya kelebihan bela kucing ni. dalam hadis nabi pun banyak menyebut tentang kucing. even dalam kehidupan nabi dan para sahabat pun ada yang melibatkan kucing. antaranya:

1. hadis berkenaan seorang wanita diseksa di neraka kerana menyiksa kucing :

 

Abdullah bin Umar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : 
"seorang wanita diseksa kerana ia mengurung seekor kucing hingga mati dan wanita itu pun masuk neraka. wanita tersebut tidak memberi kucing itu makan dan minum saat dia mengurungnya dan tidak membiarkannya untuk memakan buruannya."
(HR Bukhari dan Muslim)[1]

2. hadis berkenaan kucing haiwan yang tidak najis.[2]

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," 
[Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, 
"Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." 
Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, 
"Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

3. Abu Hurairah, sahabat nabi yang sangat menyayangi kucing.

"Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau. 
Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kepada anak kucing)."[3]

4. Mu'izza, kucing kesayangan nabi[4]

Nabi Muhammad pada suatu hari telah terjaga (dari tidurnya), berikutan suara Azan yang memanggil untuk menunaikan solat. Tatkala baginda Nabi bersedia untuk menyiapkan diri untuk bersolat dan baginda hendak mengambil jubahnya, ternyata Mu'izza sedang tidur di atas jubahnya, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mu'izza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Mu'izza  Ketika Nabi pulang ke rumah, Mu'izza terbangun dan merunduk kepada baginda. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. [kesahihan diragui]

Dipercayai juga ketika Nabi Muhammad menerima tetamu ke rumahnya, Nabi selalu menggendong Mu'izza dan ditaruh Mu'izza pada paha baginda.

Nabi Muhammad kadangkala menggunakan air mutlak yang pernah menjadi minuman Mu'izza digunakan untuk tujuan berwuduk

5. hadis larangan menjual kucing

seseorang bertanya kepada sahabat Rasulullah yang bernama Jabir berkenaan wang hasil jual beli anjing dan kucing. Jabir menjawab: “Nabi melarang perbuatan seperti itu.” 
(Shahih Muslim, no: 2933)[5]

* * * * * * * * * * * * * * * *  * * * * * * * * * * * * * * 



sumber[6]


rujukan : 
[1] Kebenaran Islam Mengenai Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu - http://hasnulhadiahmad.com/kebenaran-islam-mengenai-kucing-sejak-1500-tahun-yang-lalu/#more-2237
[2] Kucing - http://ms.wikipedia.org/wiki/Kucing
[3] Abu Hurairah ( BAPA KUCING ) - http://mselim3.blogspot.com/2012/06/abu-hurairah-bapa-kucing.html
[4] Muezza - http://ms.wikipedia.org/wiki/Muezza
[5] Bicara Agama – Apakah Hukum Menjalankan Perniagaan Jual Beli Kucing? - http://melayukini.net/2012/10/bicara-agama-apakah-hukum-menjalankan-perniagaan-jual-beli-kucing/
[6] Dunia Kucing - http://www.facebook.com/aduka.duniatucing