Monday, October 29, 2012

Motif Turunkan Berat Badan



Aku tahu BMI (Body Mass Index) aku sekarang pada tahap overweight. Tapi, macam yang aku dah cakap dalam entry “Anda Rasa Anda Berat”, aku tak kisah sangat pun pasal berat badan aku. berat hanya sekadar nombor.

Tapi, sekarang, aku mula rasa nak turunkan berat badan sikit. Tapi bukan sebab aku nak sihat atau ‘fit’, or what so ever. Tujuan aku nak turunkan berat badan sebenarnya sebab moto.


Sebab yang pertama, aku kesian kat motor aku si Ultimo tu. Kalau aku berat sangat, kesian kat dia nak bawak aku merata-rata. Kesian kat absorber dan tayar belakang Timo aku, terpaksa tanggung pressure yang tinggi. Bila jadi macam tu, performance pun kurang la.

Sebab yang kedua, just because simple physics. Newton’s 2nd Law of motion state that force is equal to the rate of change of momentum. senang kata, kita ambil equation F=ma.

Andaikata berat aku sekarang 80kg dan berat motor aku 100kg (berat sebenar = 99.3kg berdasarkan spesifikasi dari internet). jadi a1 (acceleration) yang aku dapat adalah

a1 = F/180…….(1)

jika aku berjaya turunkan berat badan aku sampai mencapai BMI ideal, contohnya, BMI = 24, maka berat aku sepatutnya 69kg (turun sebanyak 11kg). untuk force yang sama, aku akan dapat acceleration terbaru, a2 sebanyak :

a2 = F/169…….(2)

jadi, percentage kenaikan acceleration yang akan aku dapat adalah sebanyak :

[(a2 – a1) / a1] x 100% =[ (F/169 – F/180) / (F/180)] x 100%
= 6.5%

Untuk lebih memudahkan, andaikan kalau dengan berat asal, aku boleh pecut dari 0-60km/j dalam masa 4 saat, (a = 15km/j/s) dengan berat terbaru,(peningkatan sebanyak 6.5%) aku akan dapat a = 16 km/j/s. jadi, aku dapat pecut dari 0-60km/j dalam masa 3.75 saat.
  
Jadi la. Hahaha…

maa'ssalamah, 
Pha is

24 comments:

  1. bila lagi kurang, maka dapatlah kawan tumpang.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg pon kawan boleh tumpang lagi.. hehehe

      Delete
  2. oooo...sebab motor, KY ingat sedang di lamun cinta heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk..? kesitu plak... kalau dilamun cinta-> bahagia -> makan banyak -> berat naik... hehehe

      Delete
  3. aaaaaaa......malas nak kire math!kekekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... ni saja buat kira2 sebab rindukan fizik.. skrg blajar farmasi dah x de fizik dah..

      Delete
  4. tu dia formula hahaha terer haha

    ReplyDelete
  5. pergh!! formula dia.. hahaha

    yg saya ni pulak, bmi tak stabil sebab tak cukup berat. tapi org tengok saya gemuk.. tah lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. genuk...? tengok gambar comel ja.. hehehe

      Delete
  6. Senang lah nak potong Lampu isyarat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat apa nk potong lampu isyarat... lampu isyarat tak laju. tak mencabar la.. kalau boleh potong moto or kereta lain, baru mencabar.. sbb diorg laju... hehehe

      Delete
  7. andaikata berat 80? ka memang berat 80? eh ka lebih? ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. shhh... kantoi nnti.. heheh

      Delete
  8. nak tumpang ultimo blh? HEHEHEH :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk.. susah la... ustaz azhar idrus kata, kalau nk tumpang, wali kena dok kat tengah2.. hahahah

      Delete
  9. Merah untuk berhenti .
    Hijau untuk jalan .

    Kuning? sedia untuk dipecut =D

    ReplyDelete
  10. Wah!! dah masuk kira-kira matematik aku failed....!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. saja ingat2 balik apa yg blajar dulu...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...