18.9.12

Sentuh Tanpa Niat



Apabila seorang lelaki menyentuh kulit wanita ajnabi[1] dengan tanpa syahwat, tidak membatalkan wudhu’nya, menurut mazhab imam Malik.[2]  Tapi, macam mana pula kalau seorang lelaki ‘tersentuh’ hati seorang wanita tanpa niat untuk ‘menyentuh’?

Faham tak? Kalau kurang faham, aku bagi situasi. Katakan, seorang lelaki bernama Extremities[3] telah lama berkawan rapat dengan seorang perempuan yang bernama Diaphoresis.[3] disebabkan Extremities ni seorang lelaki yang baik lagi kacak, maka lama kelamaan si Diaphoresis pon terpikat dengan Extremities.

Ditambah pula dengan layanan dan perhatian Extremities terhadap Diaphoresis yang agak istimewa pada pandangan Diaphoresis , telah menguatkan lagi perasaan cinta Diaphoresis terhadap Extremities. Akhirnya, setelah tak tertahan lagi, Diaphoresis pon meluahkan rasa cintanya kepada Extremities.

Malangnya, Extremities selama ini hanya menganggap Diaphoresis sebagai seorang kawan sahaja. Pada pandangan Extremities, segala layanan dan perhatiannya terhadap Diaphoresis tidak lebih dari seorang kawan.

Maka, kecewalah hati si Diaphoresis apabila mendengarkan penjelasan si Extremities tersebut.
Lantas, si Diaphoresis pun merajuk membawa diri, tidak lagi mahu berkawan dengan Extremities.

Semenjak itu, Pada wall facebook Diaphoresis acapkali terpampang gambar-gambar seperti dibawah ini:

Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia...
Jangan buat wanita jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia...
Jangan memberi wanita harapan kalau anda tak pasti...
Jangan sakiti hati wanita kalau anda tiada hati untuknya...
Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya...
HARAM jika jadikan wanita kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya...
-Ustaz Azhar Idrus


 Pesanan buat adam :
Jangan gurau sebarangan dengan hati perempuan. Mungkin Nampak teguh, tapi hakikatnya hati ini mudah terusik.
“jangan sentuh jika tidak berniat mahu memetik.”



Tolong jngan curi hati nih kalau tak tau nak menghargai
Tolong jangan curi hati nih kalau sekadar nak melukai
Dan tolong jangan curi hati nih jika ingin membuat diri ini derita

Dan bermacam-macam lagi yang di-share oleh Diaphoresis di wall facebook beliau. Hal ini membuatkan Extremities merasa benar-benar serba salah. Sesungguhnya Extremities memang tak ada niat langsung mahu menyentuh hati Diaphoresis, apatah lagi memetiknya.

Akhirnya, dua-dua merana, Diaphoresis kecewa, Extremities pula diselubungi perasaan serba salah. Dan tali persahabatan mereka juga akhirnya putus begitu sahaja. Dalam situasi ni, boleh dikatakan si Extremities telah tersentuh hati si Diaphoresis dengan tak sengaja dan tanpa niat.

Jadi, situasi ini salah siapa?
Adakah salah Extremities yang terlalu melayan Diaphoresis sehingga menyebabkan Diaphoresis menaruh harapan pada Extremities?
Atau salah Diaphoresis yang salah menafsir layanan dan perhatian Extremities yang hanya sekadar layanan seorang sahabat, dan dengan mudahnya jatuh hati terhadap Extremities?

Apa korang rasa?



 p/s : cerita dipetik dan diolah berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman beberapa member lelaki yang lain.


Daftar kata dan rujukan :

[1] ajnabi = orang yg sah dikahwini, bukan mahram.


[3] Extremities and Diaphoresis (medical terminology)
 Extremities = The distal or terminal portion of elongated or pointed structures.
Diaphoresis = Sweating, especially of a profuse type.


maa'ssalamah,
Pha is

64 comments:

  1. pening nyerr.. tolong belikan ubat pening lalat.. lalalal :)

    ReplyDelete
  2. bg si ppuan tu, se elok nya tak yah la nak bharap sangat. kita tak tahu hati laki tu cam na. makna nya mgkin rapat sebab selesa ja tak da niat nak cuit hati ppuan tu pun, tapi ppuan tu yg pk ke lain. haha paham dak pening da @_@

    ReplyDelete
  3. thumbs up! :D
    stiap pmasalahan msti ada salah dua dua pihak. laki tu pon myb tlbeh mlyan, so xptot la sbb hati prempuan ni lmbut,mudah tpikat.yg pmpuan tu plak salah sbb cepat perasan.dia xpndai nak bezakan. dan xptot dia post segala kat fb tuu.diam2 sudahh.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau diikutkan, mmg silap lelaki sama. sepatutnya batas pergaulan berlainan jantina dijaga. ni la antara masalah yg timbul bila batasan tu tak terjaga...

      anyway, pasal statement last tu, sgt2 stuju.. diam2 sudah.. hehehe..

      Delete
  4. kalau di ikutkan situasi itu, jelaslah salah si Extremities. perhatian sebagai sahabat, tidak boleh lebih pada batasan, itu bukan perhatian seorang sahabat tau...perhatian macam tu, memang boleh mengundang perasaan cinta dan sayang...eeemmmm..


    "jangan pernah menyentuh hidup seseorang, jika itu hanya akan menghancurkan perasaannya"

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm... itu la.. sbb tu skrg ni dah tak berani nk rapat sangat dengan perempuan... spaya tak menghancurkan hati mana2 pihak...

      Delete
  5. Rasanya tak boleh salahkan siapa2. si extremities bukan bermasud lain dan sekadar ingin memberi perhatian kerana niat ikhlas. hati wanita bagai kerak nasi, mungkin benar namun pada zaman skrg ni, penafsiran sebegitu harus dielakkan. kerana ia mengundang banyak perkara buruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati wanita bagai kerak nasi, lama-lama jadi lembut. hehehe...

      Delete
  6. persahabatan anatara laki dan perempuan bukan muhrim kna ada batasnya....
    pompuan mmg mudah terasa dan perasan...so pandai2la....

    done folo U!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. masing2 kna pandai jaga diri, jaga batas pergaulan, dan jaga hati.. kan?

      anyway, thanks...

      Delete
  7. Kalau boleh dari awal jelaskan perhubungan tersebut agar tak menjejaskan persahabatan tu dan jugak tidak menyakiti hati wanita tersebut. Layanan tu biarlah sama macam layanan yang diberikan kepada orang lain.. bila terlebih layan itu yang disalahtafsir oleh wanita tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. tapi ada seorang kawan ni, dia layan smua kawan perempuan dgn layanan yg rapat... bila ditanya, katanya itu perkara biasa baginya...

      Delete
  8. nak kata salah perempuan... tak rasanye.... hati perempuan ni lembut dan mudah tersentuh...

    dan nak kata salah lelaki pula... tak juga rasenye... sbb dia ikhlas ambil berat kat perempuan tu...

    hmmmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. so, prevention is better than cure.. kan. kita boleh elakkan dari berlakunya perkara mcm ni. jaga batas pergaulan...

      Delete
  9. masalah kalau kita berkawan rapat dgn lain jantina ;D
    sebab tu kita disuruh menjaga batas pergaulan agknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. banyak masalah yg boleh timbul jika batas pergaulan antara jantina tak dijaga. bukan masalah zina je, tapi masalah ni pon boleh jadi...

      Delete
    2. betul tu ;D
      sebab lain org lain fikirannya kan?
      even kita rasa ala gurau biasa2 je pun belum tentu yg menerimanya pun akan biasa-biasa je ;P

      Delete
    3. hmm.. lain org lain persepsi... mgkin pada pandangan kita, itu biasa. tapi pada pandangan org lain, itu istimewa... bila salah faham dan salah tafsir... hehehe...

      Delete
  10. betul2 jgn bagi permpuan jatuh hati sbb perempuan mudah perasan tapi bukan wa hahahah :D

    ReplyDelete
  11. tak boleh salahkan sapa2 kalau jadi hal macam nie..lelaki tu sekadar menganggap perempuan tu kawan dan mesti dia tak jangka yg layanan dia akan buat perempuan tu jatuh cinta..dan hati perempuan nie cepat tersentuh dgn layanan lelaki..

    tapi perempuan tu kena fikir secara matang,cinta tak boleh dipaksa..banyak lagi lelaki lain...think positive! jodoh dan pertemuan Allah yang tentukan...

    apapun yg paling baik,org perempuan lebih baik kawan dgn kawan perempuan,tak payah jadi rapat dgn lelaki sangat...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. jalan selamat...
      yg penting jaga batasan pergaulan antara jantina...

      Delete
  12. hmm ati pompuan ni lmbut,x dnafikan pompuan cpt prsan.. so lki jgn la trlalu bg prhatian sgt klo aggap kwn biasa je... biasa2 sdh..huhu dua2 slh kot.. hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm ada experience ja... ceciter ceciter... hahaha

      Delete
  13. Nama pun dahsyat...heheheheh
    Apa nak buat bukan jodoh...so apa mahu kecewa!!
    Cari yang lain...ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah..bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor..

      Delete
  14. biasalah..hati pompuan mmg tersentuh..sekecil2 perbuatan yg pada lelaki remeh,mampu bawa kesan yg besar pada pompuan..wlu perbuatn tu tak bermaksud apa2..aku tak salahkan sapa2 dlm hal ni..sumer bergantung pada diri masing2..and sebagai pompuan, aku rasa better kita letakkan jurang dalam setiap perhubungan..mcm aku..klu betul dh niat nak berkwan, kalau ada perbuatan2 lelaki yg boleh buat aku jatuh hati, cpt2 ingtkan balik niat aku nak kawn dgn depa..tu aku lah..org lain aku tak tau..;

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay. kna berbalik kepada niat. noted.. hehehe

      Delete
  15. Hati perempuan mmg mudah terbawa2 dan sgt halus.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah perempuan sendiri kata mcm tu, so, betol la...
      saya lelaki. kalau saya state siap2 hati perempuan ni gini gitu, statement tu tak valid sbb saya lelaki.. hehehe

      Delete
  16. la taqrobu zina. itu pesan Allah dalam Quran. bagi saya ayat ni jelas menunjukkan batasan2 yang perlu ada dalam perhubungan sosial lelaki dan perempuan. dan bagi saya juga, kalau batasan ini tidak di redah dan di langgar, insyaallah kes yang berlaku kepada extrimities dan diaphoresis ni dapat di elakkan. [sekadar pandangan dan pendapat :) ]

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.. disini smua orang bebas meluahkan pandangan dan melontarkan pendapat...

      islam itu syumul, islam itu cara hidup. stiap yg diajar agama mesti ada kebaikan disebaliknya...

      Delete
  17. hmm... lelaki nie susah ditafsir. mcm cik putih sendri pernah alami situasi cam nie. Dah dia layan kita baik sangat. caring sangat. ingatkan dia sukakan kita smpai cik putih tak malu untuk bertnya. Alahaii.. dia anggap cam kawan jer. nasib xbrapa paras sangat time tue. Betul la orang kata hati pompuan nie halus jer, cepat melatah dengan benda yang dianggap remeh oleh lelaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe.. pengalaman mengajar kita tntang hidup, spaya lebih matang. walaupon kadang2 pengalaman tu pahit, jika kita pndai ambil pengajaran, insyaAllah, ianya akan menjadi pengalaman yg berguna.

      Delete
  18. SAtu je aku nak cakap. Tak faham.
    Aku rasa salah admin sebab bagi nama bukan-bukan sampai aku pening nak baca.
    jangan merajuk pula ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah.. x de la.. biasa la, side effect bila masuk blog hikayat budak pening ni... mudah membuatkan org pening.. heheh

      Delete
  19. Kalau sebaliknya?? ahaaaa, cam mane tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm.... mnarik...rasanya mungkn lelaki tu akn persuade pompuan tu, sampai pompuan tu suka kat dia... atau at least, still kwn dengan perempuan tu, sampai pompuan tu suka balik kat dia...heheehe

      Delete
  20. kisah ni fleksibel actually. tak kisah perempuan ke lelaki ke, kalau dilayan super baik extra perhatian punye ,tipulah takde heart feeling sikit... tapi tu la, perempuan terutamanya memang kuat perasan, so mai rasa kalau takde perasaan cinta tu lebih baik layan sempoi2 sudah. kita kamceng, tapi kamceng cara member-member, takde masa berduaan sampai timbul rasa sayang yang lain macam. ehhh membebel pulak eden.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. x pe.. makin banyak bebel, makin banyak percambahan idea...

      Delete
  21. dua-dua salah :)
    Sebaik-baiknya jgn berkawan rapat.dengan cara tu perkara2 mcm ni tak kan berlaku. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol... Bla syariat agama diikuti, kmungkinn prkara mcm ni berlaku akn kurg...

      Delete
  22. lebih selamat jika sedang belajar mana2 tak dahulu couple, sebab jika dah couple takut ada yg ketiga nak rosakkan hubungan yg baik tu. tahnia nice entry ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. bak kata nabi, jangan berdua, nnti yg ketiga tu syaitan... hehehehehe

      Delete
  23. cemana nak jawab ni.. bagi aku, (aku mcm xde idea je nak jawab persoalan ni)... xde jawapan a b c ke? hehe... susah sikit bila dah berkait dengan hati dan perasaan nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada jawapan a,b,c, dah jadi soalan objektive.. tapi ni soal hati, kna soalan yg subjective.. hehehe

      Delete
  24. em yang laki tu xde hati langsung ke dekat pmpuan tu? kesian dia.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. x de... mgkin sbb dia dh mmg dia x nk mnjalinkan hubungan istimewa dengan sapa2...

      Delete
  25. Replies
    1. walaupon pada dasarnya kita tahu perkara ni boleh berlaku... tapi kadang2, masa dlm pergaulan, tetap tak terjaga batasan.. akhirnya, jadi la salah faham, contohnya mcm situasi ni... so, kena lebih jaga2 la.. hehehe

      Delete
  26. errr,,,kesian pompuan tu ,,pompuan tu kena terima kenyataan la ,,nak buat mcm mna pompuan tu dah terlebey feeling ,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. kesian jugak.. tapi cinta tak boleh semata-mata kerana kesian.. kan? hehehe

      Delete
  27. Totally women wrong..no im tell right..women always rights..and maybe wrong to be right.

    ReplyDelete