Apabila seorang lelaki menyentuh kulit wanita ajnabi[1] dengan tanpa syahwat, tidak membatalkan wudhu’nya, menurut mazhab imam Malik.[2]  Tapi, macam mana pula kalau seorang lelaki ‘tersentuh’ hati seorang wanita tanpa niat untuk ‘menyentuh’?

Faham tak? Kalau kurang faham, aku bagi situasi. Katakan, seorang lelaki bernama Extremities[3] telah lama berkawan rapat dengan seorang perempuan yang bernama Diaphoresis.[3] disebabkan Extremities ni seorang lelaki yang baik lagi kacak, maka lama kelamaan si Diaphoresis pon terpikat dengan Extremities.

Ditambah pula dengan layanan dan perhatian Extremities terhadap Diaphoresis yang agak istimewa pada pandangan Diaphoresis , telah menguatkan lagi perasaan cinta Diaphoresis terhadap Extremities. Akhirnya, setelah tak tertahan lagi, Diaphoresis pon meluahkan rasa cintanya kepada Extremities.

Malangnya, Extremities selama ini hanya menganggap Diaphoresis sebagai seorang kawan sahaja. Pada pandangan Extremities, segala layanan dan perhatiannya terhadap Diaphoresis tidak lebih dari seorang kawan.

Maka, kecewalah hati si Diaphoresis apabila mendengarkan penjelasan si Extremities tersebut.
Lantas, si Diaphoresis pun merajuk membawa diri, tidak lagi mahu berkawan dengan Extremities.

Semenjak itu, Pada wall facebook Diaphoresis acapkali terpampang gambar-gambar seperti dibawah ini:

Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia...
Jangan buat wanita jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia...
Jangan memberi wanita harapan kalau anda tak pasti...
Jangan sakiti hati wanita kalau anda tiada hati untuknya...
Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya...
HARAM jika jadikan wanita kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya...
-Ustaz Azhar Idrus


 Pesanan buat adam :
Jangan gurau sebarangan dengan hati perempuan. Mungkin Nampak teguh, tapi hakikatnya hati ini mudah terusik.
“jangan sentuh jika tidak berniat mahu memetik.”



Tolong jngan curi hati nih kalau tak tau nak menghargai
Tolong jangan curi hati nih kalau sekadar nak melukai
Dan tolong jangan curi hati nih jika ingin membuat diri ini derita

Dan bermacam-macam lagi yang di-share oleh Diaphoresis di wall facebook beliau. Hal ini membuatkan Extremities merasa benar-benar serba salah. Sesungguhnya Extremities memang tak ada niat langsung mahu menyentuh hati Diaphoresis, apatah lagi memetiknya.

Akhirnya, dua-dua merana, Diaphoresis kecewa, Extremities pula diselubungi perasaan serba salah. Dan tali persahabatan mereka juga akhirnya putus begitu sahaja. Dalam situasi ni, boleh dikatakan si Extremities telah tersentuh hati si Diaphoresis dengan tak sengaja dan tanpa niat.

Jadi, situasi ini salah siapa?
Adakah salah Extremities yang terlalu melayan Diaphoresis sehingga menyebabkan Diaphoresis menaruh harapan pada Extremities?
Atau salah Diaphoresis yang salah menafsir layanan dan perhatian Extremities yang hanya sekadar layanan seorang sahabat, dan dengan mudahnya jatuh hati terhadap Extremities?

Apa korang rasa?



 p/s : cerita dipetik dan diolah berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman beberapa member lelaki yang lain.


Daftar kata dan rujukan :

[1] ajnabi = orang yg sah dikahwini, bukan mahram.


[3] Extremities and Diaphoresis (medical terminology)
 Extremities = The distal or terminal portion of elongated or pointed structures.
Diaphoresis = Sweating, especially of a profuse type.


maa'ssalamah,
Pha is