Skip to main content

Hobi | Kumpul Kad



Kali ni, aku nak cerita pasal hobi yang pernah aku buat dulu. Hobi mengumpul kadfon. Korang tau kan kadfon tu apa? Ala, kad yang ada microchip yang untuk guna public phone tu. Dulu-dulu popular la juga. sekarang dah kurang.

macam ni la rupa kadfon tu. kad fon yang ni sempena persidangan negara-negara OIC ke-10 (16-18 oktober 2003) kat KL. 57 buah negara yang terlibat. well, setiap kadfon ada cerita disebaliknya tau. hehehe...

Semuanya bermula pada tahun 2003, bila aku pertama kali masuk ke asrama masa tingkatan 1. Masa tu, biasalah, ramai yang pakat rindukan rumah, rindukan emak dan ayah, rindukan family.

Sebab tu ramai kawan-kawan aku yang beli kadfon tu. Nak guna syiling leceh. Bila kawan-kawan aku dah habis guna kadfon tu, aku pon minta la kat diorang. Daripada diorang buang kadfon tu macam tu je, baik diorang bagi kat aku.

antara koleksi kadfon yang aku ada

Ada yang bagi free. Ada yang jual kat aku. Sekeping dalam RM0.20-RM1.00, bergantung kepada betapa pandai diorang tawar-menawar. Masa tu, hobi punya pasal, aku sanggup beli tau. hehehe  

Tapi, hobi ni bertahan dalam 2 tahun gitu je. Sebab bila dah tingkatan tiga, semua pakat dah matang. Dah ‘immune’ dari penyakit rindu kat family. Lagipon, masa tu dah ramai berani bawa hand phone ke asrama senyap-senyap. So, memang masa tu, susah la aku nak dapat stok kadfon baru. Last2, hobi aku tu terkubur macam tu je.

Kad top-up ada juga aku kumpul, walaupon masa tu aku tak ada hand phone pon. Semua dari kawan-kawan. tapi, bagi aku, kad top-up macam tak best sangat. Sebab tak banyak ‘diversity’.   

Selain kadfon, ada juga aku kumpul kad nama. Dulu masa kecik-kecik, aku pernah jadi ‘taukey’ kad nama tau. Yang satu set 12 keping RM3.00 tu. Kalau dapat banyak customer, aku dapat kad nama free. Untung la jugak masa tu.

contoh kad nama aku. memang bunga-bunga macam ni. kad nama untuk budak-budak je, bukan untuk kerja.


antara koleksi name card customer-customer aku. hampir satu perempat daripadanya aku punya. dalam satu perempat tu, rasanya dalam 2 set je yang aku beli, yang lain dapat free.

Selain kad nama, company yang aku jadi agent tu ada jugak jual kad gambar artist. Aku tak beli pon, tapi dapat free, sebab dapat cari ramai customer.

westlife. well, aku agak minat westlife. dulu, kini, dan selamanya. hehehe


arvil pon aku agak minat jugak.


kad siti nurhaliza. masa tu muka dia pon muda lagi. sekarang dah jadi bini orang dah pon. hehehe... yang kiri sekali tu kad top-up yang ada gambar dia. aku simpan woo...

Aku tak tau kenapa dulu aku gila kad. Sekarang, minat tu masih ada, Cuma malas, tak de commitment (macam la hobi ni susah sangat). Sedar tak sedar, dah hampir 8 tahun aku tinggalkan ‘dunia kad’ ni.

aku ada 3 name card holder. satu boleh isi 80 keping. semua sekali, cincai kira dalam 240 keping kad yang aku ada.

Baru-baru ni, bila aku buka balik koleksi kadfon aku tu, teringat nostalgia lama. Rasa macam diri aku ni dah tua la pulak. Hehehe...

hobi korang pulak?


Pha is

Comments

  1. Salam.

    Cool. Saya pernaj jugak kumpul kad nama tu, tapi lepas tu hilang macam tu je. Pernah ada koleksi key chain tapi hilang bila mak kemas bilik. Ada tinggal sikit je. Hobi yang tak pernah padam-melukis je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah... pnah tengok lukisan cp dalam blog... hehehe

      Delete
  2. sy suka kumpul kad monthly lrt yg design menarik n colourful tu..tp sempat kumpul 2 tahun je sbb lepas tu da guna kete..bila tgk balik, teringat zaman2 berebut2 nak masuk lrt waktu pack hours..~ ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah kan? bila tengok balik barang yg kita kumpul, mesti teringat nostalgia lama.. hehehe

      kat penang x de LRT. so, tak merasa la nk kumpul kad LRT.. hehehe

      Delete
  3. faiz, ko minat westlife?? sama weh! heheeh, x sangka jumpa member westlife.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ceh, dah 3 tahun kenal, baru tau aku minat westlife..? hehehehe

      Delete
  4. kumpul buku esp novel..hihi ^^ tu skrg la, zaman kecik ntah la,,kumpul surat kot.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama mcm adik saya.. suka beli novel... penuh rak buku dalam rumah dgn novel dia je... hehehe

      Delete
    2. hehe elok2..novel kalau pandai pilih, banyak ilmu boleh dapat.. :)

      Delete
    3. betol2... contohnya novel karya Ramlee Awang Murshid... dalam novel tu ada ilmu2/maklumat2 baru yg boleh kita belajar. kat hujung novel pulak selalunya ada sudut ilmu. kat situ ada lagi maklumat terperinci tentang apa yang terkandung dalam cerita..

      Delete
    4. :)love books.. admire them. ^^ kalau ada masa try baca novel hlovate plak.. n paling best bagi saya setakat ni ialah 'contengan jalanan'. (konsep dia lain dr ramlee awang murshid -pernah jugak baca dulu masa zaman primary school mcm tombiruo n apa lg tah, x ingt dah..hehe- tp kalau ada masa try la contengan jalanan tu. :)

      Delete
    5. hahaa.. trilogy tombiruo, my feveret..

      contengan jalanan yer... ok. thanks for the recomendation...

      Delete
  5. zaman sekolah dulu suka kumpul kad macam nie heheheee

    ReplyDelete
  6. akak suka kumpul sampul surat hotel, tapi masih belum ada tempat khas nak simpan sebaiknya..
    sebelum ni (sejak anak dara sampai mak dara) dok gila majalah Ujang tapi dengan kuasa veto en. suami, akhirnya semua majalah tersebut dikeluarkan terus dari rumah (sebab dah banyak sangat)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mesti rajin bercuti kat hotel, sampai boleh buat koleksi sampul hotel lagi.. hehehe

      Delete
  7. yg kad nama tu masa kat asrama femes giler kot! tapi saya tak sempat nak buat satu pun.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kad nama tu, masa skolah rndah dulu jadi customer org.. bila skolah mnengah, jadi taukey plak.. hehehe

      Delete
  8. dlu slalu gak beli kad name cmtu,,
    kartun-kartun jew sume,,comel!!
    tp x tau la lepas ane sume,,
    ase nyew kasi kawan da blake,huhuu...
    awk ade simpn lg x alamat or kontek iorg yg produce kad ni??tringin lak nk order lg...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah.. dah tak ingat dah ltak mana borang dia... hehe

      Delete
  9. serius lawak kot... hahaha... aku simpan kad yu-gi-oh ngan kad pokemon ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kad yu-gi-oh ngan pokemon tu aku x main, so, malas nk simpan...

      Delete
  10. Encik, saye ambik gambar ni letak kat blog ye. Terime kasih daun keladi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

Gaji Ahli Farmasi

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Kawasaki Z250 vs Kawasaki Z250SL | specification