Kenduri | dahulu dan kini


Baru-baru ni, aku pi kenduri kahwin saudara-mara jauh. Hanya aku dan pak ngah sahaja golongan lelaki yang pergi kenduri. Selebihnya adik perempuan aku, mak, dan juga mak ngah. Yang perempuan makan di khemah perempuan, manakala aku dan pak ngah makan di khemah lelaki.

Sekarang ni, susah nak jumpa kenduri yang memisahkan khemah antara lelaki dan perempuan. Ingat lagi aku tatkala kenduri kahwin kakakku yang bongsu dan kenduri kahwin mak cik aku sekitar awal tahun 90-an dulu. Masa itu, khemah tempat makan dibahagikan kepada dua. Untuk lelaki dan perempuan. Tiada percampuran.

Tambah lagi, kalau dahulu makan kenduri jenis ‘berhidang’. Masuk khemah, duduk sahaja. Nanti ada sahaja orang yang datang hidangkan. Kalau sekarang, trend-nya buffet. Nasi dan lauk ambil sendiri. Cedok sendiri banyak mana yang nak.

Makanan pulak, kalau dahulu masak sendiri. Gotong royong sesama ahli kampung. Sekali kenduri, ‘tumbang’ lembu 2-3 ekor. Sama-sama lapah, sama-sama masak. Lauk pon tak banyak beza. Nasi kawah, gulai pesamah dan air asam. Sekarang ni, pakai catering sahaja. Senang dan mudah.

Cuma satu yang tak pernah berubah. Pergi kenduri, cari tuan rumah, salam ‘berisi’


Pha is


Comments

  1. salam 'berisi'.
    heehe. faham-2 :D
    Tapi betul lah, sekarang pakai cater je. Dah tak main rewang panggil orang kampun reramai -,-

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg lebih mudah... cuma kurang semangat maufakat je la.. hehehe

      Delete
  2. yang satu tu memang tak berubah heeee

    rasanyakan, kenduri dulu lebih meriah, tapi itulah, masa ke depan macam apa org cakap ..lebih canggih, lebih memberi kesenangan

    ReplyDelete
  3. pernah sekali pergi kenduri, khemah lelaki dan perempuan diasingkan.. ;)

    psstt: kenduri dak Nuha nanti akan dibuat secara gotong-royong.. ada rewang.. mesti meriah.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi kak, awalnya rancang utk dak nuha tuh... saya yg dah 22 ni pon tak rancang apa2 lagi... hehehe

      Delete
  4. kenduri kahwin la nie menakutkan...tau dak sebab apa? khemah lelaki dgn perempuan dah jadi satu...adoyai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. menakutkan? macam mana tuh? heheh

      Delete
  5. time saya kawen tahun lepas masih amalkan gotong royong cuma tak da sistem berhidang... buffet jugak.. yang lain2 tu masih dikekalkan.. :) apapun yang paling penting kena kekalkan keIslaman sesebuah majlis tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. apa guna ikut budaya kalau melawan agama... hehehe

      Delete
  6. hoho..mish rasa time mish nanti kena wat catering je kot...hehe..tapi tang makan asing2 tu setuju sangat2. xbest pegi kenduri yg cmpur laki pmpuan. nak tambah nasik pun segan. hahahahahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA... alasan yg paling bernas yg pnah dengar..

      Delete
  7. hat salam berisi tu, amik buat bayaq kat tukang masak tu la bila dah hbis kenduri nya kuikui :P

    ReplyDelete
  8. bila nak merasa kenduri tuan blog neh?muahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan blog ni blom ada calon.. cik mai tu yg dah ada calon, cpat2 la buat kenduri.. hehehe...

      Delete
  9. Salam.

    So far, kenduri rumah saya masih cara lama. Lagipun, orang Jawa memang ada "rewang". Hehe. Salam berisi- orang Jawa panggil "becek".

    ReplyDelete
    Replies
    1. becek? hahaha.. pestime dengar..

      Delete
  10. Skrg ni mmg ramai ske katering. Dah hilang dah gotong-royong, hilang dah gelak ketawa makcik2 bungkus nasi pulut. Jika dulu, malam sebelum majlis mmg sibuk dgn persiapan makanan. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah... kak aku kawen dulu, 3 malam rumah aku meriah suara org gotong royong.. hehehe

      Delete

Post a Comment