26.6.12

cara elak dirogol

dalam saja-saja online di facebook, tiba-tiba ternampak gambar kat bawah ni. gambar cara-cara bagi wanita mempertahankan diri dari perogol, penjenayah, atau sesiapa sahaja yang berniat jahat.


cara ni sedikit sebanyak, boleh la digunakan bagi wanita-wanita jika terkena serangan. tapi, cara kat atas ni praktikel ke?

secara jujurnya, walaupon aku ni lelaki, tapi seriusly aku dah try buat step2 yang ditunjukkan dalam gambar ni. bukan sebab aku takut jadi mangsa rogol, tapi kerana aku kurang yakin akan keberkesanan teknik ni.

yang pertama sekali yang buat aku tak yakin, bila sampai step ke-3: menggunakan kekuatan otot kaki untuk menolak badan keatas supaya kepala 'mangsa' dapat menghantuk dagu 'pemangsa'. cuba korang try sendiri. bagi aku, ianya agak susah dan kurang efisyen sebab tujahan aku tak laju sangat, tapi sangat memerlukan banyak tenaga.

ok. mungkin sebab badan aku berat. sebab tu otot peha aku tak cukup kuat untuk hasilkan tujahan. tapi, aku rasa penyelesaian yang lebih efisyen, ialah sambil kaki kelonjak badan keatas, 'mangsa' boleh buat "uppercut".
sumber : google


daripada guna kepala, gunakan penumbuk. mudah, ringan, dan tak menyakitkan kepala. hehehe... kalau tak yakin, buat uppercut guna kedua-dua tangan. kalau nak lebih berkesan, aim dekat tengkuk atau halkum 'pemangsa'. biar sampai tenggelam halkum beliau. 

step ke-4 sangat-sangat digalakkan sebab itu antara kelemahan lelaki yang mudah diserang. hehehe

step2 yang selebihnya, terpulang la. rasanya kalau dah serang penyawa (istilah dalam silat yang merujuk kepada bahagian kemaluan lelaki), kalau nak lari pon dah boleh, sbb lelaki yang baru kena serang di penyawa ni selalunya nak berjalan pon dah tak betol dah. hehehe...

akhir kata, seelok-eloknya, prepare diri siap2. sekurang-kurangnya, kita berusaha menjaga diri. masuk je mana-mana kelas self defence. silat ke, tae kwan do ke, tak kisah la. sekurang-kurangnya ada ilmu didada. hehehe.

p/s : kalau nk mudah, untuk wanita terutamanya, boleh masuk silat cekak. tak perlu berkuda-kuda, tak perlu sepak-menyepak yang melebihi paras pinggang. tak ada lompat-melompat, guling-guling.


Pha is


31 comments:

  1. nak senang, siap sediakan pemedih mata ciptaan sendiri. taruk lada ke. sembur je.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa.. yg tu pon boleh... cuma kena sntiasa ada di tangan la...

      Delete
  2. kalau wanita yg bertubuh kecik agak2 praktikal tak step2 tu? anyway thanks for the info.. semoga kita sentiasa dlm perlindunganNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya, kalau wanita bertubuh kecil lagi banyak kelebihan. antaranya, wanita tersebut lebih dekat dengan penyawa. so, tumbuk je penyawa tuh... kalau pakai kasut tumit tinggi (yg tajam), pijak je kakai beliau. kalau dia tertunduk, bagi uppercut. hehehe

      Delete
  3. Sebenarnya, tidak ada teknik khas untuk mempertahankan diri. Kalau nak tau berjaya atau tidak, kalau kita dapat lepaskan diri tu kira BERJAYA lah.

    Yang penting, kena RAJIN TURUN BERLATIH (ke gelanggang) supaya tindakan kita jadi refleks sahaja masa kecemasan. Tak payah fikir apa dah, kaki/tangan terus bergerak. Itulah kebaikan rajin berlatih. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. kita boleh usaha je. nak jadi atau tak, itu urusan Dia. sekurang-kurangnya, kita usaha..

      Delete
  4. Perlu keberanian yg mantap.. huhu

    Lebih bagus, elak diri drpd jalan seorang diri di tempat sunyi.. ^_^

    ReplyDelete
  5. adusss... sakitnya kata si lelaki itu heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. "hahahaha... padan muka" kata wania itu.. hehehe

      Delete
  6. itu bagi mereka yang tak mudah panik, kalau yang jenis mudah panik, confirm semua step tu dia takkan ingat..

    psstt: minggu study n minggu exam telah selesai nampaknya.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu selian usaha, kena doa dan tawakkal. kalau blajar teknik hebat sekalipon, kalau Dia tak bagi gerak, tak jadi jugak.. hehehe

      psstt : ha ah.. baru habis exam.. hehehehe

      Delete
  7. lau ak berada di situasi kjdian,ak akn try APA PUN cara asalkan terlepas dr die dan mnjdi mangsa sebab dlm Islam,kalau sorang pmpuan diserang untk diambil brang/hrtanya,tidak wajib die pertahankan..tp kalau diserang utk diragut maruahnya,wajib utk mempertahankan..

    p/s : ak nak bg buah sendeng atas je,tp tgan kanan xnk bg kt dagu.nk bg hat lain...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. takat buah keputusan sendeng atas tak jadi apa. len kali bagi buah keputusan sendeng tiga alam. baru dia tau... hahahahaha

      Delete
  8. hahaha

    kalau asu jadi kat tempat tu,asu akan belasah penyawa jantan tu,pastu bukak silat langkah seribu.

    hehe.aci tak cam tu? =P

    ReplyDelete
  9. cara paling senang cikgu saya cakap, tya dia isap okok tak, kalau ya, cucuh kan rokok kat dia then smbur. tapi jenuh la nk bawak pyembur hhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah alang2 bawa penyembur, baik bawak penyembur lada terus.. hehehe

      Delete
  10. huhu.. info yg mnarik.. :D tp tu la.. tenage x ckup kuat.. :p hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau teknik yg betol, tenaga yg minimum pon dah cukup.. hehehe

      Delete
  11. Waa..dh boleh bukak kls mmpertahankan diri..hehehe.

    Lama xjnguk sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. ak layak lagi nk jadi jurulatih... skrg masih penuntut silat.. hehehe...

      ha ah... mcm dah kurg aktif berblog je cik najihah ni.. heheh

      Delete
  12. Step ke-3 tu boleh diterima sebab daya lonjakan lebih kuat daripada tolakan tangan. Step ke-4 dan ke-6 tu satu dunia terima. Haha.. Lepas pecahkan, hancurkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... step ke-3 kalau pakai tangan pon kuat jugak kalau guna lonjakan kedua-dua tangan dan kaki... hehehe

      selebihnya, no komen.. hehehe

      Delete
  13. aiii takutnyaaaa kalau situasi cemas berlaku..kalau tak tau sgt terpaksa gune gigi..huhu..gigittttt... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. gigit pon boleh.. asalkan ada usaha...

      Delete
  14. Info yang hebat. Tp sempat ke si mangsa buat semua tu, tambah2 kalu si penjahat berbadan besar. Mmm paling tidak jerit kuat2 kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah biasa dengan kelas seni bela diri, insyaAllah... kalau pnjahat berbadan besar insyaAllah tak de masalah sangat. yg penting teknik kena betol. kalau teknik betol, tak perlu banyak guna tenaga sangat.

      apa2 pon, kita cuma boleh usaha. tapi "gerak" itu milik Allah.. nak jadi or tak, itu semua kuasa Dia. kalau Allah nak tolong, orang yg tak tahu teknik mempertahankan diri pon boleh selamat.

      Delete
  15. selalu terfikir kalau ada orang nak tembak, pastu waktu tu dah ramai yang mati dalam group tu, nak buat buat mati jugak dengan merebahkan diri kat tanah. agak agak efisyen takk? tu pun kalau tak tersenyum masa "mati".

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kalau tersenyum, x pe.. kira mati dalam "iman".. hehehe

      Delete
  16. Replies
    1. skrg cuti la kak... dok umah. online pakai broad band adik... hehehe.. jrg2 la boleh online.. heheh

      Delete