Google Translate VS Pusat Rujukan Persuratan Melayu


sebagai seorang student, memang tak boleh lari dari assignment. Kalau budak kos yang berasaskan sains, selalunya sibuk dengan lab report pulak. Kalau kena pensyarah yang cerewet sikit, kejap nak dalam BM, kejap nak dalam BI. Fuh, naya. Nak kena translate la pulak. 

Penyelesaian mudah, guna je google translate. Mudah dan pantas. Tapi, kurang reliable. Kan? Kadang-kadang, macam-macam perkataan pelik-pelik yang keluar. Yang tak pernah dengar pon ada. Dah la terjemahan pon tunggang langgang.

Jadi, sebagai penyelesaian alternative, aku cadangkan korang guna Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Kalau dah tahu, tak pe la. Saja nak kongsikan kepada yang belum tahu.

Bagi aku, kalau pakai PRPM ni, lebih reliable. Lagipon, kat laman tu, macam-macam yang korang boleh cari berkenaan persuratan melayu. sebagai contoh, kalau korang cari perkataan ‘pening’, macam2 sumber yang korang boleh guna.

Contoh kat situ, dari Kamus Bahasa Melayu, Kamus Bahasa Inggeris, Istilah Malaysia, Istilah MABBIM, Kamus Sains, dan termasuklah Kamus Thai Melayu Dewan. Atas tu pulak, korang boleh cari kegunaan perkataan tu dalam artikel, puisi, dan macam2 lagi. Pendek kata, macam-macam ada…

Hasilnya :

Pening (adjektif)
1. Bersinonim dengan sakit kepala: pusing kepala, berat kepala, lengar, tergayang, mumet, puyeng, pitam,
2. Bersinonim dengan bingung: keliru, runsing, celaru, serabut, buntu, habis akal, habis fikiran,

1. sakit kepala, pusing kepala; ~ kepala berasa sakit dan seakan-akan berpusing­-pusing; ~-~ lalat = ~-~ pikat berasa pening­-pening sedikit; 2. ki habis akal (fikiran dll), bingung, runsing; memeningkan = ~ kepala 1. memusingkan (menyakitkan) kepala; 2. ki menyebabkan tidak tahu apa yg hendak dibuat, membi­ngungkan, merunsingkan: Sharifah makin sehari makin liar terhadapnya, makin pendiam dan makin ~ kepalanya; kepeningan kesakitan kerana pening, rasa pening: ubat ini juga berkesan melegakan ~.
(kamus dewan edisi empat)

Bagi sesiapa yang perasan, kadang-kadang dalam entry aku, ada jugak aku letakkan maksud perkataan dari kamus dewan. Sebenarnya, aku tak ada pon kamus dewan. Tapi aku ambil dari laman ni la.  baru Nampak macam professional. Kan? Hehehe…

Kalau perkataan English pulak, jangan risau. boleh guna jugak. Taip je perkataan tu kat kotak search.  Cuma, setahu aku, kelemahannya Cuma dia tak boleh translate satu ayat penuh macam google translate. Cuma boleh translate satu2 perkataan.

Tapi, kalau boleh translate satu ayat sekalipon, kalau tunggang langgang, baik tak payah. kan?



Pha is
  

Comments

  1. ko de try tak cari maksud hikayat budak pening?ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi "the headache boy saga"... hahaha

      Delete
  2. oh baru tau kewujudan PRPM nih . patut la perasan jugak pha is duk guna maksud maksud tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. habes la.. rahsia terbongkar.. heheh

      Delete
  3. amat berguna bagi mereka yang memerlukan.. thanks for sharing..

    psst: jujurnya ini kali pertama tau Pusat Rujukan tu, maklumler sejak ai cuti ni lama tak merujuk bagai ni.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. ohhhh baru tau kegunaan . kami punya lab report fully english je..aiyaaa sebut lab report dh dpt bau keserabutan hidup bermula sem 3 nie...nasib baik lah microb is my passion...cewahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah mmg ada passion x pe la.. heheh

      Delete
  5. Oh.. ini sudah bagus. Google translate mcm bnyk lari. dulu ada gak guna citcat tapi sama gak. SAkit perut=stomach pain. mmg sakit perutlah bc translation camtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kalau translate sebijik2, mmg tak sesuai la.. hehehe

      Delete

Post a Comment