31.1.12

Wanita, Bulan dan Matahari?


Dulu, pernah terbaca perumpamaan ni. bila wanita diibaratkan sebagai bulan dan matahari. Ader kaitan ke?

Adakah wanita mahu menjadi seperti bulan. Cantik, indah mata yang memandang. Bersinar bercahaya di malam hari. Memukau, sentiasa menarik pandangan, hingga terpegun, buat yg melihat. Dan saban malam, menjadi dambaan sang pungguk.

Tapi sayang, cahayanya palsu. Hanya pantulan semata.

Atau adakah wanita mahu menjadi seperti matahari. Memancar cahaya ke seluruh pelusuk bumi, memberi manfaat buat setiap hidupan. Cahayanya asli, sinarannya pasti. Menundukkan pandangan buat mata yang melihat.


Pha is

4 comments: