Tuesday, January 10, 2012

serabut kepala


hati menggila.
dengan segala kudrat aku rakus menggomol ingatan.
memerah sisa-sisa pengetahuan yang masih berbaki di kotak fikiran.
untuk dimuntahkan segala khazanah
pada lembaran-lembaran putih di depan mata.

sampai satu masa,
terasa pena ku tersasar,
dan tinta tidak lagi lancar
dalam mencoret kalam.
buntu.
jawapan tidak lagi melintas di ingatan.

dalam kelam aku meraba mencari cahaya.
pada baris-baris soalan
ku renung tajam dengan akal yang tumpul.
ternyata aku alah.

amuk aku dalam diam.
kerna semalam
jawapan itu menujah di depan mata.
dan kini,
hilang dalam serabut kepala..


Pha is
3.30 pagi
10 januari 2012
USM pulau pinang

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...