Skip to main content

mukmin yang kuat

baru je cerita pasai lemahnya stamina aku, then baru2 ni terbaca satu artikel dari dakwat.org yang bertajuk "kenapa ramai ikhwah yang lembik dan lemau?" bila aku baca, terus tersentap. terasa habes..!!!


antara petikan artikel tu :

Berada dalam suatu suasana yang selesa menjadikan manusia malas untuk bersusah susah. Akibatnya, banyak dari seni kemahiran hidup, tidak mereka pelajari. Jika belajar pun, mungkin sedikit. Tersangat sedikit. Tidak terlepas dari bahana itu semua, sudah semestilah seorang ikhwah.
Ya. Seorang Ikhwah.
Masa kadangkala memang begitu. Jika anda hidangkan ikhwah masakini dengan kisah ikwah masa dahulu, mereka pasti teruja. Teruja dengan kekentalan jiwa-jiwa mereka.
Namun, akibat arus modernisasi yang semakin melampau…
Ikhwah zaman ini jadi semakin lembik dan lemau..
Stamina tidak “fit”
Berat badan mudah naik.
Kesihatan tidak stabil.
Selalu sahaja sakit.
Mudah letih, mengantuk.
Tidak tahu seni mempertahankan diri .
Tidak tahu berenang .
Maaf. Namun ini hakikat. Hakikat kerana, kecuaian seorang ikhwah itu sendiri dalam mentadbir hidupnya. Anda bayangkan, sebagai contoh. Jika stamina anda tidak fit ? Kesihatan anda tidak menentu ? Mudah letih ? Layakkah anda berada dalam saf peperangan di atas ?
Layakkah anda ? Juga saya ?
(ini hanya petikan. untuk artikel penuh, boleh baca kat sini)

tapi, sekurang-kurangnya, aku tahu la jugak seni mempertahankan diri. cuma stamina je yang lemah. apa2 pon, lepas ni kena berusaha. untuk menjadi lebih baik, untuk menjadi lebih kuat, untuk menjadi lebih sihat dan lebih fit.


kerana bukankah mukmin yang kuat lebih disukai Allah dari mukmin yang lemah?


Dari sahabat Abu Hurairah, Bersabda Rasulullah, “Mu’min yang kuat lebih dicintai Allah dari mu’min yang lemah, dan masing-masing memiliki kebaikan. Bersemangatlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan merasa malas, dan apabila engkau ditimpa sesuatu maka katakanlah “Qodarulloh wa maa syaa’a fa’al”, Telah ditakdirkan oleh Allah dan apa yang Dia kehendaki pasti terjadi”
(HR Muslim)





Pha is

Comments

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi