9.1.12

bukan semua waktu boleh solat..


Waktu-waktu yang diharamkan solat:

Yang berkaitan dengan waktu (3 waktu):

1) Dari terbit matahari (syuruq) sehingga tegak dengan kadar tombak dengan pandangan mata (4 darjah) dalam lingkungan 16 minit.

2) Dari istiwa (matahari berada di tengah-tengah langit) sehingga zawal (gelincir matahari di tengah-tengah langit).

3)Dari langit kelihatan kekuning-kuningan sehingga maghrib.


Yang berkaitan dengan perbuatan (2 waktu):

1) Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari

2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari


****************************************

Solat-solat yang diharamkan pada waktu-waktu yang disebutkan diatas:

1) Solat-solat sunat kerana sabab muta'akkhir (sebab terkemudian) .Ia terbahagi kepada enam:

a) Solat sunat ihram
b) Solat sunat istikharah
c) Solat sunat keluar dari rumah
d) Solat sunat musafir
e) Solat sunat Qatl
f) Solat sunat hajat

2) Solat sunat mutlak,iaitu solat yang tanpa sebab dan tiada waktunya,seperti solat tasbih dan sebagainya yang tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya.


*******************************************

Waktu-waktu yang terkecuali daripada waktu yang haram:

1) Tempat : Tanah Haram mekah : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram di mekah,maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.

2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat


**********************************************

*Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)

*Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu) seperti sola sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan.


************************************************

Hukum solat ketika khutbah jumaat

Apabila khatib sedang berkhutbah di atas mimbar,maka diharamkan untuk solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyat masjid dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyat masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain dari solat tahiyat masjid yang tadi.


**************************************************

Sumber:




p/s : tapi PERKASA selamber je solat sunat hajat lepas solat asar.






2 comments:

  1. owh.meaning dat after subuh,xboleh buat solat hajat?

    ReplyDelete
  2. nope.. kna tunggu sampai masuk waktu dhuha baru boleh.. hehehe

    wallahu a'lam....

    ReplyDelete