Thursday, November 10, 2011

Penangan Cendol Gelugor


Hari pertama

Jam dah menunjukkan pukul 4.00 petang. Perut pon dah menghantar signal laparnya ke otak.  Dah la tengah hari tadi tak makan apa2 lagi. harapkan sarap yang yang hanya terisi pagi tadi.

Tiba2 cendol di Gelugor bertandang di minda. Membuak-buak. Hati pon mengiakan. Sudah lama tak pekena. Ingatan pula mencarik-carik penangan cendol Gelugor. Sejuk, manis, dan kenyal, terus menyinggah di celah-celah anak tekak, sejajar dengan air liur yang ditelan berkali-kali.

Lantas memacu ultimo aku laju. Dari pusat latihan memandu “mutiara”, masuk ke kawasan USM dan keluar melalui pintu pagar Gelugor, bersebelahan padang minden. Sepanjang perjalanan, tiada lain yang aku ingat. Melaikan cendol!

Setibanya di traffic light terakhir, berhadapat gerai cendol Gelugor, aku hampa. Geram pon ada. Gerai cendol tutup.! “Mungkin tiada jodoh. Tuhan maha mengetahui. Ada hikmah disebalik semua ni,” pujuk hati kepada perut.

Tambah akal, “esok masih ada. insyAllah, jika diizin-Nya”. Kata perut, “aku tak mengapa. Boleh saja diisi dengan yang lain. Aku tak memilih. Tapi bagaimana dengan nafsu?”  

Aku sedar, nafsu makan aku besar. Selalu pula memberontak. Kalau tak di pujuk, tak kan tenang aku. Sebelom keadaan bertambah parah, cepat2 aku berpesan kepada nafsu makan. “sabarlah kau nafsu, insyaAllah, malam ni kita makan sedap. Kejap saja lagi. dah tak lama. Lagipon, poket sudah setuju untuk berkorban.”

Nafsu makan diam. Aku tahu, dia masih tak berpuas hati. Tapi, selagi dia tak memberontak, itu sudah cukup tuah bagi aku.

Hari kedua

Sekali lagi, tepat jam 4.00 petang, aku tamatkan sesi pembelajaran aku di sekolah memandu pada hari tu. Seperti kelmarin, saat sendi2 tangan aku lenguh memulas stereng yang keras, sekali lagi cendol Gelugor bertandang di kotak fikiran.

Nafsu berbunga riang. Setidaknya dendam semalam dapat dilunaskan. Perut, akal dan hati ikut saja. Tiada bantahan. Sekali lagi ultimo biru aku meluncur laju di atas jalan. Bersemangat aku memacu ke gerai cendol Gelugor.

Tapi, setibanya aku di sana, sekali lagi, gerai cendol Gelugor menghampakan kami....!!!

THE END....
latitude :   5°21'59.28"N      longitude : 100°18'40.18"E



p/s : aku tak sanggup nak cerita apa jadi lepas tu. hehehe



Pha is

6 comments:

  1. @kina niu leka. aq dulu pon x suka cendol.. penah skali aku try cendol masa kat mtrix, AKU MUNTAH. serius..!!!!
    tapi lepas aku kuar matrik, kat rumah aku ada org jual cendol. mula2 aku ingat dia dia jual ais kacang sbb ada mesin ais kacang, tapi da jual cendol saja. so, aku pon try la... bila aku try, terus jatuh hati kat cendol.. samai sekarang... i think u should try some.... cendol pejabat pos penaga... hehehehe

    ReplyDelete
  2. peristiwa hari pertama berulang? hahaha..agaknya mcm mana la nafsu tu memberontak kali ni..

    ReplyDelete
  3. @ShahzCudin ha ah... tak sanggup nk citer... hehehe

    ReplyDelete