Movie dan kebapaan




2 hari yang lepas, aku tengok citer “The Smurfs” kat laptop aku. Dan semalam pulak aku tengok citer “Real Steel” kat pawagam (aku tau. Lambat giler aku tengok citer tu.) dan apa yang aku perasan, kedua-dua movie tu ada 1 persamaan mengenai “tema dan persoalan” dari dari kedua-dua movie tu iaitu mengenai kebapaan.


Dalam citer the smurfs, papa smurf cuba sedaya upaya menjaga family dia dari segala bahaya terutamanya dari ahli sihir gargamel. Lebih kurang kepada pengorbanan dan usaha seorang ayah dalam menjaga keluarganya. Dan sifat ni seperti “diturunkan” kepada Patrick (Barney Stinson – how i meet your mother) yang bakal bergelar seorang bapa.


Dalam citer Real Steel pulak, Charlie Kenton pada mulanya terpaksa menjaga anaknya Max yang berusia 11 tahun sebelum diserahkan kepada ibu sedara Max. Pada mulanya, diorang tak serasi. Tapi lama-kelamaan, diorang rapat disebabkan oleh minat yang sama, iaitu boxing robot. Ada sikit part touching antara bapa dan anak.

Apa yang aku nak cakap sebenarnya ialah, aku rindu Arwah ayah. Tu je...

Pha is

Comments

  1. aku pun agak touching tgk real steel...

    sedekah Alfatihah kat ayah ok =)

    ReplyDelete
  2. sabar ye. sedekahkan al-fatihah banyak2. huhu

    p/s : aku lagi la, tak tengok dua2 cter lagi T__T

    ReplyDelete
  3. @sergeant keroro download je... citer2 tu... real stell tu pon tak lama lagi ader la yg boleh download pnya... heheh

    ReplyDelete
  4. am crying masa tgk real steel..

    al-fatihah,faiz..

    ReplyDelete
  5. @kina niu leka. yup.. aq pon crying gak... (sembunyi2 sbb tngok ngan member).. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment