Skip to main content

Perkahwinan yang dirancang keluarga

Sebelom tu, tengok dulu synopsis ringkas cerita2 kat bawah ni :

1. miftahul jamilah


disebabkan perangainya yang "liar" hero dalam cerita ni (lakonan jehan miskin tapi aku tak ingat nama watak dia) telah dipaksa berkahwin dengan seorang gadis kampung yang "solehah" (lakonan lisdawati-nama watak yang ni pon aku tak ingat sebab cerita ni dah lama).  berkat kesabaran si isteri, akhirnya si suami insaf walaupon agak terlambat sebab masa tu si suami dah kena HIV.






2. adamaya



adam (lakonan Sein Ruffedge) dan maya (lisa surihani) telah dijodohkan oleh keluarga mereka. walaupon maya masih lagi mencintai dani, namun, berkat kesabaran si suami, akhirnya si isteri "insaf" dan akhirnya mereka hidup bahagia.

3. nur kasih



disebabkan telah jauh menyimpang, adam (remy ishak) telah dijodohkan oleh bapa beliau denagn nur amina (tiz zakyah) supaya adam kembali ke jalan yang benar. bekat kesabaran dan ke-solehah-an si siteri, akhirnya si suami insaf dan mereka hidup bahagia.

4. nora elena



kerana pertunangan terputus last2 minit, nora elena (siti saleha) terpaksa menerima seth tan (Aaron aziz) sebagai suami bagi menutup malu keluarga. walaupon pada mulanya si isteri tidak menyintai si suami, malah dibencinya kerana si suami pernah merogol si isteri 10 tahun yang lalu, namun, berkat kesabaran dan ke-romantik-an si suami, akhirnya si isteri dapat menerima si suami seadaanya dan mereka hidup bahagia. 

...........................................................................................

Nampak persamaan keempat-empat cerita diatas? Semuanya berkisar tentang perkahwinan yang dirancang keluarga atau sekurang-kurangnya perkahwinan dengan bukan pilihan hati. Tapi semuanya berakhir dengan “happy ending”. Kan?

so, sapa kata perkahwinan yang dirancang keluarga tak akan bahagia? kan berkat tu.. lagipon, cinta boleh dipupuk. kan?

lepas ni, kalau ada sesiapa yang terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga, korang tak perlu bimbang. Sebab dah banyak contoh perkahwinan yang macam ni dan berakhir denagan kebahagiaan. Tapi dengan syarat :

1. suami yang hensem dan isteri yang cun.
Tengok je la contoh kat atas tu. Lisdawati, Tiz Zakyah, Siti Saleha, Lisa Surihani, Jehan Miskin, Remy ishak, Aaron Aziz, dan Sein Ruffedge. Semuanya hensem2 dan cun2 belaka, so, kalau isteri or suami pilihan kelurga korang nanti cun or hensem, tok sah bimbang la.. hehehe

2. isteri yang solehah
Contohnya dalam cerita nur kasih dan miftahul jamilah. Lisdawati dan Tiz Zakyah memang pandai “berlakon” jadi isteri solehah. Sampai akhirnya si suami terpikat dan insaf. Akhirnya, mereka hidup bahagia.

3. suami yang romantic
Ok. Kalau isteri “kurang” solehah, mesti suami yg super romantic. Contoh cerita adamaya dan nora Elena. Sein Ruffedge tu dalam cerita adamaya kira boleh tahan la tapi yang terbaru ni, Aaron Aziz. Pergh.. romantic tahap hyperbola. 

tapi kalau tak ada langsung 3 ciri2 tu? pandai2 lah korang nak hidup.. hehehehe...


Pha is

Comments

  1. suke sgt tgk cite miftahul jamilah...cntik lisdawati dlm tu..^_^
    tp ade ibubapa yg xnk tentukan jodoh ni sbb bile sesuatu yg buruk terjd..anak2 akan mula menyalahkan ibubapa...^_^

    ReplyDelete
  2. ingatkan pha is yang nak dijodohkan. hihi. GK tengok kesemua citer ni kecuali mifhtahul jamilah tu je. and paling suka adam maya. nak cari guy like ADAM plezzz! ^_^

    ReplyDelete
  3. sejak bila ko minat entri pasal kawin2 ni, ehem3 =p.
    btw,dlm byk2 cte tu,adamaya je aku layan,layan leleh beb

    ReplyDelete
  4. pha isssss, cite TV leh la pakai. realiti nya? wowowowo takut den

    ReplyDelete
  5. haha ni cte je la.
    betoi2 nye kite tk tau.
    tp aku sokong juga prkahwinan dari keluarga ni.
    lebih berkat org kate.
    heh..peace yaw.

    ReplyDelete
  6. ahaha..bese la tu..mak ayah slalu nk bg yg trbaek tuk anak2 die..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..

    PC tak stuju point no1,tapi no2 n 3 itu antara kunci bahagia..^_^ may Allah bless..ameen.

    ReplyDelete
  9. miftahul jamilah bes tu..cite pemes dulu2

    ReplyDelete
  10. haha kemanisan bercinta lepas berkahwin indah ! ;p

    ReplyDelete
  11. Kalau dulu, pilihan ibu bapa tak payah nak dikaji. Memang terbaik. Tapi sekarang, ada ibu bapa yang merancang perkahwinan anak diorang dengan niat yang kurang baik (kejar harta). Realiti. Kan?

    ReplyDelete
  12. wah.
    semua cerita2 di atas best2 sgt :D

    ReplyDelete
  13. kalau pha is yg dijodohkan cara gitu, mau dak?

    ReplyDelete
  14. tu la,skg pkir macam nak parents ja carikan jodoh,eheh,
    pdhal muda lagi,wink2

    ReplyDelete
  15. nice entry..
    actually,semua ini memang berkit rapat..Restu parents jauh lebih hebat dari jangkauan kita yg terlalu percaya pada cinta suci ciptaan sndiri..

    ReplyDelete
  16. dapat laki cm aron aziz tuh, pehh sumpah tak tinggal..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gaji Ahli Farmasi

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal