Sebelom tu, tengok dulu synopsis ringkas cerita2 kat bawah ni :

1. miftahul jamilah


disebabkan perangainya yang "liar" hero dalam cerita ni (lakonan jehan miskin tapi aku tak ingat nama watak dia) telah dipaksa berkahwin dengan seorang gadis kampung yang "solehah" (lakonan lisdawati-nama watak yang ni pon aku tak ingat sebab cerita ni dah lama).  berkat kesabaran si isteri, akhirnya si suami insaf walaupon agak terlambat sebab masa tu si suami dah kena HIV.






2. adamaya



adam (lakonan Sein Ruffedge) dan maya (lisa surihani) telah dijodohkan oleh keluarga mereka. walaupon maya masih lagi mencintai dani, namun, berkat kesabaran si suami, akhirnya si isteri "insaf" dan akhirnya mereka hidup bahagia.

3. nur kasih



disebabkan telah jauh menyimpang, adam (remy ishak) telah dijodohkan oleh bapa beliau denagn nur amina (tiz zakyah) supaya adam kembali ke jalan yang benar. bekat kesabaran dan ke-solehah-an si siteri, akhirnya si suami insaf dan mereka hidup bahagia.

4. nora elena



kerana pertunangan terputus last2 minit, nora elena (siti saleha) terpaksa menerima seth tan (Aaron aziz) sebagai suami bagi menutup malu keluarga. walaupon pada mulanya si isteri tidak menyintai si suami, malah dibencinya kerana si suami pernah merogol si isteri 10 tahun yang lalu, namun, berkat kesabaran dan ke-romantik-an si suami, akhirnya si isteri dapat menerima si suami seadaanya dan mereka hidup bahagia. 

...........................................................................................

Nampak persamaan keempat-empat cerita diatas? Semuanya berkisar tentang perkahwinan yang dirancang keluarga atau sekurang-kurangnya perkahwinan dengan bukan pilihan hati. Tapi semuanya berakhir dengan “happy ending”. Kan?

so, sapa kata perkahwinan yang dirancang keluarga tak akan bahagia? kan berkat tu.. lagipon, cinta boleh dipupuk. kan?

lepas ni, kalau ada sesiapa yang terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga, korang tak perlu bimbang. Sebab dah banyak contoh perkahwinan yang macam ni dan berakhir denagan kebahagiaan. Tapi dengan syarat :

1. suami yang hensem dan isteri yang cun.
Tengok je la contoh kat atas tu. Lisdawati, Tiz Zakyah, Siti Saleha, Lisa Surihani, Jehan Miskin, Remy ishak, Aaron Aziz, dan Sein Ruffedge. Semuanya hensem2 dan cun2 belaka, so, kalau isteri or suami pilihan kelurga korang nanti cun or hensem, tok sah bimbang la.. hehehe

2. isteri yang solehah
Contohnya dalam cerita nur kasih dan miftahul jamilah. Lisdawati dan Tiz Zakyah memang pandai “berlakon” jadi isteri solehah. Sampai akhirnya si suami terpikat dan insaf. Akhirnya, mereka hidup bahagia.

3. suami yang romantic
Ok. Kalau isteri “kurang” solehah, mesti suami yg super romantic. Contoh cerita adamaya dan nora Elena. Sein Ruffedge tu dalam cerita adamaya kira boleh tahan la tapi yang terbaru ni, Aaron Aziz. Pergh.. romantic tahap hyperbola. 

tapi kalau tak ada langsung 3 ciri2 tu? pandai2 lah korang nak hidup.. hehehehe...


Pha is