Saturday, April 2, 2011

bila student pharmacy pi klinik.

semalam aku batuk dan sakit tekak, pagi ni rasa macam nak demam sikit. so, tadi aku pi klinik. Dr. kata ada radang (inflamation) kat tekak aku dan Dr. bagi ubat kat bawah ni :


untuk demam. paracetamol 500 mg. ceh, sama jew kalau aku beli panadol... hahahaha


untuk sakit tekak, dia bagi lozeng. cetylpyridinium chloride 1.5 mg dan benzocaine 3 mg. cetylpyridinium chloride (CPC) ni aku search dia kata ni jenis anti-baceria jugak la, termasuk untuk fungi dan virus.

benzocaine ni pulak jenis "local anesthetic".lebih kurang ubat nak bagi hilang rasa sakit la.(aku tak tau istilah BM die ape sbb aku blajar dalam english).

dan dalam aku dok search, aku terjumpa 1 kegunaan benzocaine yang lain ynag agak menarik iaitu sebagai pencegah ejakulasi pra-matang. diorang buh benzocaine ni dalam kondom, nak bagi penis kurang sensitif. supaya "lambat pancut."  WTH..!!!

so, sekarang ni aku tengah kulum ubat yang boleh letak dalam kondom la. patutla lozeng ni rasa strawbery. hahahaha


next, ubat batuk. normal la.. x bnyak maklumat yg tulih kat botol tu. cuma "minum 1 sudu besar, 3 kali sehari selepas makan" atau dalam bahasa antara Dr.-pharmacist nya, "10 ml, t.i.d, p.c"


yang ni jew yang aku tak pernah cuba. sejenis "gargle" (ubat kumur). walaupon aku dah belajar ubat ni sem 2 tahun lepas, tapi malam ni baru bleh rasa ubat ni.

ubat ni pon x banyak maklumat. dan arahan "pharmacist" kat klinik tu pon kurang jelas. ni mesti fail paper "communication skill in pharmacy" macam aku jugak. ye la. tulis kat botol "1 sudu besar 4 kali sehari. tapi dia cakap pakai 15ml, campur dengan air, 1/2 cawan, kumur.

aku pon "bancuh" la. then aku try masukkan 1/2 cawan "ramuan" tu dalam mulut aku. terlebih la pulak. sampai aku kena kumur 3-4 kali baru abes. rasa? macam listerin jew. cuma kurang pedaq (minth).

tapi, nasib baik semua ni FREE. sbb aku pi klinik panel USM. kalau klinik bisa, mau lebih kurang RM 50 melayang. hahaha...


Pha is

7 comments:

  1. Tu la paip, banyak sangat menyanyi, kan dah kena inflamation. HEHEHE. anyway, cpt sembuh ye!

    ReplyDelete
  2. kat sini keje aku selawat ngan berzanji jew... heheheh.. sok kena selawat lag nak sambut guru utama silat kat USM... so, x leh joint la kot..

    ReplyDelete
  3. LOL . GHAHA . join group katak pgil hujan ke ? ^^

    ReplyDelete
  4. hehe mgkin sbb tu la penang skarg asyik ujan jew....hahahaha

    ReplyDelete
  5. hahaha apa perasaan anda makan ubat perasa strawberry tu...hahahah

    ReplyDelete
  6. perasaan..? err... ntah... biasa2 je..

    ReplyDelete
  7. Minta maaf, cakaplah. Ubat-ubatan ni macam merapu saja nak sembuhkan penyakit. Bagi saya, masih ada ubat yang dikategorikan sebagai lebih selamat daripada menelan ubat-ubatan di atas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...