Kali ni saja aku nak try buat satu segmen blogger. Tapi nak bagitau siap-siap, segmen ni tak ada hadiah. Sekadar suka-suka je. Bonus point bagi blogger yang tengah hadapi writer’s block, tak tahu nk tulis apa. Sekurangnya, ada la jugak idea nk menulis.
Senang saja segmen ni. Step pertama, korang buka aplikasi ChatGPT. Tahu kan? Kalau belum pernah guna, boleh klik link ni : https://chatgpt.com/
Lepas tu, korang tulis macam ni kat kotak “ask anything” dia tu :
“tulis satu rumusan tentang blog .....[nama blog korang].......... dari url .......[url blog korang]............. dan tentang penulisnya, dalam 1 rumusan pendek sebanyak 100 patah perkataan”
Contoh : “tulis satu rumusan tentang blog hikayat budak pening dari url https://www.budakpening.com/ dan tentang penulisnya, dalam 1 rumusan pendek sebanyak 100 patah perkataan”
Lepas tu korang copy jawapan dia dan letakkan dalam entri blog, masukkan poster kat atas tu, dan publish! Tu je.
Lepas tu tinggalkan link entri korang tu kat ruangan komen entri ini. Nanti aku nak pi tengok baca. Boleh saling kenal-kenal.
Dan ini jawapan yang aku dapat dari chatGPT :
“Blog Hikayat Budak Pening (budakpening.com) adalah ruang dalam talian yang dikendalikan oleh Pha Is - gelaran penulis, yang sebenarnya Muhamad Faiz Bin Zakaria, ahli farmasi sepenuh masa dan penunggang motosikal sambilan. Kandungan blognya merangkumi catatan peribadi, luahan fikiran tentang kesihatan seperti migrain dan bekam, topik agama, gaya hidup serta ulasan ringan berkaitan emas, motosikal dan ilmu farmasi. Dilancarkan sejak 2010, blog ini dijaga sebagai satu legasi penulis yang berharap agar bermanfaat kepada pembaca walaupun tidak sering dikemaskini. Pha Is memegang domain sejak 2014, sambil berblog atas minat dan semangat keilmuan, bukan semata-mata hobi.”
Apa jawapan chatGPT untuk blog korang? Cuba buat tengok!
Senarai Blogger yang dah join :
2. MrHanafi.com
6. Suria Amanda
9. RMN
10.
11.
12.
Glosari :
writer's block (/ˌrʌɪtəz ˈblɒk/) : phrase of writer. The condition of being unable to think of what to write or how to proceed with writing.
"the novelist recovered from a two-year bout with writer's block"
37 Comments
Macam best segment ni hehe...
ReplyDeletejemput join yer
Deletewah boleh cuba ni
ReplyDeletedah nampak entri kak PI pasal chatGPT nih...
Deletewaaa menariknya idea ni! nanti i nak cuba jugak!!
ReplyDeleteSila2...
DeleteMacam best je segmen ni! Rasa berdebar debar pulak nak tau pandangan chatgpt kat blog kita. Harap tak kena kutuk dgn chatgpt haha
ReplyDeletehahaha.. boleh cakap siap2 kat chatGPT, review yg murni2 je.. hehehe
Deletedone join!
Deletehttps://supersagaaaa.blogspot.com/2025/06/segmen-apa-chatgpt-kata-tentang-blog.html
thanks join... ok dah tu review chatgpt.. murni2 je tu.. hehehe
Deletemenarik juga ni. nanti sy tanya pakcik gpt ttg blog sy. thanks for sharing! hehehe
ReplyDeletejangan lupa share apa yg chatGPT review ya.. ehehe
Deleteboleh sangat saya cuba nie...in sha Allah saya join sebab nak tahu apa pandangan ChatGPT terhadap blog saya
ReplyDeleteya... kita kena guna teknologi semaksima mungkin... guna selagi boleh
DeleteNak cuba jugak la.... tak terfikir nak tanya.
ReplyDeletesaya pun baru ja terfikir.. terus buat..
Deleteada masa nanti nak buat jugalah. mcm menarik juga ni ;-)
ReplyDeletesila2.. mudah ja..
DeleteWah, menarik juga. Kita terus ke ChatGPT. Okay dah dapat rumusannya. Simpanan untuk diri sendiri jelah. Segan pulak. hihi...
ReplyDeletekongsi la dengan masyarakat.. hehehe
DeleteSha buat.. Sha publish malam karang.. Tq tau..
ReplyDeleteIni linknya.. https://kasihkuamani.blogspot.com/2025/06/segmen-apa-chatgpt-kata-tentang-blog.html
tq join... nnti saya masukkan dalam list yg dah join..
Deletehttps://mrhanafi.com/segmen-apa-chatgpt-kata-tentang-blog-saya/
ReplyDeletetq join.. baru tahu rupanya mrhanafi ni mualaf.. alhamdulillah, dari segmen ni boleh kenal2..
DeleteWah.. Seronok nie..nak join juga
ReplyDeletedone join...
Deletehttps://rizzlinn.blogspot.com/2025/06/segmen-apa-chatgp-kata-tentang-blog-saya.html
tq join... bagus ya, curah pengalaman secara jujur.. :)
Deletehttps://sajesuka-suka-notie.blogspot.com/2025/06/segmen-apa-chatgpt-kata-tentang-blog.html saya dah join
ReplyDeletewow.. berblog dari tahun 2009.. lagi lama dari saya... otai nih.. hehehe
DeleteBagus tuan blog ni - berblog atas semangat keilmuan 👍🏽
ReplyDeleteSaya pernah buat juga - tanya ChatGPT pasal blog saya. Tersengih sendiri sambil baca 😄
Alhamdulillah... ilmu yang ada kena la kongsi dengan masyarakat.. hehehe
DeleteSA dh join..
ReplyDeletehttp://www.suriaamanda.com/2025/06/segmen-apa-chatgpt-kata-tentang-blog.html
tq SA... "membina komuniti pembaca yang setia".. memang x dinafikan... banyak pembaca setia blog SA.. kipidap...
DeleteCie join 😊
ReplyDeletehttps://www.roziahmuhammadnor.com/2025/06/segmen-apa-chatgpt-kata-tentang-blog.html?m=1
tq join... 500 perkataan memang lagi detail, lagi banyak info boleh dapat.. tapi saya suka jenis ringkasan pendek2 je.. kalau nk buat panjang2 pun ok je.. :)
Deletesalam kenal...dah join...
ReplyDeletehttps://mummyayu.blogspot.com/2025/06/segmen-apa-chatgpt-kata-tentang-blog.html
tq join.. bagusnya, sumber inspirasi.. hehehe
Delete