6.4.23

Mentality yang belum bersedia


Baru-baru ni, ada kawan aku si Zack teruja sebab dia cadang nak beli motosikal Yamaha YZF-R25 terpakai daripada kawan dia. Maka Zack pun tanya la aku berapa kos untuk penjagaan dan penyelenggaraan motosikal R25 ini memandangkan aku pernah pakai moto tu.

Aku pun terang secara kasar kos-kos maintenance bagi sebuah jentera R25. Lebih kurang seperti apa yang pernah aku tulis dalam artikel ini : Maintenance Yamaha YZF R25. Dari kos servis rutin sehinggalah kos servis yang jarang-jarang seperti valve clearance.

“Boleh tahan mahal!” kata Zack.

Aku pun terang kat dia, kes ni sebenarnya macam ni, kalau kita rasa kos penjagaan dan menyelenggaraan tu mahal, maksudnya kita yang belum bersedia mentally untuk ‘bela’ jentera tu. Nak seribu daya. Kalau betul minat, mesti akan usahakan sampai dapat. Kalau tak nak, seribu dalih.

 Mentality yang belum bersedia

Dalam kes yang lain, semalam isteri aku “diterjah” oleh seorang ibu kepada rakan sekelas anak aku yang bersekolah di tadika Genius Aulad. Pelbagai hal yang disembangkan berkenaan tadika tersebut. Antara yang banyak ditekankan, adalah bayaran yang perlu dijelaskan kepada tadika.

anak aku, Ali Iskandar

Mahal, rungut si ibu tersebut. Katanya lagi, banyak tadika-tadika lain yang telah di survey olehnya yang jauh lebih murah berbanding situ. Isteri aku hanya mampu menyatakan harga itu memang harga kebiasaan. Standard.

Seperti kes tadi, pada hemat aku, bukan harga yang mahal, tetapi mentality si ibu itu yang tidak bersedia untuk membayar dengan harga tersebut. Dia bukannya tiada pilihan lain. Sekiranya dirasakan mahal, boleh saja dia menghantar anaknya di tadika yang lain.

Tapi dia masih juga memilih untuk menghantar anaknya ke tadika ini. namun masih juga merungut. Harga itu tidak mahal, Cuma mentalitinya yang belum bersedia membayar.   

 

Korang ada alami kes yang hampir seperti ini?

14 comments:

  1. Its all about option sebenarnya. Terpulang kepada diri untuk menilai, which one yang berbaloi dan bersesuaian dengan budget. Kalau mahal, tapi banyak advantage dapat, why not kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma isunya disini, mahal, banyak edvantage, dah pilih.. tapi mulut masih merungut.. haa... macam tu.. hehehe

      Delete
  2. bersungut xmenyelesaikan masalah pun tindakan yg penting kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kalau tak suka, pilih yang lain.. merungut tak ada faedah pun..

      Delete
  3. tak fikir panjang pun ya... dia rasa dia mampu tp smpi satu tahap sbnr nya dia tak mampu. dia sekadar nk puaskan hati sendiri pd mulanya. contoh, nak tayang motor best kat kengkawan, nak family lain tahu yg anak dia msk tadika mahal etc. at the end dia ukur baju di badan sendiri tp tali tape 'pendek' haa gituuuwww

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la.. sendiri yang pilih, sendiri la hadap.. kan..

      Delete
  4. setuju dengan komen Anies. memang kena ukur baju di badan sendiri. ikut kemampuan. jangan setengah jalan merungut. Ibarat nak bini cantik bergaya tapi tak mampu bayar maintenance dia. Gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 dia mampu.. tapi dari segi fizikal dan wang ringgit semata.. mentality masih tak mampu. masih merasakan pilihannya tak berbaloi.. lepas tu merungut.

      Delete
  5. Betul... bukan fizikal je kena ready... mentally pun penting!

    ReplyDelete
  6. Kalau mampu tiada istilah mahal.sebab itu mesti berpegang kepada prinsip ukur baju di badan sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 orang tu kalau mentalitinya sudah mampu, walaupun kurang mampu dari segi fizikal dan wang ringgit pun, tapi masih usaha untuk mampukan jugak.. dan bila dah memiliki, merasakan ianya satu kepuasan. itu maksud saya mampu dari segi mentaliti

      manakala kalau hanya mampu dari segi fizikal, bila dah memiliki, asyik merungut kata mahal walaupun dia mampu dari segi wang ringgit.. tak merasakan pilihannya satu kepuasa malah menyesal atas pilihan.. itu maksud saya mentaliti yg tidak mampu..

      Delete
  7. tak pernah lagi rasa macam ini. biasanya dah bersedia sebelum buat keputusan.

    ibarat makan makan tidak terkejut harga yang perlu dibayar hehehe

    ReplyDelete
  8. betul mentaliti kurang bersedia sebenarnya.. kalau nk yg murah byk lg pilihan dan servis tadika kemas yg memang murah dr tempat lain

    ReplyDelete