Baru-baru ni, ada kawan aku si Zack teruja sebab dia cadang nak beli motosikal Yamaha YZF-R25 terpakai daripada kawan dia. Maka Zack pun tanya la aku berapa kos untuk penjagaan dan penyelenggaraan motosikal R25 ini memandangkan aku pernah pakai moto tu.

Aku pun terang secara kasar kos-kos maintenance bagi sebuah jentera R25. Lebih kurang seperti apa yang pernah aku tulis dalam artikel ini : Maintenance Yamaha YZF R25. Dari kos servis rutin sehinggalah kos servis yang jarang-jarang seperti valve clearance.

“Boleh tahan mahal!” kata Zack.

Aku pun terang kat dia, kes ni sebenarnya macam ni, kalau kita rasa kos penjagaan dan menyelenggaraan tu mahal, maksudnya kita yang belum bersedia mentally untuk ‘bela’ jentera tu. Nak seribu daya. Kalau betul minat, mesti akan usahakan sampai dapat. Kalau tak nak, seribu dalih.

 Mentality yang belum bersedia

Dalam kes yang lain, semalam isteri aku “diterjah” oleh seorang ibu kepada rakan sekelas anak aku yang bersekolah di tadika Genius Aulad. Pelbagai hal yang disembangkan berkenaan tadika tersebut. Antara yang banyak ditekankan, adalah bayaran yang perlu dijelaskan kepada tadika.

anak aku, Ali Iskandar

Mahal, rungut si ibu tersebut. Katanya lagi, banyak tadika-tadika lain yang telah di survey olehnya yang jauh lebih murah berbanding situ. Isteri aku hanya mampu menyatakan harga itu memang harga kebiasaan. Standard.

Seperti kes tadi, pada hemat aku, bukan harga yang mahal, tetapi mentality si ibu itu yang tidak bersedia untuk membayar dengan harga tersebut. Dia bukannya tiada pilihan lain. Sekiranya dirasakan mahal, boleh saja dia menghantar anaknya di tadika yang lain.

Tapi dia masih juga memilih untuk menghantar anaknya ke tadika ini. namun masih juga merungut. Harga itu tidak mahal, Cuma mentalitinya yang belum bersedia membayar.   

 

Korang ada alami kes yang hampir seperti ini?