26.10.22

Panglima Awang Hitam : Sunnah Menamakan Barang Peribadi.

Kalau dulu aku menamakan motosikal Yamaha YZF-R25 aku dengan nama #GadisBertudungBiru, Kenapa aku namakan Honda CBR650R aku sebagai Panglima Awang Hitam? Beza kan? Dari keayuan kepada kejantanan. Hahaha..  

Panglima Awang Hitam

Nama ini sebenarnya terinspirasi dari sebuah novel sejarah karya Harun Aminurrashid yang diterbitkan pada tahun 1958 berjudul “Panglima Awang”. Novel ini berdasarkan sejarah Henry the black (henry si hitam) atau Enrique of Malacca (Enrique dari Melaka), seorang melayu yang bersama dengan kapten Ferdinand Magellan dalam misi pelayarannya mengelilingi dunia.

Aku menamakan motor aku dengan nama Panglima Awang Hitam ni, dengan harapan kalau tak dapat kelilingi dunia macam Henry the Black tu, dapat kelilingi Malaysia, cukup la. 

Sunnah Menamakan Barang.

Tahukah korang bahawa menamakan barang-barang kegunaan harian peribadi adalah merupakan satu sunnah nabi?

Berdasarkan hadis dari Abu Said al-Khudri RA meriwayatkan,

“Apabila Rasulullah mengenakan pakaian baharu, Baginda akan memberikan nama dengan nama yang dikhususkan untuknya. Tidak kiralah serban, gamis ataupun selendang.”

(H.R. Tirmizi)

Banyak nama-nama barangan peribadi nabi yang agak popular. Contohnya Muezza, nama kucing nabi, Dzul Fiqar, nama pedang nabi, qaswa, nama unta nabi, dan sakb, nama kuda nabi.

Antara barangan peribadi nabi yang lain yang diberikan nama termasuklah : 

Nama gelasnya adalah ar-Rayyan

Nama tikarnya adalah al-Kazz

Nama cerminnya adalah al-Mudillah

Nama tongkatnya adalah al-Mamsyuq

Nama tongkatnya yang ujungnya besi adalah an-Namir

Nama kudanya yang berwarna hitam adalah as-Sakb

Nama kudanya yang berambut perang adalah al-Murtajiz

Nama kudanya yang lain adalah al-Lahif, az-Zharb, dan al-Lizaz

Nama unta (betina)-nya adalah al-Qashwa atau disebut pula al-Adhba’

Nama baghal-nya adalah Duldul

Nama keledainya adalah Ya‘fur

Nama kambing yang sering diminum susunya adalah Ghaytsah

Nama tabung panahnya adalah al-Kafur atau Dzul Jum‘

Nama busur panahnya adalah Dzus Sadad

Nama perisainya adalah al-Dzafn

Nama baju perangnya yang dilapisi tembaga adalah Dzat al-Fudhul


Korang ada barangan peribadi yang diberikan nama?



Sumber dan rujukan

Wikipedia : Panglima Awang. Dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Panglima_Awang

Wikipedia : Henry si Hitam. Dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Henry_si_Hitam

Ikhlas. (2021) Sunnah Menamakan Barang. Facebook Photo. Dipetik dari https://www.facebook.com/ikhlasdotcom/photos/sunnah-menamakan-barangabu-said-al-khudri-ra-meriwayatkan-apabila-rasulullah-men/279323760307612/

C Jangkang. (2011). Rasulullah Suka Menamakan barang-Barang Peribadinya. Iju Budak Baik. Dipetik dari http://buatbatu.blogspot.com/2011/08/rasulullah-suka-menamakan-barang-barang.html

Wikipedia: Muizzah. Dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Muizzah

Syaikh al-Allamah al-Muhaddits Yusuf Ismail an-Nabhani, Wasa’il al-Wushulila Syama’il al-Rasul (Dar el-Minhaj, Beirut, 2009)

Orang Pekan. (2019). Pedang-Pedang Yang Digunakan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. The Patriots. Dipetik dari https://www.thepatriots.asia/pedang-pedang-yang-digunakan-baginda-nabi-muhammad-s-a-w/




27 comments:

  1. Ada jugak yang kuberikan nama pada beberapa barang yang dah tentu menjadi kesayangan. Kucing yang singgah makan kat rumah pun ada nama memasing, senang nak ingat.. :)

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar sunnah rupanya menamakan barang-barang peribadi. Terima kasih atas perkongsian. Kucing-kucing Mrs. A semua ada nama yang touch and go pun Mrs. A bagi nama. Kereta vivaforever. Keta yang baru ni babyred hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, saya baru perasan. selama ni memang dah tahu ada beberapa barang peribadi nabi yang ada nama, tapi baru tahu rupanya memang nabi suka berikan nama kepada barang-barang.

      Delete
  3. wow terbaik pilihan nama moga seteguh nama wira idola

    ReplyDelete
  4. ooo ya ke? barang peribadi yg sy beri nama kereta sy tu laa... sy panggil dia evo. mana laa tau kan tetiba berubah mcm enjin evo mitsubishi hahahaaha

    ReplyDelete
  5. Terima kasih untuk perkongsian ini. Lepas ni bolehlah namakan barang barang peribadi

    ReplyDelete
  6. now i know. setakat ni abe kie bagi nama kpd nama2 benda hidup spt kucing dsb. lps ni kena bagilah nama kpd laptop, kereta, TV, HP dsb. Thanks for sharing...

    ReplyDelete
  7. baru tau tentang menamakan barang peribadi...tapi so far anak-anak dok namakan kereta kami Jennifer sbb no. plat mula dengan JNF hahha

    ReplyDelete
  8. tak pernah tahu pulak pasal bg nama dkt barang2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru tahu.. sebab tu terus share...

      Delete
  9. tq pha is, mama baru tahu. ada juga brg2 mama yg ada nama man ja mcm baby blue mama.. lepas ni nk bg nama kat yg lain la

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugak kawan saya yang namakan kereta dia babyblue.. nama universal,.... hehehe

      Delete
  10. Good sharing. Baru tahu pasal ni. Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Baru tahu berikan nama tu sunnah.. Kita letak miboblue.. Heee

    ReplyDelete
  12. Oh, baru tau namakan barang tu sunah. Kalau barang besar macam kereta dan motor, kami bagi nama tapi barang yang dalam rumah ni memang tak letak nama. Nanti kena buat list nama la :D

    ReplyDelete
  13. Iye ke.. first time dengar tu. Thanks share.. Kembali blogwalking, banyak dah berubah dunia blog ni, dan blog ni blog pertama saya singgah yang takde ad hahaha

    ReplyDelete
  14. so far kereta dengan teddy bear teman tido je ada nama. hehe

    ReplyDelete