24.8.22

Bertolak Ansurnya Orang Melayu Malaysia


Entri ke-4 blog aku bagi tahun 2022 ni. Sendu sangat ni. Sampai aku pun dah lupa yang aku ada blog. Sampai nak mengaku aku blogger pun malu. Hahaha.

Okay, berbalik kepada tajuk. Tidak, aku tak maksudkan dengan bertolak ansurnya orang melayu dengan kerakyatan orang cina dan india dibawah persekutuan Tanah Melayu saat tiba waktu merdeka. Mentang-mentang la sekarang kita dalam bulan kemerdekaan. kan?

Bertolak Ansurnya Orang Melayu Malaysia

Yang aku maksudkan adalah bertolak ansurnya orang melayu Malaysia bila tiba saat bertutur dalam perbualan seharian. Faham? Aku bagi contoh.

Orang melayu Indonesia, saat tiba ke Negara Malaysia, masih kekal dengan dialek bahasa indonesianya kalau bercakap dalam bahasa melayu. Langsung tidak berubah. 

Aku dapat idea tentang tolak ansur ini semasa aku bersarapan di kedai mamak yang selalu aku pergi, pagi tadi. Aku perasan hari ini, kedai mamak ni dah mula mengambil orang Indonesia sebagai pekerja. 

“permisi pak, ini teh tariknya.”

Cuba kalau orang melayu Malaysia ke tanah Indonesia. Langsung dingomong bahasa melayu dialek Indonesia jika bertutur dengan orang tempatan disana!

Pelik bukan? Jangankan ke Indonesia, saat bercakap dengan orang Indonesia dalam Malaysia sendiri, orang melayu Malaysia sudah bertukar ke dialek Indonesia pada pertuturannya. Tengok sahaja baru-baru ini di stesyen radio Hot fm bila Fad dan Fizi Ali menjemput penyanyi Indonesia, Keisya Levronka ke konti.


Malah, bila orang melayu Malaysia bercakap dengan orang cina dan india dalam bahasa melayu, terkadang akan bertukar dialek mengikut gaya percakapan orang cina dan india.

“taukey, wa mau angkat ini barang.”

“amoi, manyak cantik ini hari.” 

Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang harimau mengaum, Masuk kawan gajah berdering. 

Persoalannya, adakah ini suatu yang negative atau positif? 


  


39 comments:

  1. Terlalu merendah diri n berkompromi negatif tu...bahasa jiwa kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi macam mana pula kalau orang utara bila pergi ke negeri pantai timur, terus cakap dialek pantai timur. adakah ini dipandang dari sudut negatif juga? sebab kes ini dan kes yang disebut diatas tu, masih lagi berbahasa melayu, cuma dialek sahaja yang bertukar.

      Delete
  2. Okay la tu ada 4. Aku 0 lagi ni. Hahaha...

    ReplyDelete
  3. dilihat darisudut positif, org melayu malaysia ni mudah sesuaikan diri dgn org lain.. tak mau pandang dari sisi negatife hihi

    ReplyDelete
  4. Saya salute dengan orang yang boleh tiru loghat pelbagai bahasa sebab saya susah nak buat begitu. Mungkin ada pro and con bila terlalu bertolak ansur tapi bila pandai pelbagai bahasa dan loghat sesuatu tempat rasanya lebih senang nak bergaul dalam masyarakat tu. Saya harap saya cepat belajar tapi malangnya saya lemah bab bahasa dan dialek :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada sesetengah orang yang berbakat macam tu. pergi mana2 pun, cepat je belajar dialek tertentu. betul la tu, "masuk ke dalam kawan gajah berdering".

      Delete
  5. Nak cakap panjang-panjang tak berapa pandai sangat tapi kita memang selalunya akan ikut bertutur seperti lawan yang bercakap dengan kita.. Perkara ni spontan rasanya.. Cuma dari segi cintakan Bahasa Melayu tu dia jadi kuranglah.. Sebab kita tak bertutur menggunakan Bahasa Melayu yang sewajarnya.. Bahasa Melayu tu identiti kita rakyat Malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa isunya lebih kepada identiti diri. sesetengah orang menganggap dialek pertuturannya adalah identiti diri dia.. saya tak kata semua, tapi saya beri contoh, orang kelantan selalunya ada yang jenis, walau dimana dia berada, masih kekal bertutur dengan dialek kelantan walaupun berada di KL ataupun negeri utara. mengkin bagi mereka, itu identiti mereka dan mereka tak mahu hilang identiti.

      Delete
  6. kekdg bila kita bertutur ikut dialek ni, lebih mesra alam...kekdg seronok nak test diri sendiri, bila jalan2 ke tempat lain mcm ke pantai timur, ke Sabah, Sarawak, kita guna dialek mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi saya beri contoh, kebiasaan (walaupun tak semua) orang pantai timur akan mengekalkan dialek asal mereka semasa bertutur walaupun dengan orang yang berbeza dialek, dan walaupun berada di luar kawasan pantai timur.

      Delete
  7. masa dok mengajar di Sabah dulu, abe kie bertutur dlm loghat sabah dgn org2 tempatan. kena respect la sbb dok di tempat mrka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. isu hormat boleh jadi antara faktor kepada kejadian ini. kita menghormati bahasa (dialek) dan budaya setempat, kita turut sama ikut. lain padang lain belalang.

      Delete
  8. Masa study dulu mcm dialek bahasa kena belajar sebab kawan2 terdiri daripada pelbagai negeri. Rasa lebih mesra bila boleh bertutur dlm dialek yang sama walaupun kadang-kadang sendiri pun rasa pelik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin rasa pelik sebab kita tidak jadi diri sendiri mungkin? hehehe..

      Delete
  9. Mmg kita mudah terikut2 ni rasa seronok kalau dpt tiru mungkin hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin bila dapat tiru dialek tu, rasa macam ada 1 bakat tambahan.

      Delete
  10. pada saya..tengok situasai dan tempat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya, perubahan dialek ni suatu yang positif la kan?

      Delete
  11. Sejujurnya bagi Mrs. A orang melayu mudah terikut-ikut kurang bangga dengan jati diri melayu #peringatanuntukdirisendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurangnya jati diri orang melayu itu memang kita sudah sedia maklum, bukan sahaja dari segi dialek, malah bahasa, budaya dan sebagainya.

      Delete
  12. dh terbiasa masuk kedai cina dgn india mmg berubah tp kalau ckp sesama sendiri, kuat tak igt dunia

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum, jemput join GA Cuya ^^ https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2022/10/giveaway-contengan-cuya.html

    ReplyDelete
  14. penah study kat kelantan. smpi laa ni kdg2 terbawa2 loghat sn hehehe

    ReplyDelete
  15. Kalau itu lebih memudahkan kita untuk mendekati orang kira positif lah kot kan. Orang melayu mudah bergaul dan mudah mesra..Tapi dalam masa yang sama tetap tak lupa bahasa budaya bangsa. Gitulah kot. Nak cakap lebih tak berapa pandai nak berhujah :)

    ReplyDelete
  16. Takpe, anugerah blog paling berhabuk milik krikkrik XD
    Tahun 2022 langsung tak terupdate.. harapnya tahun ni tak terlalu berhabuk jadinya! Saye kan rasa ni kelebihan kita sebagai orang Malaysia. Berbilang kaum, adaptable. Kalau nampak mak salleh pun automatik cakap cara depa.. Kongsi sikit pengalaman 4 tahun dekat Taiwan, dialet semua dah lebih kurang sama dengan orang Taiwan; bahasa cinanya, bahasa inggerisnya yang ikut cara orang Amerika, tapi yang paling penting kita masih ingat dialet dan bahasa kita :) bila cakap dengan orang Malaysia kat sini pun auto cara Malaysian cakap terus keluaq hahaha

    ReplyDelete