17.4.19

Apa yang patut ada pada seorang rider


Semenjak dua menjak ni, aku asyik tulis pasal anak dan rumah tangga je. Maklumlah, baru kahwin dan baru dapat anak la katakan. Kali ni aku nak share balik pasal motosikal. Apa yang patut ada pada seorang rider?

Apa yang patut ada pada seorang rider



Kalau dalam cerita bikers kental (2013), zul arifin ada kata kalau nak bergelar bikers ni kena ada 3M. Motor, Minah motor, dengan Masyuk. Hahaha.. itu filem la. Kalau bagi aku pulak, seorang bikers tu, selaian kena ada moto, kena ada 3 benda kat bawah ni:

1. duit


Motor dan duit memang susah nak dipisahkan. Maklumlah, #HobiKamiMahal kan. Terutamanya kalau motor berkuasa besar. Barang bukan murah-murah. Tayar saja, paling koman RM300++ sebijik. Paling koman tu. Belum tayar racing/track.


Untuk nak tau contoh perbelanjaan maintenance moto aku, Yamaha YZF-R25, boleh tengok di entri ini : Maintenance Yamaha YZF R25. Setahun je aku dah habiskan dalam RM6k untuk maintenance ja. hahaha..

2. Passion 


Passion ni bukan minat yer. Minat ni, ramai yang minat motor. Tapi kebanyakannya minat suam-suam kuku bercalit hangat-hangat tahi ayam. Sebab tu banyak kes pakai motor tak sampai setahun, dah jual.


Tak tahan maintenance, jarang ride, dan banyak lagi alasan. Ramai yang minat dan teringin beli motor besar, tapi tak ramai yang ada passion dalam permotoran ni.

3. insurance/takaful



Ha, ini penting. Bukan moto je kena ada insurance. Rider pun kena ada sekali. Sebelom beli R25, aku beli takaful nyawa dulu! Hahaha.. tak kisah la takaful jenis apa pun, asalkan ada. Sebabnya, bikers ni antara golongan yang high risk untuk kemalangan. Kita tak minta berlaku, tapi sediakan payung sebelum hujan.

Aku buat takaful dengan rakan blogger Siti Sharini, pemilik blog sitisharini.blogspot.com . boleh consult dia atau mana-mana agent lain.

Setakat ni ju dulu. Ada korang nak tambah apa-apa lagi?