3.3.19

Daging Aqiqah Boleh Untuk Non-Muslim?


“Abang dah jemput officemate abang mai kenduri aqiqah Ali?”soal isteri aku, tiba-tiba.
“dah. Semua orang masa perhimpunan pagi tadi.” Jawab aku
“sekali dengan non-muslim?” soal isteriku lagi.
“yup. Kenapa?”


Daging aqiqah tidak boleh untuk non-muslim


Mesti korang ada pernah dengar orang yang melarang daging aqiqah diberikan kepada non-muslim. Sebenarnya, ini hanya pandangan ulama’, bukan sesuatu hokum yang qat’ie (muktamat). Pandangan ini adalah antara pandangan dalam mazhab syafie dimana daging korban tidak dibolehkan untuk diberikan kepada non-muslim.

Antara isu berkenaan pendapat ini adalah daging korban termasuk dalam amalan ibadat dan seharusnya daging tersebut hanya diberikan kepada orang muslim sahaja. Manakala bagi daging aqiqah, dikiaskan hukum ini seperti daging korban.

Sebab itu wujudnya pandangan ini. Apabila disoal kepada ustaz azhar idrus dalam video youtube, beliau turut berpendapat dengan pandangan ini. Kata beliau, kalau untuk orang non-muslim, boleh diberikan daging yang lain khas untuk mereka dalam majlis aqiqah.

Daging aqiqah boleh untuk non-muslim


Tapi ada juga pandangan yang membolehkan daging aqiqah diberikan kepada orang non-muslim. Pendapat ini ada dalam pandangan mazhab hanafi. Dr MAZA dalam video youtube beliau apabila disoal tentang perkara ini, turut berpendapat dengan pandangan daging aqiqah boleh diberikan kepada non-muslim.

Seperti yang dah aku cakap tadi, ini Cuma pandangan. Boleh nak pilih mana-mana pandangan yang kita rasa boleh diterima. Asalkan kita tidak saling berbalah tetang perkara yang khilaf ini.

Wallahu a’lam

sumber dan rujukan:
1. Umar Mukhtar Mohd Noor.(2016 Jan 14). Hukum pemberian daging akikah dan korban kepada non-Muslim. Laman web rasmi penajabt mufti wilayah persekutuan. dipetik dari  http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1774-hukum-pemberian-daging-akikah-dan-korban-kepada-non-muslim
2. Bicara Agama: Bukan Islam boleh makan akikah. (2008 Nov 28). Utusan Online. dipetik dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm
3. Dr. MAZA. (2016 Nov 21). Orang bukan Islam makan daging akikah. video youtube. dipetik dari https://youtu.be/n2g-isiUsDM
4. Ust Azhar Idrus. (2011 OCt 21). Daging Aqiqah & Qurban & Beri Jiran Kafir. video youtube. dipetik dari https://youtu.be/jweHpKto0rw
  

39 comments:

  1. Selamat berkenduri akikah utk Aliff moga kelak sebagai anak soleh

    ReplyDelete
  2. Boleh pilih pandangan mana nak diikut.Tak lah rigid sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in ither words, jangan jumud sangat.. hehehehe

      Delete
  3. alhamdulillah sedap nama ali iskandar. bila baca tu terus teringat kat ally iskandar tu. hehehehe

    ReplyDelete
  4. "Khilaf" jadinya kita boleh ikut yang mana satu kita nak.
    Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. tak perlu sampai nak tuduh orang lain tak ikut cara islam padahal bnda tu pun khilaf..

      Delete
  5. Good info sebab ni adalah pendapat yg selalu kompius

    ReplyDelete
  6. subhanallah Ali..hidung macam shah rukh khan..auntie JM nak kiss sikit boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut ibu dia.. kalau ikut bapak, kemek je hidung ni.. hehhee

      Delete
  7. berbeza2 pendapat sebab tiada dalil khas. tapi kita ikut juga hati berat ke arah mana..
    insyallah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol.. ikut rasa hati yang mana rasa lebih dekat kepada Agama..

      Delete
  8. Alhamdulillah.. didoakan moga aqiqah yg dilaksanakan membawa berkat buat seisi keluarga.. aamiin :)

    ReplyDelete
  9. Perkongsian yang bagus.. Baru tahu.. tq ye..

    ReplyDelete
  10. sedap nama.. tak perasan pha is jemput.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ntah ali nk jumpa makcik nina.. hehehe

      Delete
  11. panggil sahabat2 non-Muslim utk silaturahim...tq for sharing..

    ReplyDelete
  12. bc entry ni sy teringat seorg kwn. dia mng 1 contest n pihak penganjur mahu buatkan satu majlis utk dia. jd dia pilih buat majlis akikah utk anak dia. pihak penganjur ni non muslim. bla tiba hari majlis dia terkejut bila tgk ada hidangan khas utk non muslim (masakan daging kambing) pd hal dia x tahu apa2 pun psl hidangan. dia cuma sediakan tmpt je yg lain2 diuruskan pihak penganjur

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuh, pening kalau macam tu.. khas untuk non-muslim tu jenis tak halal ke? musykil ni.. kot la ada campur babi ke.. sebab kambing mesti dah sembelih elok dah sebab aqiqah.

      Delete
  13. terima kasih atas perkongsian. nice.

    ReplyDelete
  14. Ijmak ulamak tak buat kesepakatan ke mengenai hal ni? Maaf bertanya sebab saya tak tau..huhu

    ReplyDelete
  15. Wah! alhamdulillah, tahniah pha is dan isteri! dah lama tak komen2, dah beranak pinak semua ye. hahaha
    -belogkayangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Alhamdulillah..
      Tapi dah lama x dengar khabar berita dari nafisah..

      Delete
  16. ya allah hidung Ali, ikut mak dia betul. hihihhi

    ReplyDelete