Tak tau kenapa semenjak dua menjak ni kat lawan twitter terutamanya, aku banyak terbaca tweet orang yang memperlekehkan mereka yang berhasrat dan bercadang untuk bercinta lepas nikah. Beribu retweet pulak tu.

Kebanyakan mereka menceritakan pengalaman sedih terhadap kenalan mereka yang nak bercinta selepas nikah, kahwin tanpa dating, rupa-rupanya pasangan tu kaki pukul la, gay la, dan macam-macam la.


Jadi, sebagai orang yang telah harungi sendiri bercinta selepas nikah ni, meh aku nak kongsi sikit kat sini pasal isu ni.

Wujudkah cinta selepas nikah?


disclaimer : aku bukan kahwin dengan budak umur 11 tahun yer. Isteri aku memang tinggi tu ja. hehehe...

Sebelum tu, meh nak cerita sikit perjalanan kisah cinta selepas nikah aku. Cewwah. Sikit je, nanti korang muntah pulak. Hahaaha..

Isteri aku ni, aku kenal dia kejap je, tak sampai setahun pun. Terjumpa, kemudian komen-komen di Facebook, Instagram, dan twitter dalam beberapa bulan, kemudian terus bertunang dan kahwin.

Aku nak sampaikan hasrat hati aku nak sunting dia pun, aku minta ibu dia jadi orang tengah melalui pm facebook ibu dia. Sebelum tu aku tak pernah pm dia pun kat fb, twitter, dan instagram. Whatsapp apatah lagi, sebab nombor dia pun aku tak ada.

Bila dah dapat balasan positif, next month terus jumpa family, bincang apa patut, bulan seterusnya terus tunang. Kemudian kahwin. Setel.

Tak macam budak-budak sekarang yang ambil masa bertahun-tahun bercinta dan mengenal hati budi sebelum kahwin. Kata mereka, masa “sesi” bercinta sebelum kahwin ni la kena kenal betul-betul dulu, kenal perangai, kenal marah dan rajuk pasangan macam mana, dan sebagainya.

Aku tak ada semua “sesi” tu. So, aku tak kenal sangat la isteri aku, tak macam orang lain yang kenal-mengenal dengan lebih lama dan mendalam. Aku kenal gitu-gitu je. Tapi so far Alhamdulillah, semuanya okay je. 

Kenal pasangan bukan hanya melalui dating



Jadi, macam mana aku memilih dia? Macam mana aku nak kenal dia? Tak kan aku membuta tuli je kahwin dengan isteri aku tu? hahaha

Aku pun sebelum memilih tu dah "merisik" sikit-sikit dah tentang diri dia. dah buat background check siap. Cuba tengok keluarga dia macam mana. Stalk sikit-sikit profil dia dan dari gaya penulisan dia kat laman sosial. Cukup tutup aurat ataupun tak, cukup "berhijab" atau tak, dari segi bahasa dan istilah, dsb..

Lepas dah bertunang, baru start chatting. Itu pun hal-hal kahwin sahaja. Cuma kadang-kadang dia akan whatsapp tanya aku soalan, aku jawab. Ada masa pulak, aku yang tanya soalan, dia pulak jawab. Sekadar nak tengok cara dia jawab soalan tu. dari situ je la nak kenal pun.

Bukan soalan biasa-biasa yer, tapi soalan KBKK/KBAT yang jenis memerlukan jawapan esei 20 markah! hahahaha.. 

Lepas tunang tu pun masih lagi tak keluar dating tengok wayang makan-makan macam budak-budak sekarang. Cuma ada keluar cari barang kahwin bertemankan mahram. 

Cinta selepas nikah tak relevan?


So, kalau ada orang Tanya aku, ya, cinta selepas nikah masih relevan pada zaman sekarang. Kisah cinta aku adalah salah satu dari buktinya. Tapi dalam masa yang sama, aku tak menafikan kewujudan cinta sebelum nikah.

Dan aku juga tak menafikan jika wujudnya konflik rumahtangga bagi mereka yang bercinta selepas nikah. Sebab aku ada kenal seorang kawan yang kahwin atas dasar cinta lepas nikah. Kahwin disebabkan dia tu pilihan hati emak mentua. Tapi akhirnya menjanda anak satu. 

Bagi aku, sama sahaja sama ada cinta sebelum nikah atau cinta selepas nikah, konflik akan tetap ada. Tak perlu nak skeptikal dengan mana-mana jenis. Konflik dan masalah rumah tangga tak memilih sama ada kahwin dengan cinta sebelum nikah ataupun selepas nikah.

Yang penting macam mana cara kita tangani masalah tu...





sumber screenshot twitter :
Janatunmaqwa. (2018 Aug 8). BERCINTA SELEPAS KAWIN TU TAK RELEVAN ZAMAN SKRG! Ini adalah thread. twitter.
dipetik dari : https://twitter.com/janatunmaqwa/status/1027138126383206402