7.11.17

Menarik di Georgetown Herittage Chocolate

 Georgetown Herittage Chocolate

Penang sememangnya terkenal dengan makanan yang sedap dan tempat-tempat tarikan pelancong. kali ni aku nak share kat korang 1 tempat yang merupakan 2 dalam 1! tempat tarikan pelancong, dan juga makanan yang menarik, hanya di Georgetown Herittage Chocolate.


Lokasi Georgetown Herittage Chocolate


team Blogger Utara terjah  Georgetown Herittage Chocolate!

Georgetown Herittage Chocolate ni senang je nak cari. ianya terletak di no. 30, Lebuh Light, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang. Google atau waze je "Georgetown Herittage Chocolate", mesti jumpa punya. (Coordinate : 5.421161, 100.339607)

Lokasinya memang strategik, berdekatan dengan Padang Kota Lama. kalau korang singgah Padang Kota Lama atau Fort Cornwallis, cuma jalan kaki je dari situ.


Georgetown Herittage Chocolate  : Chocolate Berkualiti Dengan Harga Terbaik!



kat sini, selain coklat import yang berkualiti, ada juga terdapat GHC Premium Handmade Chocolate iaitu coklat buatan tangan yang dihasilkan di kedai tu sendiri. dan coklat yang terdapat di sini ada macam-macam jenis jugak, dari jenis truffle, praline, panned chocolate, chocolate cake, chocolate bar, hinggalah ke brownies.

GHC Premium Handmade Chocolate 



Dan yang jenis praline pun ada macam-macam jenis. Praline ni yang jenis ada macam "inti" kat dalam coklat bar tu. macam-macam isi ada. Ada coconut, raspberry, blueberry, dan yang paling unik, praline durian! kat oversea pun tak ada jual tau! hahaha..

praline durian


Georgetown Herittage Chocolate  : The 1st 3D Chocolate Museum



Di tingkat atas Georgetown Herittage Chocolate ni terdapat 3D Chocolate Museum. Aku dah masuk, memang berbaloi dan berinformasi. Semua tentang coklat yang perlu korang tau ada kat sini. Memang tak boring walaupun pasal sejarah coklat. Serius, sejarah pasal coklat ni agak menarik sebenarnya.

10 biji koko je dah boleh tempah pelacur. hahaha

harga dia pun berpatutan. cuma RM14 bagi dewasa dan RM10.00 bagi kanak-kanak. ni dah siap diskaun, harga istimewa untuk rakyat malaysia yang mempunyai mykad. kalau pelancong asing harga lain.

Georgetown Herittage Chocolate


sebarang maklumat dan pertanyaan boleh terus contac Georgetown Herittage Chocolate seperti dibawah :

Georgetown Herittage Chocolate,
No 30, Lebuh Light,
10200, Georgetown, Penang, Malaysia

Sun-Sat 10:00 AM - 08:00 PM

Tel: +604261 0118
E-Mail: penang.ghc@gmail.com

official website : http://georgetownherittagechocolate.com
facebook : https://www.facebook.com/penang.ghc/
instagram : http://www.instagram.com/georgetown_herittage_chocolate

17 comments:

  1. Haritu pergi jugak sini. Sedap coklat dia orang even agak mahal sikit. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun rasa harga agak mahal.. tapi berbaloi la sebab handmade.. diorang buat sendiri dengan penuh kasih sayang gitew..

      Delete
  2. Pergi Penang pada awal tahun dulu lawat masuk Fort Cornwallis tetapi miss pula cokolat herritage ni. Next visit may be.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x jauh dah tu.. pergi padang kota pekena mee sotong hameed pata, dan tarikan terbaru ada "projek nasi lemak".. lepas tu untuk buah tangan boleh ke georgetown herittage chocolatte nih..

      Delete
  3. Asalam singgah ..hebatnya menarik sekali tuan Pha Is

    ReplyDelete
  4. haa, another tarikan. banjir hr tu ok tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. banjir hari tu rumah saya kena la jugak.. tapi kedai ni x tau la..

      Delete
  5. Thn dpn blh msk list,kbtln g Penang ritu xde muzium coklat ni lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try.. buat beli oleh2 sebelom balik.. hehehe

      Delete
  6. woww..Penang ni mcm2 ada la eh..cuma tak best tu kebanyakan tempat menarik kat Penang tu entrance masuk mahal..ke murah bg Pha Is hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau.. kami masuk free ja.. blogger la katakan.. hehe..
      len kali kalau nk travel penang, buat surat siap2 kat muzium2 kat penang, kata nk terjah tempat2 menarik kat penang sambil promot dalam blog.

      mana tahu ada yang reply boleh masuk free.. blogger kat penang banyak buat macam tu.. kumpul rmai2, buat surat. kalau dapat, rezeki..

      kita bukan masuk saja-saja.. kita masuk sambil promot.. hehehe

      Delete