19.10.17

Layan Corner | Baling - Gerik - RnR Titiwangsa


Dah 3 kali aku lalu jalan baling-RnR Titiwangsa ni kalau termasuk ride yang baru ni aku pergi 25 mac lepas. so, aku nak share pengalaman dan pendapat aku tentang jalan ni kalau nak ride layan korner.

Ride | Baling-Gerik-RnR Titiwangsa


kalau dari penang, jalan ni tak jauh sangat. pergi balik pun total ambik masa dalam 6-7 jam je, termasuk rehat dan rilex-rilex. selalunya plan aku bila ride kat jalan ni, macam kat bawah ni je. petang tu sebelum asar dah setel.


Itinerary Ride | Baling-Gerik-RnR Titiwangsa


8am - RV di Subaidah Nasi kandar Seberang jaya, breakfast
9am - bertolak
10am - isi minyak di Shell Gerik
11am - tiba di RnR Titiwangsa, rehat, minum dan bergambar
12pm - bertolak turun
1pm - tiba di Gerik, pekena kari kepala ikan, rehat dan solat.
2.30pm - bertolak balik
3.30pm - tiba di seberang jaya, pulang ke rumah masing-masing.


Review Route 4 | Lebuhraya Timur Barat



bagi aku, secara keseluruhannya jalan gerik ni teruk sikit jika nak dibandingkan dengan laluan ke cameron dari simpang pulai. tapi best sebab tak perlu jalan jauh melalui PLUS yang sangat boring kalau dari penang.

jalan ni terbahagi kepada 2. dari baling ke Gerik dan dari Gerik ke RnR Titiwangsa ni, memang berbeza jenis selekoh jalan dia.

kalau jalan Baling-Gerik tu, permandangan dia cantik dan selekoh dia agak jauh. jadi, memang banyak main high speed corner. kalau takat 250cc ni, koner dia boleh full throttle, pulas sampai habis!

Tapi lepas je simpang empat Gerik, corner dia rapat sikit. tapi tak de la rapat sangat. kalau nak melayan koner pun dalam medium speed corner ja.


Tarikan Baling-Gerik-RnR Titiwangsa


berbanding dengan jalan simpang pulai - cameron, jalan kat sini tak ramai orang sangat. aku rasa atas beberapa faktor. pertamanya, jalan sini agak teruk jika dibandingkan dengan cameron-simpang pulai. beralun, berlopak, dsb. So, memang kena berhati-hati sikit.


kedua, bila dah sampai kat atas puncak RnR Titiwangsa ni tak ada apa sangat pun sebenarnya melainkan cuma ada la sikit view yang cantik kat atas tu. kedai makan kat atas tu pun biasa je. Cameron at least ada strawberry,  dan boleh mengeteh secara fresh di ladang teh.


Tumpahan Minyak Baling-Gerik-RnR Titiwangsa



25 mac hari tu, sedang sedap aku layan koner dengan seorang member aku yang turut menggunakan jentera Yamaha YZF R25. pada kilometer yang ke-51, tetiba ada tumpahan minyak kat tengah jalan. masa tu, aku tengah lead. aku nampak tapi tak sempat nak elak.


Alhamdulillah, aku tak jatuh, cuma bergoyang sedikit masa lalu atas minyak tu. nasib baik aku teringat tips bila berlaku kes macam ni dalam video tutorial layan corner "twist of the wrist 2". Tapi lepas aku lalu, aku tengok side mirror nampak kawan aku dah jatuh terseret.


teruk jugak la. Tapi nasib baik dia pakai protective gear yang mencukupi. tiada kecederaan serius, cuma luka calar-calar. tapi moto agak teruk jugak la. Terus kami bawak slow2 ke balai polis Gerik untuk buat laporan polis.


37 comments:

  1. nasib semuanya selamat.. hurm.. kadang2 de yg sje tumpahkan minyak

    ReplyDelete
  2. Riding a bike is a pleasure
    Going mile after mile
    On winding road in the country
    Down the valley and up the hills
    How exciting life can be
    And so says he
    biking's for me . . .


    ReplyDelete
    Replies
    1. how he can even biking for you.. how? hahahaha

      Delete
  3. Nasib baik kawan tu tak apa2.. pernah jugak hampir accident dgn member (masa tu dgn kete) pasal ada org duk curah minyak atas jalan dan dah ada mangsa pun masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang jenis cari makan dengan kemalangan orang lain kot..

      Delete
  4. kalau bukan time orang balik kampung, memang tak banyak kereta. tapi cuba pergi time cuti. memang fuhhh... kalau takde double lane, nak memotong pun payah. maksud aku kereta la. kalau motor still boleh mencelah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. dah dijangka dah.. tapi hari tu pi masa raya, dia jemm kat hujung pangkal je.. kat tengah2 perjalanan maca ok.. entahla..

      Delete
  5. Gol lelaki dengan motor mmg x boleh dipisahkan ye? Akak kalau selagi bolehla x benarkan suami, anak n orang tersayang naik motor jalan jauh2, klu setakat p kedai beli ayam, ok le... mmg ajal maut kat mana2, tapi serius naik motor tinggi risikonya wp nampak macho n ada class gtu..

    ReplyDelete
  6. Hati hati memandu tuan. Apa apa jadi badan kita merana

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah takde yang teruk dan syukur semuanya selamat.

    ReplyDelete
  8. Bahaya ye minyak atas jalan ni kepada motorist. Apapun seronok beekonvoi gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa la yang x de hati perut pi simbah x tau...

      Delete
  9. kari kepala ikan tu kedai Salim ka? kedai besar kan...ok tak..selalu lalu ja tak pernah singgah...

    ReplyDelete
  10. kalau masuk ikut Salim kari kepala ikan tu ada restoran atas air...ikan sungai...pha is makan kot ikan sungai boleh terjah sekali...tapi harga boleh tahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. dulu x tau.. skrg baru tau.. nnti boleh cari pi..

      Delete
  11. Satu lagi tarikan atas Titiwangsa ni...air sejuk atas tu...kalau solat subuh gigil haa

    ReplyDelete
    Replies
    1. solat zohor pun kadang2 dah sejuk.. siap ada kabus lagi.. hehehe

      Delete
  12. tumpahan minyak tu disengajakan atau x?

    ReplyDelete
  13. masih setia dengan sibiru nampaknya :)

    ReplyDelete
  14. Assalam..lama x singgah sini..blog bewajah baru ke ni..ke salah

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahla.. saya rasa macam sama je.. hehehe..

      Delete
  15. Nak corner bsring kena jalan kampung laluan dlm kan kalau highway x feel baik naik kereta 😬

    ReplyDelete
  16. Part tu paling risau dan risiko sikit kalau naik moto ni..syukur ken cuma calar2 jek..cuma kos mebaiki la plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. nasib baik kawan saya tu claim insurance je.. cma lambat je la..

      Delete
  17. Nak tide ni pun best kalau ada ‘geng’ kan rasa bebas jek pastu nak stop mkn kat mana2 pun x de hal x jperlu nk tempuh jem..untung gadis kerudung biru tp dia x penah tukar ke kerudung dia tu 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah pernah tukar dah sekali hari tu sebab cemeh langgar lori.. hehehe.. baru ni tukar lagi sebab eksiden kat cameron

      Delete