Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Andai Dapat Berjumpa Diri Sendiri Yang Berumur 12 Tahun


Tetiba aku ternampak satu persoalan kat laman 9gag yang agak menarik bagi aku. Persoalan yang simple tapi boleh bagi jawapan yang tak sama bagi setiap orang. Kalau korang boleh kembali ke masa lalu dan berjumpa dengan diri korang yang berumur 12 tahun, apa yang akan korang cakap kat budak tu?


Kalau boleh kembali ke masa lalu


Dan dari ruangan komen post tersebut, tak kurang juga jawapan-jawapan yang lawak. Biasa la, 9gag. Tapi bila aku cuba jawab jawab persoalan tu, aku rasa jawapan aku juga tak akan sama jika Tanya sekarang berbanding pada waktu-waktu yang lain.

Suka untuk aku bagitau siap-siap kat sini, soalan ni sekadar suka-suka je. Seronok-seronok cuba persoalan diri untuk cuba critical thinking. Tak melibatkan soal akidah. Kang tak pasal korang kata aku tak beriman dengan qada’ dan qadar’ Allah pulak.

Apa yang aku akan cakap?


kalau masa aku umur 17 tahun, mungkin jawapan aku adalah aku tak akan cakap apa-apa, Cuma aku akan bagi diari yang aku tulis sejak form 1 kat budak tu. Mesti menarik kan hidup aku, boleh predict apa yang akan berlaku kat aku setiap hari! Macam ada superpower! 


Tapi, kalau aku cuba jawab soalan ni masa aku berumur 24 tahun, aku rasa 1 je jawapan yang akan aku bagi. JANGAN AMBIK COURSE FARMASI! Sebab masa tu, penyesalan utama dalam hidup aku adalah dengan pilih untuk belajar farmasi lepas matrikulasi.


Gila tak menyesal. Dengan belajar susah nak paham, banyak nak kena hafal sedangkan otak aku otak logic dan kira-kira (sebab tu sampai sekarang mata pelajaran fevaret aku adalah fizik), tambah pulak sampai aku kena repeat paper dan tangguh waktu grad dari 4 tahun kepada 5 tahun.

Kalau tak percaya tengok sini  - 24 tahun : zaman gelap

Tapi, kalau Tanya sekarang, hari ini, apa jawapan aku? Kalau aku dapat kembali ke masa lalu dan berjumpa dengan diri aku yang berumur 12 tahun, AKU TAK AKAN CAKAP APA-APA KAT DIA. Atau sekurang-kurangnya tak akan mendedahkan apa-apa pun pasal masa depan.


Sebabnya? Setiap yang berlaku ada hikmah dia. Dulu masa aku umur 24 tahun tu, walaupun aku tau semua benda ada hikmah tapi sebab masa tu hikmah tersebut aku tak Nampak lagi. Contohnya, kalau aku tak ambik farmasi, kalau aku tak repeat, aku tak jumpa la tunang aku sekarang ni. Eh.. okbye..


jawapan korang?


Tapi sebelum tu, cuba korang pulak jawab soalan ni. kalau korang boleh kembali ke masa lalu dan berjumpa dengan diri korang yang berumur 12 tahun, apa yang korang akan cakap kat budak tu?