Posts

Showing posts from June, 2017

Salam Aidilfitri 2017

Image
Dah hari raya yang ke-3 baru aku teringat nak tulis entri pasal hari raya. hahaha.. nampak sangat mood berblog aku dah semakin susut. Jadi, dikesempatan ini aku nak ucap selamat hari raya buat semua pembaca blog aku ni. Walaupun dah agak terlambat, tapi orang kata selagi syawal masih ada. kan! Salam Aidilfitri 2017 Semoga dengan keberkatan Ramadhan Agar dengan kemuliaan Syawal Dapat menjadi mahar seorang hamba Untuk Melamar cinta Tuhannya Minal aidin wal faizin Taqabbalallahu mina wa minkum Salam aidilfitri Maaf Zahir dan Batin  dari saya, Pha Is dan keluarga macam mana dengan raya korang pada tahun ni? family aku agak kelam kabut jugak la untuk sambutan raya tahun ni sebab dalam family aku, ada dua beradik yang nak bertunang! selang sehari je jarak dia. Sorang raya ke-5, sorang lagi raya ke-6. nampak tak pening dia tu macam mana. hahahaha.. sapa yang bertunang? nanti aku cerita lain.. jeng jeng jeng... Jom Mulakan Puasa 6 Sabda Nabi s.a

Komen di Sayat.me

Image
Baru-baru ni aku perasan semakin ramai guna dan share aplikasi Say At Me (sayat.me). So, aku ingat aku pun nak try la. Sekadar seronok-seronok dan nak dapat feed back dari korang tentang aku dan blog aku. apa itu sayat.me? Sayat.me ni 1 free servis untuk korang nak dapatkan feedback daripada orang lain dan feedback tu boleh dalam bentuk anonymous. So, orang tak takut nak bagi maklum balas kot-kot sebab malu atau sebab nak bagi komen yang negatif takut orang tu terasa. So, basically dia macam 1 medium untuk bagi feedback. Kat sini, korang boleh tulis dan komen je apa yang korang nak kata kat aku. Korang boleh bagi maklum balas secara anonymously. So, nak bagi maklum balas yang positif pun boleh yang negatif pun boleh. tapi aku rasa medium ni macam tak beberapa best sangat tak macam ada satu lagi aplikasi lain (aku tak ingat dah nama dia) yang kat situ, korang boleh tanya soalan anonymously. yang tu baru menarik. Mohon Bagi Feedback Kat Aku Jadi di kesempatan ini k