6.2.17

Kelebihan Terbang Bersama AirAsia


Kelebihan Terbang Bersama AirAsia


Mungkin ada yang belum tahu, seperti yang aku cakap dalam entri Hiking | gunung Baling, aku bakal berlepas ke Kota Kinabalu rabu ni untuk ekspedisi mendaki gunung kinabalu. Sebenarnya, ini adalah kali pertama aku akan naik kapal terbang. Hahaha.. Nampak sangat noob…


Dan cakap pasal kapal terbang ni, of course la aku naik AirAsia. Memang ramai member aku rekomen suruh naik AirAsia ni. Yer la, dah nama pun syarikat penerbangan tambang murah kan, mesti la harga murah. Lagipun, tak risau sebab AirAsia ni ada lebih 100 laluan penerbangan domestik dan antarabangsa di seluruh Asia Tenggara.

Memang tak rugi kalau korang naik AirAsia ni sebab korang boleh mendapat tawaran harga penerbangan yang termurah berbanding dengan tawaran harga daripada airlines yang lain. Selain dapat save cost of travel korang, terdapat juga banyak kelebihan yang korang boleh menikmati jika terbang bersama AirAsia. Nak tahu apa dia? cekidaut

Mobile check-in.



sekarang ni semua pakai apps je. Senang. Dengan adanya mobile app AirAsia, dok kat mana-mana pun dah boleh start rancang percutian. Tak payah nak beratur panjang kat airport kan? Senang je, Cuma check-in directly from the app. Jadi, dah tak perlu dah korang mengambil masa yang lama untuk beratur lagi kerana korang boleh terus pergi ke pintu perlepasan bersama E-Boarding Pass. Setel!

Untuk mendapatkan lebih banyak manfaat daripada mobile app ni korang boleh download dari mana-mana Android atau iOS devices di samping boleh menikmati tambang penerbangan yang terendah untuk ke mana-mana destinasi percutian idaman korang dengan mudah. Simple kan?

Tawaran promosi hebat



Seterusnya, kelebihan yang paling digemari oleh orang ramai, lebih-lebih lagi para traveller ialah pelbagai tawaran promosi yang hebat. Siapa tak nak promosi wei! Lagi-lagi kalau korang ni jenis kuat travel macam blogger Muhammad Khairuddin Lim, Jari Manis, atau Siti Yang Menaip. Diorang ni memang sakan travel merata. Jenis tak duduk diam nih! hahaha

Kalau nak tau ongoing promotions yang ditawarkan oleh airlines ni, korang boleh mendaftar sebagai ahli. Nanti korang akan terima notification by email. Lagi senang! Dengan cara ni, konfom dah lepas ni tak akan terlepas untuk mendapatkan promotion fare yang sangat murah lagi menjimatkan.

Sistem keahlian


Selain memberikan promotion kepada semua penumpang pada setiap minggu, airlines ni juga memberikan kemudahan dengan sistem keahlian, yang mana korang boleh membuat pre-booking untuk menambah peruntukan bagasi, hidangan, pilihan tempat duduk, insurans perjalanan dan banyak lagi. Walaupun ada caj tambahan untuk beberapa keperluan yang diperlukan, tapi bila check balik, still, masih lagi cheapest flight in the world.

Layanan bertaraf internasional



Walaupun syarikat penerbangan ni menawarkan harga yang sangat murah, namun bukan bererti ia adalah sebuah syarikat penerbangan yang murahan. Inilah kelebihannya di mana korang akan mendapat layanan bertaraf internasional yang sangat bagus dan tiptop. Memang tidak mengecewakan kerana korang akan dilayan mesra oleh semua cabin crews dari mula perjalanan hingga tiba ke destinasi.

Kalau tak, mana mungkin mereka boleh menjadi syarikat terbaik dengan mendapat anugerah Skytrax World Best  Low Cost Airline, kan? Haaa, memang awesome! Korang juga boleh pilih beberapa jenis class airfares yang ditawarkan dan setiap satunya memang akan memberikan keselesaan dan keselamatan kepada penumpang.

Redeem mata ganjaran.



Airline ni bukan saja offer the cheapest flights tapi korang juga boleh menikmati free flights. Sapa tak mau naik kapal terbang free weh! Hahaha.. point dia yang korang boleh kutip bukan takat masa nak beli flight tickets saja, malah setiap kali korang berbelanja di tempat lain seperti di shopping malls korang masih boleh mengumpul points. (berita baik buat yang kaki travel + kaki shoping)

Selain mendapat tawaran hebat, korang juga boleh redeem points untuk mendapatkan tempat penginapan korang dengan membuat pilihan hotel di Tune Hotels yang ada di Malaysia, Australia, Indonesi dan India. So, tunggu apa lagi, jom daftar sebagai ahli sekarang!

Meals in flight



And last but not least, meals in flight yang sangat menggiurkan! Ada macam-macam hidangan istimewa yang ditawarkan dan kalau tak mahu terlepas untuk menikmati makanan-makanan yang sedap ni, pastikan korang buat pre-booking dulu ya.

Khabarnya, menu yang paling popular kat AirAsia ni antaranya Nasi Lemak Pak Naseer. Dihidangkan dengan sambal cili istimewa dan rendang ayam lembut serta perencah tradisional ikan bilis goreng, kacang tanah rangup dan separuh telur rebus. Fuh, sekali baca pun dah terliur kan? hahaha

Selain tu, korang juga boleh try nasi dagang yang khas menggunakan resipi tradisioal Terengganu dan Kelantan. Banyak lagi pilihan hidangan lain yang korang boleh cuba seperti pai shepherd, ayam panggang, nasi ayam, pasta sayuran dan banyak lagi.

Fuh, banyak giler choice! Nanti aku nak try.. takut nanti sampai kat kinabalu tak larat nak hiking plak, mengah sebab makan banyak sangat. hahaha

p/s : doakan aku berjaya pergi dan balik dari hiking Kinabalu yer..

39 comments:

  1. Nice sharing .. Semoga selamat pi Gunung kinabalu and selamat balik penang hee

    ReplyDelete
  2. Wahh best nya..xpernah lg naik kapal terbang juga hehe only in malaysia heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. baru2 ni dari penang pi KL, pi kelantan, semua naik moto je.. hehehe

      Delete
  3. saya suka naik air asia sebab murah.. hehe

    ReplyDelete
  4. take care ye naik gunung kinabalu nanti...

    ReplyDelete
  5. Kena rajin tengok tiket murah, bila ada offer murah, betu2 murah!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak senang, subscribe je by email.. ada promosi, nnti diorg terus email.. senang,. hahaha

      Delete
  6. dah jarang2 naik flight dah sebab banyak travel dengan kereta ja. masa student dulu selalu jgak ambik air asia sebab murah. hihi. kita nak travel dalam negara je, penerbangan pun sekejap je.

    ReplyDelete
  7. Memang selalunya pilih Air Asia sebab tambang murah. Heheh. Sesuai lah dengan tagline now everyone can fly. Gitu :)

    ReplyDelete
  8. nak ikut gi gunung !!!

    air asia mmg terbaik.. buat semua org mampu naik kapal terbang

    ReplyDelete
  9. Selamat mendaki bro.. salam ceria selalu :) :)

    ReplyDelete
  10. tinggi tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi lalalalalalala, eh! :D semoga Allah permudahkan urusan

    ReplyDelete
  11. lama tak buat booking flight, sebab tak kemana2 pun hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama juga tak booking flight...kadang kekok naik flight...err gayat sebenarnya hahah

      Delete
    2. baru ni naik, alhamdulillah, x gayat..

      Delete
  12. alhamdulillah ada la 2 3 kali naik Air Asia...

    ReplyDelete
  13. smpi skrg sy x merasa zero fare lagi hehehehhe bla laa agk nyer tu ya? ;-)

    ReplyDelete
  14. lama dah tak naik kapal terbang. anak pun dah bising bila nak naik kapal terbang hukhukhuk

    ReplyDelete
  15. Masih setia dgn AA dari dulu kini dan selamanya 😬

    ReplyDelete
  16. tak lama travel pulak.. hahaha. memang AA murah dan jimat masa

    ReplyDelete