3.2.17

Hiking | Gunung Baling

budak mashoor, smka al-mashoor lelaki


Hiking | Gunung Baling


baru-baru ni aku berpeluang ikut kawan aku pergi hiking gunung baling. kami naik start awal pagi sebelum subuh dalam pukul 5 pagi macam tu. Jadi, nak jugak la share pengalaman kot-kot ada sesiapa yang teringin nak nai gunung baling ni. semoga bermanfaat.

persiapan hiking gunung baling


kasut
sila guna kasut getah ataupun kasut hiking yang betul-betul mencengkap tanah sebab 1st half pendakian tu kena redah jalan tanah merah yang curam. memang licin. kami naik hari tu hari yang tak hujan pun dah licin gila.. kalau hujan aku tak tau la macam mana.

headlamp
of course kalau naik malam-malam, memang kena pakai headlamp. tak de nyer nak pakai lampu suluh sebab tangan kau nak guna untuk aktiviti mendaki.

glove
aku rasa glove ni penting jugak, terutamanya masa 2nd half pendakian sebab masa ni, korang lalu jalan berbatu yang tajam. boleh luka kalau tak berhati-hati. cari glove biasa je. yang tukang kayu guna tu pun dah okay.

hiking gunung baling, budak mashoor, smka al-mashoor lelaki
pukul 1.00 pagi. diner/breakfast di kedai makan tepi lebuhraya BKE

yang lain aku rasa yang basic-basic je macam water bladder, ration, dsb. alatan lain kalau nak, boleh bawak baju hujan, payung (untuk kegunaan kat atas puncak yang tak ada pokok, kalau hujan), dan baju sejuk. tapi aku naik hari tu tak sejuk pun. biasa je.

kenapa hiking gunung baling sebelum subuh?


hiking, pulai, budak mashoor, smka al-mashoor lelaki

kami start mendaki pukul 5 pagi atas 3 sebab. pertamanya, sebab nak tengok matahari terbit. baru la lawa. hari biasa takdenyer nak tengok sunrise nih.

kedua, sebab kalau naik siang, kat atas tu panas sebab kat atas tu batu je yang ada. so, bahang dari batu tu kuat. lagipun, naik malam baru best, sejuk.

ketiga, sebab kalau naik siang, kena berebut laluan dengan orang yang selisih nak turun. laluan dia sempit. banyak bahagian yang 1 orang je boleh lalu dalam 1 masa.

jadual pendakian gunung baling


hiking, budak mashoor, smka al-mashoor lelaki

secara ringkasnya, kat bawah ni jadual aktiviti kami:

12.00am - bertolak dari penang
1.00am - singgah makan malam/breakfast
2.30am - tiba di masjid baling. tidur.
4.30am - bertolak ke kaki gunung baling
5.00am - mula pendakian
6.30am - tiba di puncak. solat, rehat, bergambar
9.00am - mula turun
10.00am - sampai di kaki gunung


naik pukul 5 pagi, sampai ke puncak dalam pukul 6.30 pagi lebih sikit macam tu la. so, roughly dalam satu jam setengah. turun plak aku ambik masa dalam 1 jam cukup-cukup. lebih kurang la.

tapi orang kampung kat area tu cakap, diorang selalunya ambik masa 1 jam naik, 1 jam turun. budak-budak orang kampung situ la. dah la naik pakai selipar je. kita ni pakat la dok merangkak nak naik, tapi diorang ni berlari! sebab diorang dah biasa.

trail gunung baling


hiking, budak mashoor, smka al-mashoor lelaki

basically, trail gunung baling ni boleh bahagi kepada 3 kot. trail mula-mula ni korang boleh pilih 2 laluan. 1 laluan baru yang kurang curam tapi jauh sikit. laluan ni agak luas nampak macam kereta 4x4 pun boleh lalu. siap ada palang besi kat tepi, boleh korang pegang masa daki.

1 lagi macam masuk hutan sikit sebab dia tak ada palang apa-apa. yang tu laluan lama. pendek tapi agak curam. kat sini memang naik merangkak. kalau hujan, bahagian ni la yang paling perit. licin!

lepas tu kat bahagian kedua, trail dia rilex sikit. tak curam sangat. bahagian kedua ni jalan dia campur-campur antara tanah merah dan batu-batu besar.

bahagian ketiga, bila dah nak dekat sampai ke puncak, trail dia 100% batu-batu besar. tajam-tajam pulak tu. curam jugak. memang kat sini kena panjat pakai tangan dan kaki.orang kedah kata kat sini memang kena "keghabat".

personally, aku suka trail gunung baling ni, terutamanya part batu-batu tu. baru rasa feeling mendaki sebab kita memang betul-betul kena guna tangan dengan kaki nak panjat.

cukup dulu sampai sini.. next week aku nak hiking gunung kinabalu pulak. nanti aku share pengalaman.. hehehe.. #misimuatbajupengantin

stay tuned..

34 comments:

  1. kawan-kawan selalu share pasal gunung baling ni tapi saya tak ada lagi kesempatan nak hiking gunung kat kedah. maybe sebab kedah jauh dari kl kot.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh naik gunung yg dekat2 dengan Kl.. xde masalah.. hehehe

      Delete
  2. best... wahh next week gunung Kinabalu...semoga semuanya selamat.. :D

    ReplyDelete
  3. wah bestnye tgk sunrise....dah lamer xtgk sunrise...asik tgk sunset kt umah je....hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi x nampak sangat sunrise hari tu sbb awan tebal..

      Delete
  4. wow...amazing gambar yg bawah sekali tu...mesti puas bila dah sampai ke kemuncak

    ReplyDelete
  5. wahh mcm best. tapi beginner mcm tak mampu je hihi minat

    ReplyDelete
    Replies
    1. beginner kalau nk try boleh cuba yang senang2 dulu. hehehe

      Delete
  6. Memang banyak gunung di daerah Baling nirajin phais n geng menerokanya

    ReplyDelete
  7. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

    ReplyDelete
  8. Woiyooo... dulu dah rasa naik Gunung Ledang,,, sebab masa tu kita rasa kita fit (dan tak larat tengok punggong orang lain :) ) , jadi kita kejar orang nombor 1... memang penat... yg nombor 1 tu perempuan, badan kecil je... memang lutut rasa macam lengkong oooo.... haus sampai minum air lopak (sebab air bekalan dah habis) ...
    Lusa tu, bila balik rumah, dia tangkap kat betis... adoiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. mana2 guung pun macam tu.. hari naik tu x rasa apa2.. dia nk start rasa sakit dia tu esok bila bangun dari tidur..

      Delete
  9. Seronok aktiviti2 mcm ni.. puas hati bila dpt menawan puncak :) :)

    ReplyDelete
  10. aktiviti yang sis teringin nak buat tapi x de geng !

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak club pendaki gunung ni sebenarnya.. kna pandai cari je..

      Delete
  11. Bestnya pi hiking gunung baling..lpas ni boleh cuba pulak pi Gunung Pulai.

    ReplyDelete
  12. best nyerrr... part plg best bla da smpi puncak n tgk view... hilang segala kepenatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedua paling best bila dah sampai rumah lepas hiking pastu tidor.. hahaha

      Delete
  13. Bestnya dh lama x hiking dah semput

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum cuba belum tau.. Jm kuat "berjalan".. mesti stamina kuat.. hehehe

      Delete
  14. syokkkk tak penah lg daki gunung. hahaha

    ReplyDelete
  15. Indah pemandangan dari atas kan.. subhanallah.. pasti ianya cantik.

    ReplyDelete
  16. wah...menariknya baca pengalaman hiking you...teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni...

    ReplyDelete