Cara Report Penipuan Astro


baru-baru ni aku ada problem sikit dengan Astro. Asalnya pakai NJOI je, tapi diorang sanggup call tawarkan astro kat aku bulan oktober lepas, aku pun try je la. tapi bila dah try, kna tipu kat bill. Tetiba bill bulan desember lebih RM20+, bila aku query, dia kata sebab ada potongan dan charge sambungan pada bulan Ogos!

Gila ke aper? sku start pakai bulan Oktober tapi kata aku ada Charge bulan Ogos!

Maka, aku pun tanya la member aku ada saluran tak kalau nak report benda ni. Sebab masa tu aku tengah panas, hampir-hapir nak pi buat report polis dah, bajet macam ayahanda Raani Kulup! hahaha..


Cara Lapor  Penipuan Astro



member aku suruh aku report je kat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kat link ini : https://aduan.skmm.gov.my/ . memang berkesan beb! pantas dan reliable.

lepas aku report malam tu, esok pagi tu Terus Astro call aku mintak maaf dan cakap nak bayar balik.!!!

kudos buat pihak SKMM!

selain tu, korang jugak boleh gunakan saluran ni untuk buat report keatas mana-mana problem yang melibatkan telco, internet, courrier, saluran TV, Radio, social media, website, dan sebagainya.

Sistem Aduan MCMC adalah satu saluran komunikasi menerusi Internet untuk pengguna membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya mengenai isu berkaitan sektor Komunikasi dan:

Telekomunikasi
Penyiaran
Perkhidmatan Pos/kurier
Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP)


sekurang-kurangnya ada la jugak saluran untuk pengguna nak report yer tak? yang penting, sangat pantas dan berkesan!