25.12.16

Bagi Can Tanya Soalan

sebok betul nak dekat hujung tahun ni. kerja pun sibok, luar kerja pun sibuk jugak. mana dengan weekend-nya yang terisi dengan jemputan kenduri kahwin sahaja. sampai sehari 3 kenduri pun ada. sebab tu blog agak terbiar sikit hujung tahun ni.


dah la pi kenduri pun sorang-sorang. forever alone betol. hahaha.. orang lain pergi kenduri bawak bini, bawak tunang, bawak awek, aku mampu bawak bertenang je. hmm...


Bagi Chance Tanya Soalan



so, berbalik kepada tajuk, dah nak hujung tahun ni aku pun tak tau nak menulis pasal apa, so, aku bagi chance kat pembaca blog Hikayat Budak Pening ni tanya soalan kat aku. tak kisah soalan apa-apa je..

soalan akademik boleh, soalan agama boleh, soalan pasal ubat boleh, soalan berbentuk pendapat pun boleh. mana yang aku boleh jawab, aku cuba jawab. yang mana aku tak tau tu, nak buat macam mana lagi, aku jawab je la "tak tahu.."

tak salah sebenarnya bila orang tanya soalan yang kita tak tahu, kita jawab secara jujur "tak tahu" dari buat pandai. kan?

soalan peribadi? rasanya tak ada orang yang berminat nak tau kot. hahahaha...

16.12.16

Kambing Bakar Anak Bujang

ustaz adi,

Berita baik buat warga Jengka dan Maran, kini kalau korang rasa teringin nak makan kambing bakar yang sedap, korang boleh pekena Kambing Bakar Anak Bujang. Dah ramai yang order. Memang sedap.

Kambing Bakar Anak Bujang



Kambing bakar anak bujang ni murah je. Harga kasih sayang kata tuan tukang jual. Hehehe.. InshaAllah berbaloi dengan rasanya. Sebekas Cuma RM10.00!


ada dua pilihan. kalau nak makan terus boleh order yang dah siap dibakar. kalau nak simpan boleh order yang frozen punya. bila lapar masak je, terus boleh makan. nak masak pun senang je!


Kelebihan Kambing Bakar Anak Bujang



Apa yang specialnya Kambing Bakar Anak Bujang ni? Kambing bakar anak bujang ni memang sedap dan berbaloi. sebabnya :

1. salad segar ( hari2 beli).
2. coleslaw yang dibuat hari2.
3. sos black pepper yang ummmpphh.
4. limpahan sos chezzy yang menyelerakan.
5. daging kambing yang diperap dengan ramuan tersendiri.(perap semalaman)
6. harga mampu milik...RM10 sebekas
7. yang penting...TIADA CAJ PENGHANTARAN sekitar jengka dan maran.


Soalan Susah : Nak Makan Kat Mana?



So, tak payah nak fikir panjang. Orang Jengka orang Maran kalau ada orang Tanya soalan paling susah kat malaysia ni,“hari ni nak makan kat mana?” korang order je Kambing Bakar Anak Bujang ni. Tak payah pikir nak makan kat mana sebab siap ada delivery! 

Kalau nak order boleh PM nombor kat bawah ni atau boleh usher kat FB berikut
Whatsapp : 0179771447
Facebook : Adi Rashid (https://www.facebook.com/ibnu.rashid.5)

Rasa macam nak order tapi tak sure? Tak pe, PM je nombor tu tanya..

12.12.16

Testimoni | Boleh Percaya ke?


Testimoni | Boleh Percaya ke?


Banyak produk-produk kosmetik dan kesihatan sekarang ni dakwa yang produk diorang tu berkesan hanya bermodalkan testimoni-testimoni pelanggan. Persoalannya, betul ke testimoni semua tu? Boleh percaya ke?

Betul ke testimoni pelanggan?


Sebelum tu, meh aku nak cerita satu kisah benar yang diceritakan sendiri oleh "mangsa" testimoni yang merupakan kawan aku.

Alkisah, dulu kawan aku ni masa1st year usm takde la gemuk mana tapi berisi sikit. Then masa 3rd year dia usaha jaga makan, turun bersenam beberapa kali seminggu,  dan hasilnya lepas 4th year dia kurus. At least nmpak jelas la perbezaan dengan sebelum ni.

Kemudian, ada seorang agent produk "kesihatan" ni perasan perbezaan kawan aku ni. Lantas agent tu tanya kawan aku, dia nk mintak gambar kawan aku masa sebelum dan selepas kurus,  katanya nak buat testimoni produk dia.

Kawan aku ni pun tak bagi la. Hoi, Banyak cantik! Kawan aku ni penat-penat jaga makan exercise semua tu smpai setahun baru nak nampak hasil, agent tu senang-senang je mintak gambar nak buat testimoni padahal kawan aku ni mana ada ambik mana-mana produk apa pun.

Nampa tak disitu? Sapa-sapa pun boleh jadi dan buat testimoni.

Testimoni menipu



Lagi satu aku heran, terutamanya produk kosmetik yang nak bagi nampak cantik ni. Kalau nak buat testimoni tu pun, buat testimoni biarlah jujur. Dah sebelah gambar tak bemekap sebelah lagi ada make up. Klau testimoni make up takpe la jugak. Ni suplement je pun.

Dan lagi 1 kes, sebelah gambar kamera biasa, sebelah lagi kamera setting face beauty kulit flawless tak mau mau, lepas tu kata produk ni mencantikkan kulit. Oh, come on! Testimoni apanya kalau macam tu?

Sudah-sudah la nak menipu pun. Berkat ke rezeki kalau guna testimoni menipu ni?

Testimoni reliable?




Dan katakanlah kalau betul sekalipun testimoni tu memang gunakan produk dan betul-betul alami perubahan, ada jaminan ke yang perubahan tu adalah disebabkan produk tersebut tanpa ada faktor yang lain?

Mungkin selain produk tu, dia ada betul-betul ubah gaya hidup kearah yang lebih sihat berbanding sebelum ambik produk, yang menjadi faktor perubahan dia. Kita mana tau?

Jadilah pengguna yang bijak


Kita sebagai pengguna juga kena bijak. Jangan mudah terperdaya dengan testimoni semua ni. Selidik dulu betul-betul. Kena ingat,  produk kesihatan ni kalau silap ambik merana badan. 

Bukan tak bagi percaya langsung. Cuma jangan mudah percaya semua. Sebab testimoni ni kalau dalam ranking evidence (bukti) kepada dakwaan kesihatan ni, dia yang paling last. Sangat tak reliable, sangat tak boleh percaya. Banyak unsur penipuan dan bias boleh berlaku.

kalau tak boleh percaya testimoni, nak percaya siapa?



Pertama, pastikan produk tu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Bila berdaftar sekurang-kurangnya ada pemantauan dari KKM. Nak tau macam mana nak check, boleh lihat kat sini : Iklan Ubat di Blog

Kedua lepas konfom berdaftar, rujuklah berkenaan produk tersebut dengan pengamal kesihatan yang bertauliah, contohnya dengan doktor atau ahli farmasi. Jangan harapkan Testimoni je!

6.12.16

Farmasi dan Lesung Batu


Farmasi dan Lesung Batu


Pernah perasan tak logo atas ni kat papan tanda kedai-kedai farmasi?  Sebenarnya tu gambar apa? Bagi yang belum tahu, logo tersebut merupakan gambar “mortar and pestle” (lesung batu). Tapi, apa pula kaitan antara farmasi dan lesung batu yang selalu mak-mak kita guna untuk tumbuk sambal tu?

Lesung Batu Penyediaan ubat



Mortar and pestle are frequently also associated with the profession of pharmacy due to their historical use in preparing medicines” 
– Wikipedia

Sejak zaman dahulu, ahli farmasi akan gunakan lesung batu untuk menyediakan ubat, termasuklah ubat-ubat herba. Sebab tu symbol lesung batu tu dah sinonim untuk farmasi. Bukan untuk masak, tapi untuk penyediaan ubat.

Tapi semua tu dah berubah. Sekarang zaman ubat-ubat mudah didapati dalam bentuk pill, tablet dsb. Tapi, kami ahli farmasi masih perlu berlajar cara-cara nak sediakan ubat pakai lesung batu ni. Sebab walaupun dah jarang guna, tapi teknik penyediaan pakai lesung batu ni masih dilakukan, terutamanya di hospital-hospital besar.

Contohnya bila nak bagi ubat kepada bayi atau budak-budak yang dos dia terlalu sedikit tapi ubat di pasaran semuanya dalam dos-dos dewasa. Tak pun untuk sediakan ubat sirap untuk budak/bayi yang tak boleh nak telan ubat tablet.

Now you know! Lepas ni kalau ke kedai farmasi, cuba check tengok ada atau tak logo tu kat papan tanda kedai farmasi. Hehehe

Soalan : Korang sekarang kerja/student bidang apa? Apa logo yg sinonim dengan kerjaya korang?