12.9.16

Honda CBR500R 2016 | Specs, Harga, Review


Honda CBR500R 2016


baru-baru ni aku berpeluang menghadiri customer day kedai motosikal Taycon Motor di Bayan Baru Penang untuk pelancaran motosikal Honda CBR500RR 2016. Boleh tahan rupa middleweight sportbike yang baru ni. Mengancam. Tambah-tambah dengan design lampu depan (headlight) yang baru. Pergh.

A photo posted by Pha Is (@phais47) on

Spesifikasi Honda CBR500R 2016



Tak nak cakap banyak. Jom kita ushar spesifikasi honda CBR500r 2016 yang baru ni. 

engine : Liquid-Cooled Parallel twin DOHC 4 valve per cylinder
bore x stroke : 67.0 mm x 66.8 mm
displacement : 471cc
compression ratio : 10.7:1
fuel system : PGM-FI (Programmed Fuel Injection) with 34 mm throttle bodies
Ignition : Computer-controlled digital transistorized with electronic advance
transmission : Six-speed

Front Brake : Twin-piston caliper with single 320mm wave disc
Rear Brake : Single-caliper 240mm wave disc
Front Tire : 120/70-17
Rear Tire : 160/60-17
seat height : 78.5 cm
Fuel Capacity : 15.5 liter

Review Honda CBR500R 2016


Secara keseluruhan, tak banyak beza sangat dari segi spesifikasi Honda CBR500R 2016 dengan batch yang lama (Honda CBR500R 2013). Cuma penampilan dia yang sangat-sangat berbeza. Hampir nak sama dengan Honda CBR250R 2016 yang tengah hangat orang dok sebut tu. 

kiri : Honda CBR500R2016
kanan : Honda CBR250RR 2016
nampak persamaannya?

Antara perbezaan lain termasuklah muffler baru yang lebih style, lebih sporty. Aku suka muffler pendek macam ni. contoh macam muffler Yamaha YZF R25 moto aku tu.. hehehe.. 

muffler Honda CBR500R 2016

Selain itu, honda CBR500R 2016 ni didatangkan dengan adjustable brake lever. So, boleh laras sendiri lever brake dan clutch nak panjang atau pendek ikut keselesaan. Tak payah nak tukar lever after market yang baru. 

adjustable brake/clutch lever

Performance? malangnya aku tak sempat nak test ride masa hari pelancaran tu sebab tetiba hujan. tapi Honda CBR500R ni memang dah terkenal dengan kualiti yang boleh dipercayai sejak dari dulu lagi. Lagipun, 2 silinder 500cc, konfom la lagi mantap dari motosikal 250cc 2 silinder aku tu.

So, kesimpulannya, pendapat aku la, aku rasa moto ni berbaloi bagi mereka yang nak beli motosikal jenis sportbike buat pertama kali tapi rasa 250cc tu masih tak cukup. Jugak sesuai bagi mereka yang nak bergaya sambil easy ride.

Harga pun boleh tahan. harga asas tak sampai RM 30,000 wei! Dalam lingkungan RM 29,888.00 kalau ushar kat mudah.my.. Okay la, sportbike 500cc RM30k kan. Berbaloi dah tu.!

Cuma kalau korang betul-betul pentingkan top speed, mungkin motosikal yang lain lebih sesuai. Yer la, ini cuma middleweight sportbike je. Nak laju-laju, angkat la middleweight super-sport macam Kawasaki ZX-6R 636 ke, Yamaha YZF R6 ke, tak pun supersport terus!

tapi siap duit je la.. middleweight supersport (yang cc lebih kurang je) dah harga lebih 2 kali ganda! hahaha..


Sumber dan rujukan :
1. Belang Tarung (2016 Apr). 13 Katagori Superbike Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membelinya. Belangtarung.com; dipetik dari http://www.belangtarung.com/2016/04/13-kategori-superbike-yang-perlu-anda.html
2. Eddy. (2015 Oct). 2016 Honda CBR500R – sharpened middleweight machine. Motomalaya.net; dipetik dari http://motomalaya.net/blog/2015/10/19/2016-honda-cbr500r-sharpened-middleweight-machine/
3. Mudah.my


18 comments:

  1. harga yang menarik....cuma kena ada lesen Bfull

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kelemahan dia.. walaupun kalau ikut cc, lesen B1 pun dah boleh.. tapi dah alang2 ambik B1, baik ambik B full terus.. hehehe

      Delete
  2. hati hati menunggang haihhhh tapi memang segak tgk orang naik moto besar

    ReplyDelete
  3. 30k pun zman2 skrg mcm kene berigt sikit kan..

    ReplyDelete
  4. tudiaaa bawak awek naik syok ni. hahha

    ReplyDelete
  5. Tak tau nk pilih ygmana..asal moto besar semua lawo

    ReplyDelete
  6. Minat juga cbr ni sejak dari model2 sebelumnya waktu zaman bujang dulu... antara moto pilihanlah cbr nie... :)

    ReplyDelete
  7. Akak tak tahu pasal motor tapi ai is suka sebab nampak sexy... auwww.... gggrrrr.... miow...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu bukan suami pernah paklai z800 kan.. hehee.. mesti tau jugak sikit2.. hehehe

      Delete
  8. Tak dapatlah saya nak menilai motor, tapi saya kagum jugalah bila baca kisah org yang buat ekspedisi dgn motor pergi luar negara tambah2 lagi perempuan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. baru2 ni ada ekspedisi naik moto modenas kriss ke makkah.. alhamdulillah, mereka selamat sampai menunaikan haji baru2 nih..

      Delete
  9. seperti biasa. tak minat moto besar2 ni. keta besar takpe. ehhh!!! hahahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi.. besar2 nk pakai kereta apa? baik pakai van terus.. hehehe

      Delete