petang semalam sempat aku ziarah rakan sekerja aku si Ehsan yang baru sahaja menimang cahaya mata. bila dah jumpa, Ehsan pelawa aku untuk bergambar bersama anak dia. dah alang-alang ambil gambar, kena la share. yer dok. tapi sebelum tu, aku minta izin dulu.
"ehsan, hangpa laki bini tak ada pantang ambik gambar baby upload kat FB ka?"
"tak dak.." jawab ehsan. soalan yang sama aku ajukan pada Hanisah, isteri Ehsan, dan dia juga tak pantang. saja aku nak konfomkan. sebab sekarang ni "trend" kepercayaan orang tak bagi share gambar anak dalam pantang kat FB.
dan diorang pun ada tanya aku kenapa tak boleh share gambar baby kat laman sosial. jawab aku, "nanti aku check, lepas tu aku tulis kat blog."
"hmm.. blogger sangat.." jawab hanisah.
Tak Boleh Share Gambar Bayi Dalam Pantang?
musykil jugak aku, mana datang pendapat kata tak boleh share gambar anak umur 40 hari ni? so, aku pun godek-godek la cari maklumat. dan kesimpulan, banyak yang orang share ni bersumberkan asalnya dari pendapat Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani dalam status FB beliau.[1]
lepas tu orang lain pakat-pakat share, sampai ada yang share tu tak tahu pun apa yang di-share.[2] tahu share je. orang lain pun pakat follow percaya.
Penyakit 'Ain?
pointnya aku lihat hampir sama. tak boleh share gambar bayi sebab takut terkena penyakit 'ain. antara definisi mudah penyakit ain ni :
"satu penyakit yang berlaku akibat panahan mata yang mengagumi sesuatu, disertai dengan sifat dengki/hasad atau kerana kekaguman yang keterlaluan terhadap sesuatu."[3]
 |
gambar sekadar hiasan |
selain tu, ada jugak sebab yang lain kenapa tak boleh share gambar bayi, contohnya sebab Ummu Sibyan (penyakit yang melibatkan jin) dan penyakit klinikal seperti antibody dan sawan. dan bahayanya penyakit 'ain ni sehingga boleh menyebabkan bayi menangis tanpa sebab, turun berat badan sehinggalah penyakit kulit seperti Eczema dan sebagainya. untuk nak tahu lebih lanjut boleh rujuk Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani tu sebab banyak orang share, sumber asalnya dari beliau.
suka untuk aku tegaskan, walaupun sebagai ahli farmasi yang diajar dengan dunia perubatan barat, tapi aku tak nafikan wujudnya penyakit-penyakit 'ghaib' seperti penyakit ain, dan sebagainya. tapi aku lebih bersetuju dengan pendapat dan tulisan Abu Urwah Nasarudin[5]
Syirik percaya "Jangan Upload Gambar Anak Bawah 40 Hari"?
Abu Urwah ni tak nak orang takut nak share gambar anak sebab percaya ianya boleh membawa mudharat. dia tak nak kepercayaan ni menjejaskan aqidah ibubapa sebab percaya benda ni boleh bawa mudharat/sial kepada anak.
antara point dia yang aku setuju sangat, termasuklah:
1. kenapa mesti 40 hari (dalam pantang?)
2. Penyakit ain boleh berlaku tanpa ada had umur. Sebab menjoriti hadith penyakit ain adalah pada usia dewasa, hanya ada satu tentang bayi, tetapi martabatnya dinilai dhaif oleh para ulama.[5]
3. mengkritik penulisan yang bersandarkan prasangka semata dan menggunakan hadith umum dan memaksakan hadith itu selari dengan pandangan peribadi.
dan beberapa lagi point dia yang lain. boleh rujuk di laman beliau.
kesimpulan
apa yang dapat aku simpulkan,
1.segala sesuatu itu datang atas keizinan Allah. pegang macam tu. jadi, jangan terlalu taksub percaya mudharat/sial boleh datang sebab share gambar bayi kat laman sosial. boleh percaya ianya sebagai asbab, tapi bukan punca secara langsung
contoh, dalam bidang farmasi, aku langsung tak percaya dan i'tiqad bahawa ubat tu boleh sembuhkan penyakit. walaupun aku ni farmasi, tapi aku masih percaya kuasa penyembuh itu datang dari Allah, bukan ubat. makan ubat cuma sebagai asbab untuk menyembuhkan penyakit. macam tu la lebih kurang analoginya.
2. sebagai ibubapa, bagi yang nak share gambar anak, silakan. cuma jangan terlalu ghairah share gambar anak setiap hari sudah la. bukan sebab penyakit ain, tapi nnti orang meluat pulak. hehehe..
3. bagi ibubapa yang dalam 'pantang' share gambar anak, terpulanglah. itu hak masing-masing nak percaya/ikut kata-kata ustaz Wan Asrul Al-Kalantani atau tak. cuma ingat, jangan terlalu taksub. segalanya datang dari Allah.. itu sahaja.
4. dan sebagai 'media influencer' (pengguna laman sosial seperti blog, fb, twitter, instagram, dan sebagainya) cuba semak dulu kesahihan apa yang dishare. jangan sekadar share sahaja. dan jangan pula hanya baca dari 1 sumber.
5. bila kita tengok gambar bayi, bersederhanalah dalam memuji. segala puji hanya layak untuk Allah dan segala sesuatu itu datang dari Allah. lagi 1, jangan nak banding-bandingkan pulak kecomelan anak orang (macam kes anak che Ta). dan jangan pula mendengki. itu rezeki masing-masing, rezeki kita mungkin datang dalam bentuk lain.
point utama aku, bersederhanalah dan jangan taksub!
p/s : kalau korang ada bayi dalam pantang, nak share atau tak gambar baby? just nak survey...
sumber dan rujukan
1. Wan Asrul Al-Kalantani. (2013 July 13). KENAPA TIDAK 'UPLOAD'? Facebook Status. Dipetik dari https://www.facebook.com/wan.asrul.378/posts/311046212364979
2. Nurul Qastalani Radzuan. (2014 Jan). MENGAPA TAK DIGALAKKAN UPLOAD GAMBAR BAYI BARU LAHIR? Karipapsayur. Dipetik dari http://www.karipapsayur.com/2014/01/mengapa-tak-digalakkan-upload-gambar.html
3. Marlisa Halim. (2014 Nov). PENYAKIT 'AIN. MarlisaHalim. dipetik dari http://www.marlisahalim.com/2014/11/penyakit-ain.html
4. Haron Din. Penyakit 'Ain. Rawatan Penyakit Akibat Sihir, Jilid 5 bab 9.
5. Abu Urwah Nasarudin. (2014 July 16). Syirik percaya pada "Jangan Upload Gambar Anak Bawah 40 Hari". Muhajirin Store. dipetik dari http://muhajirinstore.blogspot.my/2014/07/syirik-percaya-pada-jangan-upload.html
6. Eza Ezamie. (2015 July 11). Bolehkah Upload Gambar Bayi Baru Lahir di Media Sosial? SirapLimau. dipetik dari https://siraplimau.com/upload-gambar-bayi-baru-lahir-share/
7. Ikhwan Yusuff. (2014 Aug 12). KENAPA TIDAK DIGALAKKAN UPLOAD GAMBAR BAYI YANG BARU LAHIR? IkhwanYusuff. dipetik dari http://duniakita94.blogspot.my/2014/08/kenapa-tidak-digalakkan-upload-gambar.html
8. Biaqpila (2014 Jan 25). JANGAN UPLOAD GAMBAR BAYI BAWAH USIA 40 HARI KE DALAM FACEBOOk. Biaqpila. dipetik dari http://biaqpila.blogspot.my/2014/01/jangan-upload-gambar-bayi-bawah-usia-40.html
9. Nur Alya. (2014 Jan 13). Al Ain : Kenapa Tidak Upload/Siarkan Gambar Bayi. Hidup Sekali Biar Bererti. dipetik dari http://chentazulya.blogspot.my/2014/01/al-ain-kenapa-tidak-boleh-uploadsiarkan.html
10. Marlisa Halim. (2014 Jan). BOLEHKAH UPLOAD GAMBAR BAYI DI FACEBOOK? MarlisaHalim. dipetik dari http://www.marlisahalim.com/2014/11/bolehkah-upload-gambar-bayi-di-facebook.html