24.4.16

Bapa Tak Bertanggung Jawab

sebagai seorang lelaki dalam usia aku yang macam ni, tak lama lagi dah nak bergelar seorang suami. lepas tu dengan izin Allah, akan bergelar seorang bapak. tapi aku takut nak memegang dua gelaran tu.


suami? masih tak layak rasanya. urusan diri sendiri pun tak terurus, inikan pula nak uruskan rumah tangga. bapa? hmm.. arwah ayah aku meninggal tatkala aku masih kecil. tak sempat rasanya untuk aku 'belajar' dari dia macam mana nak menjadi seorang bapa.

bapa tak bertanggung jawab


tapi ada dua situasi yang membuatkan aku pasti yang aku tak akan menjadi seorang bapak yang macam ni:

Situasi 1 : Memandu Membahayakan Anak

dalam perjalanan ke tempat kerja, aku bersama gadis bertudung biru aku sedang menunggu kat trafic light. lampu masih merah. tak lama selepas itu, lintas sebuah motosikal dipandu seorang lelaki beserta seorang pembonceng budak yang aku kira anak kepada pemandu motosikal tadi, keluar simpang dalam keadaan melanggar lampu merah.

dalam masa yang sama, diorang hampir eksident bila kereta yang keluar simpang dari arah bertentangan terpaksa berhenti mengejut bagi memberi laluan kepada motosikal tadi yang melanggar lampu merah dalam keadaan merbahaya.

situasi tu buat aku terfikir. ni apa jenis bapak la manusia ni. kalau nak mati, mati sorang-sorang sudah la. bawak anak lepastu naik moto secara merbahaya.


Situasi 2 : Rokok Depan Anak

lagi satu situasi yang buat aku heran, bila ternampak seorang bapak merokok depan anak-anak yang masih kecik. again, kalau nak mati, mohon mati sorang-sorang. kesian kat budak kecik yang terpaksa hirup racun yang keluar dari mulut kau.


bapa sebagai pelindung keluarga


walaupun aku tak tau lagi bapa jenis macam mana yang aku bakal jadi, tapi aku berharap dan berdoa agar tak jadi macam bapak-bapak yang macam dalam dua situasi diatas.

dan tahniah buat dua orang kawan aku, ariff dan Ehsan yang masing-masing telah menjadi seorang bapa baru-baru ni. hairannya, kedua-dua isteri diorang selamat bersalin pada hari yang sama! dan dua2 mendapat anak lelaki!


dua orang kawan aku jadi bapa pada hari yang sama.! what kind of sorcery is this???


10.4.16

Sepetang Di Tea Boss Perlis


Tea Boss | Drink tea like a boss. Dua minggu lepas, aku merempit ride ke perlis semata nak review Tea Boss kat perlis dengan geng blogger utara dan seorang dari geng blogger gempak. kira macam kolabrasi dua kumpulan blogger la ni kiranya. hahaha..

antara yang terlibat dalam review kali ni
gambar atas dari kiri : Sofie Adie, Zya Akma, Arz Moha, Pha Is, dan Zumal

tea boss perlis ni senang je nak cari. tengok peta sekali je dah boleh sampai. yer la, naik moto bukan boleh tengok map macam dalam kereta yang boleh tengok sepanjang masa.


Tea Boss | Drink Tea Like A Boss


aku sebenarnya mamang kaki minum tea. setengah orang minat kopi tapi aku ni jenis 'tea kind of guy'. bajet macam orang London la, petang2 minum tea, dan macam orang arab, sepanjang masa minum "Syai" (tea dalam bahasa arab).

sebab tu masa order, orang lain order sempoi-sempoi macam Baby Berry Boss la, Iced Milk Coco Boss la, Mango Boss la, Apple Boss la, dan macam-macam lagi. aku? simple, Iced Milk Tea Boss, a.k.a Teh ais.

ini tea aku yang punya. sapa nak pi beli sendiri.. hahaha..

Tea Boss Perlis Menu


dari segi minunam, memang "meriah". macam-macam ada. pilih mana yang berkenan dihati. ni kalau pekena masa cuaca panas2 macam sekarang ni, memang layan habis. 


dari segi makanan pun, tak kurang hebat jugak. ada soto, laksa, dan kalau nak rasa western boleh try chicken chop, fries, dan macam-macam lagi..


soto, fries, chicken chop, dan laksa. gambar makanan tak beberapa cantik sebab masa ambil gambar ni, dah makan dah separuh jalan. sampai je makanan atas meja, lupa nak ambil gambar dulu, terus terkam. hahaha..  

dan specialnya tea boss perlis ni, dengan setiap pembelian air, korang akan mendapat 1 cop. Kumpulkan 10 cop dan boleh tebus 1 bekas Tea Boss..


Tea Boss Perlis


so, kalau nak merasa, pergi la terjah. seang je nak cari. harga pun berpatutan


Alamat Tea Boss Perlis:

KM 3, Tanjung Gorah, Repoh
Persiaran Jubli Emas
01000 Kangar Perlis

(Selepas Auto Car Wash dan sebelum Aura Steamboat, bertentangan Andaman 2)

Tea Boss Perlis dibuka setiap hari dari jam 12 tengahari - 9 malam
untuk lebih lanjut hubungi pemilik Tea Boss Perlis di :

Facebook : Tea Boss Perlis 
Instagram : @teabossperlis
017-4227517 / 0175720635 (Pn. Fadzilah)

(Delivery sekitar Kangar dan Arau untuk sabtu dan ahad sahaja)

kalau nak tengok review yang lain, boleh terjah mereka:

1. Arz Moha. (2016 Apr 4). Lepak Di Tea Boss Perlis. ARZMOHA. dipetik dari http://www.arzmoha.com/2016/04/lepak-di-tea-boss-perlis-drink-like-a-boss.html

2. Miss Zyaroses. (2016 Mac 29). Tea Boss Perlis | Drink Tea Like A Boss. dipetik dari http://misszyaroses.blogspot.my/2016/03/tea-boss-perlis-drink-tea-like-boss.html

3. Sofie Adie. (2016 Mac 29). Sepetang bersama Tea Boss Perlis. SOFIEADIE. dipetik dari http://www.sofieadie.com/2016/03/sepetang-bersama-tea-boss-perlis.html

4. Zumal. (2016 Mac 28). Tea Boss Perlis. Dunia Zumal. dipetik dari http://duniazumal.blogspot.com/2016/03/tea-boss-perlis.html



5.4.16

Pasangan Kawasaki Ninja ZX2R

mula-mula jadi blogger, sekarang ingat nak jadi youtuber plak. hahaha.. lepas ni boleh la buat vlog. huh, banyak pulak masa aku nak buat semua tu. nak update entri blog pun susah.

sejak aku try letak kamera kat moto aku si #gadisbertudungbiru tu, rasa macam best pulak. aku rasa maybe aku akan upload video-video masa aku 'bersama' dengan moto aku kot.

Pasangan Kawasaki Ninja ZX2R


sebagai permulaan, ni video pertama aku. dulu selalu terserempak dengan pasangan ni atas jalan masa on the way ke tempat kerja. setiap kali aku nampak diorang, rasa sweet je..  hahaha.. sanggup si perempuan naik moto sama2 dengan laki ke tempat kerja..



p/s : video gegar giler. pakai kamera murah je.. ada sesiapa nak sponsor gopro ke..? hehehe..

tapi laju bhai.. dulu masa aku naik honda wave aku tu, boleh tengok sekali jeling je la. lepas tu dah tak nampak bayang dah. berdesup dia mencelah. sekarang ni baru boleh mencucuk follow belakang.. hahah..


single seat


bila sembang dalam group moto, ramai yang racun suruh aku buat single seat (kusyen tempat duduk belakang dibuang dan digantikan dengan aksesori tambahan yang lebih cantik..) baru moto lebih mengancam macam versi perlumbaan moto GP.

tapi walaupun aku single, aku malas nak buat single seat. walaupun tak ada sesiapa pun aku nak bawak buat masa sekarang ni. naik sorang-sorang je..

"sebab seat belakang tu saya nak reserve untuk awak.. "

#chiachiachia

1.4.16

Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500


Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 | Blogger Utara adalah satu komuniti yang mengumpulkan blogger yang berada di utara semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Ahli Blogger Utara terkini adalah seramai 20 blogger dan sebahagian daripada blogger ini merupakan penaja kepada Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 ini . Blogger tersebut adalah 


Bersempena pencapaian 1000 liker di Page Blogger Utara di facebook, beberapa blogger dibawah komuniti ini bersetuju menjadi sponsar sebagai penghargaan kepada sesiapa yang bertuah dengan menyertai Giveaway ini. Hadiah adalah berbentuk wang tunai untuk 20 pemenang bertuah. 

Hadiah Utama : RM100 x 1 Pemenang (Top Referral)
Hadiah Kedua : RM 50 x 4 Pemenang (Random)
Hadiah Ketiga : RM 20 x 5 Pemenang (Random)
Hadiah Saguhati : RM 10 x 10 Pemenang (Random)

Marilah memeriahkan giveaway kami yang bermula 
1 April sehingga 14 April 2016 
dengan klik link di bawah ini