#728HariMencariCinta
Kelahiran Dan Kematian
pada bulan mac 1999 masa aku berusia 9 tahun, beberapa hari lepas birthday aku, tok aku meninggal di rumah aku. detail masa hari kejadian aku tak beberapa nak ingat sebab masa tu baru umur 9 tahun.
dan pada tahun ni, tahun 2016, 2 hari selepas birthday aku, abang aku telahpun menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital pulau pinang ketika berusia lebih 60 tahun. (sebab ramai yang susah nak percaya aku ada abang umur 60 tahun)
mungkin ni peringatan dari Tuhan bahawa semakin meningkat usia, makin banyak hari lahir yang disambut, kita sering lupa bahawa semakin dekat umur kita dengan kematian.
aku dan sambutan hari lahir
sejak dari kecil, keluarga aku memang bukan jenis yang sambut hari ulang tahun kelahiran. rasanya dulu masa aku kecik lagi, aku pernah tanya arwah ayah aku kenapa tak sambut birthday. dia kata tak boleh sambut sebab berdosa.
aku tak sure dia 'bohong sunat' atau tak, sebab masa tu kami bukan orang senang. lagipun, arwah ayah aku agak straight pasal agama. banyak benda yang dia tak bagi buat. katanya tak boleh ikut cara orang 'kapiaq'.
contohnya, kalau aku pakai cap, dia punya marah tu macam aku letak kepala babi atas kepala aku. tapi tu dulu la. semua tu masa ayah masih ada, sebelum tahun 2001. sebelum aku darjah 5.
sekarang, aku dah kerja, 2 orang adik aku pun dah kerja, dah mampu sikit, baru la nak merasa makan kek hari jadi, walaupun aku ni bukannya makan kek sangat. hehehe..
lagipun DrMAZA kata sambut besday bukan bid'ah sebab dia bukan hal agama.. wallahu a'lam..
pointnya kat sini, aku tak kisah sangat sambut besday atau tak. tak heran sangat pun sama ada buat atau tak. hadiah besday apatah lagi. so, tak payah la susah-susah.. hahaha. *perasan giler*