kenapa aku memilih Yamaha YZF R25?
![]() |
Gadis bertudung biru |
1. rakan aku menasihatkan agar aku tak terus 'jump' pakai motosikal berkapasiti 600cc sebab ini superbike pertama aku. dia cadang supaya aku 'bermain ringan-ringan' dulu dengan superbike berkapasiti rendah, macam R25 ni. (250cc)
sebab dia kata, banyak kes orang kemalangan superbike sebab penunggang tak pandai handle superbike. jenis penunggang yang terus 'jump' angkat superbike kapasiti tinggi macam Kawasaki Z800. sebab tu dia kata Z800 antara yang banyak kes kemalangan. bukan salah moto, tapi penunggang yang tak berpengalaman.
kata rakan aku lagi, sekarang ni ramai mampu beli tapi tak ramai yang mampu bawa. jadi, aku target nak pakai moto dalam 1 hingga 2 tahun macam tu je kot. sekadar muqaddimah. hehe..
2. kenapa sportbike dan bukan naked bike? aku memang lebih minat naked bike berbanding sportbike. tapi disebabkan superbike hanya sekadar "muqaddimah" aku dalam dunia superbike, so, aku rancang untuk try sportbike dulu. sekurangnya nanti aku dah dapat rasa dua jenis superbike yang berlainan (sportbike dan naked bike).
untuk nak tahu beza jenis2 superbike (naked bike, sportbike, cruiser, dual purpose, dan sebagainya, sila lihat entri ini:Tips Memilih Superbike
3. tapi, dalam banyak-banyak sportbike kelas 250cc, kenapa aku pilih Yamaha YZF R25? kenapa bukan Kawasaki Ninja 250R yang sangat popular tu? sebabnya Yamaha YZF R25 ni model paling berkuasa (horse power) dalam kelas sportbike 250cc mengatasi saingan sekelasnya yang lain (Adi Arena, 2015). lagi satu, sebab aku minat giler dengan design dan kaler dia.
so, disebabkan 3 perkara tersebut, aku memilih untuk 'main-main' dulu dengan Yamaha YZF R25. nanti bila dah lama sikit bawak, baru aku try buat review motosikal ni pulak...