29.11.15

Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM

sapa tak kena sifu blogspot malaysia ni kan? nampak HH je, terus ingat HasrulHassan. antara blog yang selalu aku rujuk bab-bab bloging ni..

HASRULHASSAN Random Giveaway RM100 Follower


dan kali ni bro HASRULHASSAN ada buat Random Giveaway RM100 Follower sempena meraikan sokongan rakan-rakan follower blog beliau sehingga berjaya mencapai lebih 15 juta pageviews (hits).

jom join. mudah je syarat-syarat dia.. klik baner tuh untuk join.

26.11.15

Blogger Dan Hadiah

blogger dan hadiah berpisah tiada. sebagai contoh, baru-baru ni aku telah dapat hadiah dari blogger sis Jari Manis, pemilik blog jarimanistravel.blogspot.my berupa sebuah fridge magnet yang diterbangkan khas dari Indonesia!

fridge magnet candi borobudur dari Tanah Jawa. thanks yer sis..

isi Jari Manis ni kaki travel. kalau nak merasa hadiah travelling souvenir macam ni, rajin-rajin la komen kat blog Jari Manis ni. tapi kalau boleh tu komen biarlah ikhlas, bukan mengharap hadiah semata.. hehehe

Blogger Dan Hadiah


next, baru-baru ni dalam event #BloggerUtaraOfficial di Rockstarz Burger, aku berkesempatan menyampaikan sedikit hadiah cenderamata buat blogger Siti Yang Menaip kerana tersenarai dalam top 10 pengomen pening suku ketiga 2015.


macam yang aku dah kata dalam entri Hadiah Pengomen Pening Suku ke-3 2015 yang lalu, yang mana aku dapat bersua muka face to face, aku akan bagi hadiah by hand. mana yang dah tuntut hadiah top up, aku bagi top up. mana yang pakai postpaid, aku mintak supaya send alamat.

1. Jari Manis - topup - done
2. Cik Mistree - tiada prepaid, sudah send alamat, hadiah belum hantar.
3. kak Sha - hadiah by hand - done
4. amanina - hadiah by hand - done
5. Siti Yang Menaip - hadiah by hand - done
6. Khairuddin Lim - belum tuntut
7. Qaseh Abadi - topup - done
8. Zumal - topup - done
9. Paridah - belum tuntut
10. kak Zai - hadiah by hand - done

yang mana yang belum tuntut tu, aku setia menanti maklum balas korang. sila PM no. tel atau alamat ke fb page Hikayat Budak Pening (https://www.facebook.com/HikayatBudakPening/)



25.11.15

Rockstarz Burger Penang | Burger Paling Rock

burger antara makanan yang aku rajin buat review sebelum2 ni. contohnya macam KB Burger Bakar (Kota Bharu), Sri Paduka Burger (Kubang Kerian Kelantan), Hero Burger Bakar (tepi Stadium Bandaraya Pulau Pinang) dan Kaw Kaw Burger Bakar (wangsa maju).


so, aku ni agak hantu burger la jugak. tapi kali ni aku nak membawakan  kepada korang sebuah lagi kedai burger yang MUSTI korang singgah kalau korang penggemar burger amcam aku. MUSTI! Rockstarz Burger area Sungai Ara, Penang. MUSTI!

Keunikan Rockstarz Burger


macam2 burger ada. sampai tak ingat nak sebuat semua. hehehe..

bagi aku, antara ciri-ciri tarikan yang patut ada pada sesebuah burger adalah keunikan. sebab burger ni benda yang biasa. merata tepi-tepi jalan ada bercambah. so, apa yang membezakan sesebuah burger dengan burger2 yang lain?

meleleh baq ang..

ada burger aku pernah makan daging dia berat. ada burger aku pernah makan patty dia tebal, sampai aku makan tak habis 7 keturunan. dan burger di Rockstarz Burger ni, keunikan yang aku nampak adalah patty-nya yang sangat lembut!


serius, lembut macam patty double cheese mekdi. patty homemade tau!


lagi satu, meatball dia wajib try! lembut, kenyal, memang umph la..


decoration kedai ni pun mengancam. memang rock oo..!


dijamin sedap! kalau tak percaya review aku, boleh tengok review oleh geng blogger utara yang lain:

1. Nina Ahmad. (2015 Nov 20). Rockstarz Burger @ Sungai Ara, Penang. Kisah Seiring Usia. dipetik dari http://sukasamko.blogspot.my/2015/11/rockstarz-burger-sungai-ara-penang.html

2. Zumal. (2015 Nov 17). ROCKSTARZ BURGER PENANG. Dunia Zumal. dipetik dari http://duniazumal.blogspot.my/2015/11/rockstarz-burger-penang.html

3. ArYsHaFaYyAd. (2015 Nov 17). The Most ROCK'IN Burger di Rockstarz Burger Sungai Ara | Makan BEST di Pulau Pinang. Kisah Kaseh. dipetik dari http://aryshafayyadh.blogspot.my/2015/11/the-most-rockin-burger-di-rockstarz.html

4. Izzeyda. (2015 Nov 19). Review : Rockstarz Burger, Sungai Ara, Pulau Pinang. Emi Izzeyda Diary's. dipetik dari http://izzeyda.blogspot.com/2015/11/review-rockstarz-burger-sungai-ara.html

5. CikPinz. (2015 nov 19). Rocks di Rockstarz Burger Penang. Cerita Orang Bujang. dipetik dari http://www.cikpinz.com/2015/11/rocks-di-rockstarz-burger-penang.html

6. Alia Farhan Said. (2015 Nov 19). Burger sempoi di Rockstarz Burger Penang. Lady Green. dipetik dari http://aliafarhansaid.blogspot.sg/2015/11/burger-sempoi-di-rockstarz-burger-penang.html

7. El. (2015 Nov 19). #BLOGGERUTARA KASI GEGOR ROCKSTARZ BURGER PENANG | TEMPAT MAKAN BEST DI PENANG | FOOD REVIEW. dipetik dari http://arwendanish.blogspot.my/2015/11/bloggerutara-kasi-gegor-rockstarz.html

8. Murni Alysa. (2015 NOv ). Review ROCKSTARZ BURGER, Sungai Ara, Pulau Pinang. Murni Alysa. dipetik dari http://murnialysa.blogspot.com/2015/11/review-rockstarz-burger-sungai-ara.html

9. Siti Nurzafirah. (2015 Nov ). TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM ROCKSTARZ BURGER, SUNGAI ARA. Siti Nurzafirah punya cerita. dipetik dari http://miamorzafirah.blogspot.com/2015/11/tempat-makan-best-jjcm-rockstarz-burger.html

10. Siti yang Menaip. (2015 Nov 20). TEMPAT MAKAN BEST DI SUNGAI ARA | PENANG - ROCKSTARZ BURGER. Siti Yang Menaip. dipetik dari http://sitiyangmenaip.blogspot.my/2015/11/tempat-makan-best-di-sungai-ara-penang.html



kalau nak singgah, boleh try cari. senang je..

ROCKSTARZ BURGER

118, Taman Tunas Muda,
Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara,
11900 Bayan Lepas, Penang.

(coordinate :   5°19'38.01"N 100°16'22.49"E)

Tel : 019-429 9309 (Sg. Ara)
016-446 6036 (Ayer Itam / Greenlane)

Business Hours : 5.00pm - 1.00am (Isnin - Ahad)

Official IG : @rockstarzburgerofficial

Official FB : Rockstarz Burger

7.11.15

Mini GA | Tiket Free Bas Hop-On Hop-Off

seperti yang aku dah cakap dalam entri Teaser Fam Trip Fun Ride with Penang Hop On Hop Off, aku ada hadiah nak bagi kat korang. hadiah berupa tiket bas Hop-On Hop-Off yang valid untuk bas Penang Hop-On Hop Off DAN KL Hop-On Hop-Off!

so, kalau korang berdekatan KL dan Jauh dari Penang, boleh je naik guna yang KL Hop-On Hop-Off punya. your choice..!

Mini GA | Tiket Free Bas Hop-On Hop-Off



so, aku decide nak bagi hadiah 2 tiket bas Hop-On Hop-Off kepada setiap 3 pemenang*

caranya mudah sahaja.
1. follow Blog Hikayat Budak Pening ini, like FB page Hikayat Budak Pening, dan Blogger Utara
2. publish entri bertajuk "Mini GA | Tiket Free Bas Hop-On Hop-Off by HBP"
3. copy gambar di atas dan link ke sini.
4. berikan sebab kenapa korang nak tiket bas ni dalam entri tu.
4. publish dan letak link url entri korang kat ruangan komen entri ini.

pemenang dipilih berdasarkan:
1. random (1 pemenang)*
2. sebab yang menarik (2 pemenang)

*JIKA siapa yang dipilih secara random DAN berjaya bagi sebab yang menarik, dia akan dapat 4 tiket! so, dalam kes ni, cuma 2 pemenang je la yang dapat.

tarikh tutup penyertaan:
14 November 2015

Let the game begin!



2.11.15

Review | Fam Trip Fun Ride with Penang Hop-On Hop-Off by Blogger Utara

[awas, entri bergambar]

Seperti yang telah aku janjikan dalam entri “Prelude | Famtrip Funride Penang Hop-on Hop-off”, dan "Teaser Fam Trip Fun Ride with Penang Hop On Hop Off",  pada 25 Oktober 2015 baru-baru ni, kami geng #BloggerUtara telah mengikuti rombongan che kiah dijemput untuk merasai sendiri pengalaman menaiki bas Penang Hop-On Hop-Off, The Original Double Decker Tour of Penang di sekitar kawasan pantai dan Bandar Pulau Pinang.

antara ahli geng Blogger Utara yang berkesempatan join Fam Trip Fun Ride with Penang Hop-On Hop-Off ni antaranya Cikpinz, Amanina, AryshafayyadhElZai ZamreeAliaFarah, Pha IsIzzeydaSiti Nurzafirah, dan Murni

Penang Hop-On Hop-Off, The Original Double Decker Tour of Penang


Fam Trip Fun Ride with Penang Hop-On Hop-Off by #BloggerUtara

bas Penang Hop-On Hop-Off ni beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga pukul 8 malam setiap hari.
Bermula jam 10 pagi, kami geng #BloggerUtara berkumpul di Gurney untuk memulakan perjalanan. Bas ni ada dua pilihan sama ada beach route ataupun city route. Mulanya kami naik laluan pantai (beach route).

Penang Hop-On Hop-Off Beach Route


menunggu bas di bus stop Penang Hop On Hop Off nombor 1 di Gurney Drive, bus stop yang terletak di hadapan Gurney Plaza.  


pagi tu ada briefing sikit dari staf Penang Hop On Hop Off. nampak tekun kan aku dengar briefing tu. bukan macam Nina. entah apa la yang dia tengah buat tu. hehehe.

antara view dari atas bas Penang Hop-On Hop-Off di laluan pantai.
picture credit to Nina


I like this picture!

bagi aku, beach route ni memang sangat-sangat best, terutamanya kalau korang naik sebelah pagi. dengan cahaya dan suhu yang masih suam-suam kuku, memang layan menikmati permandangan sekitar pesisir pantai di pulau pinang dengan bas Penang Hop On Hop Off ni.

kalau dok kat bahagian open yang kat atas tu pulak, memang layan angin macam duk atas kapal. tanpa henti dari tanjung bungah, pantai miami, pantai batu feringghi, sampai la ke taman negara teluk bahang.

thorbaek la...!
.
memang layan baq ang..!

aku post gambar naik bas Penang Hop-On Hop-Off ni sampai member penang aku komen :


"hang ni macam tak pernah mai penang!!" 

padahal aku orang penang. nampak tak, sampai orang penang sendiri pun yang dah pernah banyak kali lalu kat laluan yang bas tu pun, still... rasa best gila pusing2 negeri sendiri dengan bas Penang Hop-On Hop-Off ni.

bayangkan feel dia kalau korang orang luar dari penang.!

Next, selepas 2 jam, kami tukar bas pulak, naik bas laluan Bandar (city route). Walaupun beach route ambil masa 2 jam, tapi tak terasa pun 2 jam tu berlalu, sebab masing-masing asyik bergambar dan layan corner layan permandangan sepanjang perjalanan tu.

Penang Hop-On Hop-Off City Route


turun untuk tukar bas City Route pulak. 

dalam laluan kali ni, banyak pergi tempat-tempat yang menarik kat dalam bandar Penang. antara tempat-tempat tu termasuklah Botanical Garden, Kuil Kek Lok Si, Bukit Bendera, Fort Cornwallis, Komtar, Penang Times Square, Masjid Negeri Pulau Pinang dan sekitar bandar George Town Unesco World Heritage Site.

dia punya hembusan angin sampai boleh terlelap. 

antara permandangan yang boleh dilihat dari atas bas Penang Hop-On Hop-Off melalui city route. kalau naik kereta, mesti korang tak pernah perasan gambar meriam kat fort Cornwallis tu kan? (gambar kiri bawah)
gambar kredit kepada Nina

city route ni pun best jugak. ada beberapa tempat tarikan pelancong yang dia bawa, yang ada antaranya aku orang penang sendiri pun tak pernah tau.

Pilihan Cara Naik Bas Penang Hop-On Hop-Off


sebenarnya, bila korang beli tiket bas Penang Hop-On Hop-Off ni, korang ada beberapa pilihan cara nak naik. antaranya :

1. Turun bas untuk melencong sekejap

kalau korang rancang nak singgah lama sikit kat salah satu perhentian tu, korang boleh turun je. ada perhentian yang diorang akan stop (Standard stop), dan ada perhentian yang diorang akan stop kalau korang nak berhenti kat situ (on demand stop). kalau nak berhenti kat "on demand stop", tekan je loceng macam naik bas biasa.

peta. klik gambar untuk tumbesaran sempurna.


yang kaler biru tu "standard stop" manakala yang kaler pink tu "on demand stop".
klik gambar untuk tumbesaran sempurna

sebagai contoh, katakan korang nak mandi sungai kat hutan lipur teluk bahang. korang turun je kat perhentian nombor 33 (taman rimba), tinggalkan bas tu, then pergi mandi manda, hu-ha-hu-ha kejap. lepas tu bila dah habis mandi, korang tunggu kat bus stop tempat korang turun tadi.

kalau korang nak naik kat standard stop, memang bas ni akan berhenti kat situ. tapi kalau korang nak naik kat on demand stop, korang kena pull the pole sehingga tanda berubah menjadi "Pick Me Up". lihat gambar bawah ni:



nanti akan ada bas Penang Hop-On Hop-Off ni yang akan berhenti pick up korang. jarak masa untuk setiap bas datang ke setiap stop lebih kurang 20-30 minit. tak perlu bayar tambah, sebab tiket korang sah untuk mana-mana bas Penang Hop-On Hop-Off dalam masa 24 jam! itu pun kalau korang beli tiket yang 24 jam la. ada yang untuk 48 jam punya.

2. Naik Bas Penang Hop-On Hop-Off Tanpa Turun

ini style yang kami geng #BloggerUtara buat. sebab nak jimat masa, kami tak turun bas. cuma bergambar dari atas bas je. lagipun, dalam bas tu dah ada macam tour guide bagi penerangan pasal tempat-tempat menarik sepanjang laluan tu melalui speaker.



kalau rasa panas, masuk kat bahagian dalam yang ada aircond. kalau cuaca kurang panas dan nak rasa sedap angin bertiup, keluar kat bahagian open kat atas bas tu.

kalau nak buat macam ni, tak nak turun dah kat mana-mana stop, korang naik je dua-dua laluan sampai puas.! your choice..

Cara Beli Tiket Bas Penang Hop-On Hop-Off


korang boleh beli tiket terus atas bas double decker ni, atau kat kaunter tiket bergerak di perhentian Gurney Drive (stop 1) atau di perhentian chowrasta market (stop 9). harga tiket bas Penang Hop-On Hop-Off untuk warganegara malaysia yang mempunya MyKAD adalah seperti berikut:


- Dewasa - RM19 (24 Jam) dan RM 32 (48 Jam)
- Kanak-kanak / OKU / Pelajar - RM12 (24 jam) dan RM 20 (48 jam)
- Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun : PERCUMA

sekarang ada promosi! kalau korang tempah tiket secara online dari 1hb September 2015 hingga 30hb November 2015, boleh dapat harga RM 5! caranya:


1. daftar dan isi BORANG DAFTAR PENYERTAAN PROMOSI TIKET RM5 ni
2. diorang akan email-kan pengesahan pendaftaran.
3. print salinan pengesahan email tu dan bawa masa naik bas.
4. bayar hanya RM 5 atas bas nanti.

[edited on 29/1/2015 : harap maaf, promosi RM 5 ni dah habis disebabkan sambutan yang tersangat meriah]

junior-junior usm aku ada tanya cara nak beli tiket ni sebab diorang plan nak bergambar pre-konvo pakai jubah konvo usm atas bas ni. kreatif kan idea diorang? kalau korang nak bergambar pre-wedding pun cun jugak. just sayin.. hehehe..

Terima Kasih Penang Hop-On Hop-Off!


Ucapan jutaan terima kasih dari kami Geng #BloggerUtara buat pihak Penang Hop-On Hop-Off kerana sudi menjemput kami Blogger Utara untuk mempromosikan Penang HOHO dan menaja makanan petang kami di Seoul Garden, Gurney Plaza.

lepas ber-HOHO, kami melantak pulak. 
gambar kredit kepada Nina

thanks Penang Hop-On Hop-Off. dah belanja makan, siap dapat sijil lagi. hehehe..
(gambar) sijil disampaikan oleh dari Junior Executive Hop-On Holidays, Munirah Roslan dari MyHop-On Hop-Off kepada wakil Blogger Utara, Cikpinz. Cik Munirah ni datang khas dari Kuala Lumpur untuk melayan kami.
(gambar kredit kepada Nina)   


Cuti sekolah pun bermula, buat yang tengah merancang nak bawa family bercuti boleh singgah utara. Pakat mai sini...

review by Blogger Utara yang lain : 


1. Amanina Mads. (2015 Nov 1). Fam Trip Fun Ride Penang Hop-On Hop-Off (Penang HOHO); Kisah Seiring Usia. dipetik dari http://sukasamko.blogspot.my/2015/11/fam-trip-fun-ride-penang-hop-on-hop-off.html


untuk maklumat lanjut berkenaan Penang Hop-On Hop-Off :

http://www.myhoponhopoff.com/

Tel : +6 04-899 2713
Fax : +6 04-899 2713
Hot-Line : 1800-88-5546

For inquiry please contact Marketing Department :
Tel : +6 03 92822713
Fax : +6 03 92822716
Email : inquiry@myhoponhopoff.com | angeline.chen@myhoponhopoff.com

Blogger Utara FB Page