“eh, dulu bukan masa interview dia tak lepas ke? Kenapa boleh dapat kerja pulak?”
“owh.. sebab pak sedara dia orang besar kat situ..”
“owh.. pakai kabel la ni..”

Apa pendapat korang tentang “kabel” ni? paham kan maksud aku? Bila seseorang tu dapat kelebihan atau dipilih hanya kerana dia ada kenalan/saudara yang tolong dia, bukan kerana usaha mahupun kerana ‘kekuatan’ pada diri dia sendiri. Dan dalam masa yang sama, membuatkan orang yang lebih layak tak dipilih.

Contoh scenario, macam kat atas sekali tu. Bila si A dapat kerja bukan sebab usaha dan kelebihan dia yang tersendiri (pengalaman kerja, soft skill, pointer, etc) tapi sebab dia ada ‘kabel besar’. Hanya kerana dia ada saudara yang menjadi 'orang dalam' dapat ‘seludup’ dia masuk kerja kat situ. Dan dalam masa yang sama, orang lain yang lebih layak tak dapat kerja tu.

Kabel Orang Dalam


cable manglish

Mungkin pada sesetengah pandangan orang, benda ni normal. Perkara yang lumrah yang ramai orang buat. Malah, ada yang berbangga kalau dia ada kabel besar. Bukannya berbangga atas usaha sendiri.

Tapi pada aku, kabel ni tetap aku Nampak macam sesuatu yang korup. Terutamanya bila melibatkan pihak yang lebih layak/lebih usaha tapi tertutup peluang. Tidak kah ini sejenis kezaliman? (zalim = meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya)

tapi tu personally bagi aku la. ke guaner?