Posts

Showing posts from January, 2015

Kedekut Papan Tanda

Image
Aku seorang yang suka jalan2 dengan moto tanpa arah tuju sekadar suka-suka. Selalunya aku bila mula perjalanan aku, aku tak tengok sebarang peta, Waze atau mana-mana aplikasi GPS yang lain. Aku sekadar jalan2 berpandukan arah dari papan tanda penunjuk arah jalan. Dari situ, baru la adventure. Bila dah balik rumah, baru aku buka google earth, lepas tu tengok balik kat mana dah yang aku dah sampai, jalan mana yang aku dah lalu. Sejak tu, aku terperasan sesuatu tentang papan tanda kat tepi jalan raya ni. kalau nak dibandingkan antara negeri Pulau Pinang, kedah, dan Perak (sebab 3 negeri ni je yang aku selalu jalan2 dengan moto aku tu), aku rasa negeri Perak ni paling kedekut papan tanda. contoh papan tanda gambar sekadar hiasan sumber[1] Perak Kedekut Papan Tanda Kalau aku jalan-jalan kat perak, mesti aku akan terperasan yang perak tak banyak papan tanda penunjuk arah kat setiap simpang. Bila jumpa 1 simpang, selalu buat aku tertanya : Kalau masuk simpang ni, keluar ke man

Kawan kahwin | Husni

Image
pada 20 Disember yang lalu, aku berpeluang menghadiri kenduri kahwin sahabat sekuliah aku si Husni dan pasangannya yang juga merupakan rakan sekuliah kami, Izzati di kawasan kubang rotan, Alor Setar. dapat jugak jadi pengapit simpanan. ambik berkat masa ni pengapit utama tengah sibuk makan bubur gandum senyap2 je diorang. kami rakan sekelas tak tau pun diorang ni berpasangan. tau-tau dah kahwin. apa2 pun, tahniah buat korang berdua. smoga berbahagia berkekalan hingga ke syurga. ni siap duduk sebelah pengantin atas pelamin lagi. kalau berkat pengantin tak lekat jugak, tak tau la. kenduri kali ni sangat simple, tapi grand . kenduri seperti zaman aku budak-budak dulu dalam kawasan kampung. makanan dimasak secara gotong royong sesama orang kampung. lepas tu ada ' team basuh pinggan ' oleh budak2 kat tepi khemah. juadah pun ala-ala tradisional. ulam-ulam, sambal belacan, ikan kering, dan yang special-nya, ni first time aku pi kenduri makan buah putat ..! ko hado..?

WW #118 | K-pop Haram?

Image
Sumber dan rujukan : Adnin Roslan, Shukery Azizan. (2015 Jan 12). 6 sebab kenapa KPOP haram?. Tarbiah Sentap; dipetik dari http://www.tarbiahsentap.com /2015/01/6-sebab-kenapa-kpop-haram.html

Azam Blog 2014 Gagal

Image
alhamdulillah.. sekarang dah masuk tahun baru, tahun 2015. dan aku sudahpun masuk umur 25 tahun. umur kahwin. sebab nabi kan berkahwin dengan Khadijah masa baginda umur 25 tahun. just sayin'... okay, berbalik kepada tajuk. tahun lepas aku ada anjurkan segmen azam blog 2014 . segmen yang memerlukan peserta menyenaraikan azam untuk blog masing-masing untuk tahun 2014. jom kita tengok azam blog 2014 aku, mana yang dah tercapai, mana yang belum. Azam Blog 2014 Gagal 1.  apply adsense sampai dapat malangnya, tahun lepas aku langsung tak apply google adsens. tak tau kenapa. malas kot. 2. domain sendiri dan url aku pun sampai sekarang masih lagi ber-[dot]blogspot[dot]com. tak ada mood nak tukar nama domain lagi. 3. follower mencapai 3k google friend connect dan 2k untuk G+ follower blog semasa entri ini ditulis : 1848 (tak mencapai) follower G+ semasa entri ini ditulis : 2499 (alhamdulillah, tercapai) 4. unique visitor minimum 300 daily yang ni bergantung kepada count

Pengomen Pening Sepanjang 2014

Image
tahun 2014 sudah pun berlalu. banyak jatuh bangun aku dalam dunia blog sepanjang tahun lepas. tapi, semua tu tak akan bermakna kalau tak ada orang datang singgah dan komen kat blog aku ni. jadi di kesempatan ni, aku nak list-kan senarai pengomen tegar blog Hikayat Budak Pening ni sepanjang tahun 2014. jutaan terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan buat korang. dan thanks jugak kepada mereka yang selalu ke sini tapi tak tersenarai. maybe next year... hehehe... tanpa korang, siapa la aku.. :) 1. Cik Misstree cik-misstree-macam2-ada.blogspot.com 2. Muhammad Khairuddin Lim kakitravelkhairuddin.blogspot.com 3. Faizal Mohamad Twon Tawi  www.syukurnyasihat.com 4. Akif Imtiyaz  akifimtiyaz3.blogspot.com 5. RDZ Z myblogsantai.blogspot.com 6. Khir Khalid  www.khirkhalid.com 7. paridah karyaku-paridahishak.blogspot.com 8. Azlealee Bashir chenachenis.blogspot.com 9. Ahmad Zu Mal Md Rayi duniazu

Cerita Genius

Image
Aku seorang yang agak suka cerita-cerita yang berkisarkan seorang watak yang genius. Tak kisah sama ada filem, cerita bersiri, mahupun anime. Asalkan cerita tu pasal orang genius, aku akan tengok. Antara cerita yang aku dah tengok antaranya : Siri Leverage Burn Notice Sherlock (BBC) Prison Break anime Code Geass Death Note Initial D (Takahashi Ryosuke) Naruto (Nara Shikamaru) Filem 21 (2008) Colombiana (2011) Death Note Trilogy Dragon (Swordsmen) aka Wu xia (2011) Escape Plan (2013) Flypaper Jack Reacher (2012) Law Abiding Citizen (2009) Limitless (2011) Beautiful Mind Sherlock Holmes Duology (2009, 2011) Hmm.. Apa lagi yer..? korang ada suggestion lain?