bila tengok jumlah pageview blog ni, dah nak cecah 0.5 juta. sikit je lagi. (nak jugak gunakan perkataan 'juta' tu, nak bagi nampak sempoi, padahal boleh je nak guna 500K). 

Alhamdulillah..

kali ni aku saja nak buat simple contest kepada pembaca aku yang bertuah. korang blogger memang suka hadiah2 ni kan..hehe.. caranya mudah sahaja. tak perlu buat entri bagai. 

caranya, nampak tak pageview counter yang bertajuk "Countdown 0.5 Juta Pageviews" tu? (sidebar kanan atas sekali) kalau ditaqdirkan suatu hari masa korang melawat blog aku, counter tu tunjuk nombor 500000 hingga 500010, korang print screen-kan counter tu. then hantarkan gambar printscreen tu kat PM inbox FB aku : Pha Is 

terma dan syarat penyertaan : 
1) hanya untuk warga negara malaysia (supaya senang aku nak pos hadiah)
2) mempunyai blog tak ada blog pun boleh. sesiapa sahaja yang membaca blog aku ni layak menang walaupun dia silent reader. asalkan tak bercanggah dengan syarat yang pertama.
3) pemenang dikira bila berjaya printscreen nombor yang paling dekat dengan angka 500000.
4) hadiah hanya untuk 1 pemenang. kalau lebih dari seorang yang berjaya printscreen nombor yang sama yang paling dekat dengan 500000, orang yang paling awal PM akan dikira sebagai pemenang. 
5) sila jujur. kalau printscreen kemudian edit nombor, itu antara kamu dan Tuhan..
6) tarikh tutup sampai angka counter tu melebihi 500010 pageview.
7) keputusan adalah muktamad. sebarang rayuan tidak akan dilayan. hehehe...

hadiahnya, 1 dirham darul takzim (syiling perak 999, seberat 2.975g) untuk 1 pemenang. 


semakin kerap korang melawat blog aku, semakin tinggi peluang untuk menang. good luck..!!!