hasil dari mini GA kad raya 2014 aku yang lepas, aku berjaya mengepos sejumlah 20 pucuk kad raya. Alhamdulillah.. walaupuan tak banyak, ada pertambahan berbanding bilangan kad raya yang aku pos pada tahun 2013


sekurag-kurangnya matlamat penganjuran GA aku tu tercapai. tak kisah orang nak balas atau tak. sekadar berkongsi kegembiraan mengembalikan zaman kegemilangan pos kad raya suatu ketika dahulu.

dan Alhamdulillah, so far aku dapat balasan 3 kad raya dari 3 orang blogger. mereka adalah :

kad raya pertama yang sampai dari blogger Ahmad Zu Mal Md Rayi 


kad raya yang kedua sampai dari blogger Kathy R'bain

kad raya yang ketiga datang dari blogger Zuki Din 


kad raya keempat datang dari blogger Faizal Mohamad Twon Tawi


kad raya yang kelima dari blogger Nor Ariffin Hamzah a.k.a CP

kad raya keenam datang dari blogger Kak Lya 

apa2 pun, kepada yang lain, saya turut ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan salam aidilfitri kepada semua pembaca blog ini sama ada yang silent mahupun tidak. 

akhir kata : 

Seperti janjiNya yang benar
Ramadhan bulan ampunan 
Dan Ramadhan beransur pergi,
Datangnya Syawal dan menjelma Aidilfitri,

Pada langkah yang membekas lara
Pada kata yang merangkai dusta
pada tingkah yang menorah luka
Seikhlas hati saya menyusun jari  
Memohon dimaaf kekhilafan diri,
Andai tersalah kata tersilap bicara
Sepanjang perkenalan di alam maya

Moga keberkatan Ramadhan
Agar Kemuliaan Syawal
Menjadi mahar seorang hamba
Untuk melamar cinta Tuhannya

Minal aidil wal faizin
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Ikhlas dari,
Pha is