26.7.14

Kad Dan Ucapan Raya 2014

hasil dari mini GA kad raya 2014 aku yang lepas, aku berjaya mengepos sejumlah 20 pucuk kad raya. Alhamdulillah.. walaupuan tak banyak, ada pertambahan berbanding bilangan kad raya yang aku pos pada tahun 2013


sekurag-kurangnya matlamat penganjuran GA aku tu tercapai. tak kisah orang nak balas atau tak. sekadar berkongsi kegembiraan mengembalikan zaman kegemilangan pos kad raya suatu ketika dahulu.

dan Alhamdulillah, so far aku dapat balasan 3 kad raya dari 3 orang blogger. mereka adalah :

kad raya pertama yang sampai dari blogger Ahmad Zu Mal Md Rayi 


kad raya yang kedua sampai dari blogger Kathy R'bain

kad raya yang ketiga datang dari blogger Zuki Din 


kad raya keempat datang dari blogger Faizal Mohamad Twon Tawi


kad raya yang kelima dari blogger Nor Ariffin Hamzah a.k.a CP

kad raya keenam datang dari blogger Kak Lya 

apa2 pun, kepada yang lain, saya turut ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan salam aidilfitri kepada semua pembaca blog ini sama ada yang silent mahupun tidak. 

akhir kata : 

Seperti janjiNya yang benar
Ramadhan bulan ampunan 
Dan Ramadhan beransur pergi,
Datangnya Syawal dan menjelma Aidilfitri,

Pada langkah yang membekas lara
Pada kata yang merangkai dusta
pada tingkah yang menorah luka
Seikhlas hati saya menyusun jari  
Memohon dimaaf kekhilafan diri,
Andai tersalah kata tersilap bicara
Sepanjang perkenalan di alam maya

Moga keberkatan Ramadhan
Agar Kemuliaan Syawal
Menjadi mahar seorang hamba
Untuk melamar cinta Tuhannya

Minal aidil wal faizin
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Ikhlas dari,
Pha is


39 comments:

  1. Tahniah, dapat pos 20 keping kad raya. Byk tu.

    Taqabballahu wa minna wa minkum. Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Pha Is sekeluarga di Penaga, Seberang Prai, Penang. Maaf Zahir & Batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Typing error Taqabballahu wa minna wa minkum yang sebenarnya Taqabballahu minna wa minkum.

      Delete
  2. selamat hari raya adik.... maaf zahir n batin. kumpul duit raya byk2 tau! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya dah x layak dah nk kumpul duit raya.. hehe..

      Delete
  3. Salam lebaran bro!maaf zahir&batin...

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Pha Is dan keluarga..
    Moga raya kali ni lebih bermakna berbanding tahun sebelum ni..
    huhuhu.. tahun lepas dapat kad raya tapi tahun ni tak sempat join..

    ReplyDelete
  5. salam lebaran yang bakal menjelang tak lama lagi phais :) Mana ni kad raya tak dapat pun :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, x dapat lagi ke..? dah hantar lama dah.. hmm.. ada tersangkut kat pjabat pos mana2 kot..

      Delete
    2. masih tak dpt hingga sekarang phais :(

      Delete
    3. ala.. penat2 pakarag ayat.. hehe

      Delete
  6. kad raya tu leh buat hiasan kat umah nnt

    ReplyDelete
  7. salam idulfitri pha is maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  8. selamat menyambut syawal yg mulia . mohon maaf sekiranya ada komen - komen yg mengguris rasa . semoga berbahagia bersama keluarga di hari yg mulia .

    ReplyDelete
  9. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat Pha Is, maaf zahir & batin.
    Jngn pening2 pala raya ni eh... Salam ceria Aidilfitri ikhlas dari saya... :) :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,
    Kad raya pengerat hubungan sesama blogger... :)

    Salam Lebaran buat Pha Is sekeluarga. Semoga Syawal ini disambut dengan gembira bersama insan2 tersayang. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan.
    Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... :)

    ReplyDelete
  11. salam pha is... niesa dah dpt dah kad raya..hihi..tq!Salam lebaran maaf zahir dan batin.. ^_^

    ReplyDelete
  12. Cantik2 la kad raya dia, nk2 yg warna pink tu...
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.......;-)

    ReplyDelete
  13. Salam Aidil Fitri buat Pha Is & family. Mohon maaf jika ada yang tersentuh sepanjang berblogging ya...

    ReplyDelete
  14. Byk tu...selamat hari rays aidilfitri pha is

    ReplyDelete
  15. Budaya kad raya ni makin ditelan zaman... apa pun, salam lebaran. Taqabballahu minna wa minkum :)

    ReplyDelete
  16. SALAM AIDILFITRI untuk Phais....
    Terima kasih kerana masih sudi menjengah ke TERATAK BUNDA yang tak seberapa ini...

    ReplyDelete
  17. Waa.. banyaknya dapat kad raya ye :) Selamat Hari Raya !! :D

    ReplyDelete
  18. wahhhh...banyak gak kad raya ko dapat...pemes brader nie..hehehe..insyallah nanti kad raya aku pula bakal menyusul..hehehhe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  19. Selamat Hari Raya Aidilfitri Pha Is ^_^

    ReplyDelete
  20. Selamat Hari Raya AIdilfitri Maaf Zahir dan Batin

    ReplyDelete
  21. wah.. ruginya tak datang blog ni awal2.. kalau tak boleh join GA and dpt kad raya.. hihi.. by the way, selamat hari raya

    ReplyDelete
  22. Selamat hari raya, maaf zahir batin paiz, saya dapat dua kad je tahun ni...

    ReplyDelete
  23. Wah Pha Is pun banyak dapat kad raya

    ReplyDelete