seperti mana tahun yang lepas dalam entri Segmen kad raya 2013, tahun ni aku ingat nak buat lagi sekali 'projek pos kad raya'. motif GA kali ni adalah sekadar untuk mengembalikan zaman kegemilangan pos kad raya cara old school guna pos malaysia.

kad raya yang berjaya dihantar tahun 2013

kalau tahun lepas, aku berjaya hantar 13 kad raya, tahun ni kita tengok nanti banyak mana. bagi sesiapa yang nak rasa lagi sekali  feel buka sampul kad raya selepas dihantar abang posmen dengan moto ex-5 merah beliau, boleh ikut langkah2 dibawah :

1. follow blog Hikayat Budak Pening ini, follow Google+ dan like FB fanpage Hikayat Budak Pening.
2. tak perlu buat entri
3. hantarkan nama dan alamat anda pada inbox fb fanpage Hikayat Budak Pening
4. kalau nak saling bertukar kad raya pun boleh. tiada paksaan. kalau nak hantar, sila minta alamat Pha Is kat inbox tu.
5. tarikh tutup adalah pada hari ahad, 13 Julai 2014 jam 11.59 malam.

okay.. salam ramadhan dan selamat hari raya.. #eh