28.2.14

Wishlist #6 | Menembak Senapang .50 Caliber

dah lama tak sambung entri wishlist aku. kalau nak tengok wish list aku yang sebelum ni, boleh tengok kat sini : wishlist #1, wishlist #2, wishlist #3, wishlist #4, dan wishlist #5.

Menembak Senapang .50 Caliber


antara wishlist aku, adalah nak merasa menembak menggunakan mana-mana senapang yang menggunakan peluru .50 caliber. bukan nak memiliki, tapi cuma nak merasa pengalaman menembak guna senapang tu. walaupun sekali, jadi la.

sebelum ni, aku pernah menembak dengan menggunakan senapang colt M16 caliber 5.56mm masa dalam kem PLKN. tak best sangat pun, rasa dan bunyi macam tembak angin je.

sniper rifle
colt M16 caliber 5.56mm
senapang .50 caliber ni ada banyak jenis. aku tak kisah mana-mana pun, janji yang peluru .50cal. contohnya, Barrett M99 variation .416 macam kat bawah ni :

sniper rifle
Barrett M99 variation .416

Beza Saiz Peluru


kenapa mesti peluru .50cal? sebab saiz dia yang besar. contohnya, panjang peluru .50 cal tu lebih dari 2 kali ganda panjang peluru 5.56mm (peluru untuk colt M16). meh aku nak tunjuk beza peluru .50 cal dengan peluru2 senapang biasa.

different ammo size, 5.56mm, .50 cal, 7.62mm, 9mm
beza saiz peluru

ammo different diameter, .50 cal, 7.62mm, 5.56mm
beza diameter peluru

Recoil yang tinggi


nampak kan beza dia. Newton's 3rd law of motion mengatakan, setiap 'action force' akan ada 'reaction force'. jadi, semakin berat peluru dia, semakin kuat recoil senapang tu. feeling recoil tu yang aku teringin nak merasa.

newton's third law of motion, action reaction force,
recoil

kalau nak tengok recoil dia macam mana, tengok video kat bawah ni :



sumber dan rujukan : 

1. Hodge H. (2011 Feb 2). Army Sets Sights on New Rifle: Competition Would Replace M16s and M4s, Workhorses With Reliability Issues. The Wall Street Journal. http://online.wsj.com/news/articles/SB10001424052748704124504576118550237336920
2. Guns & Ammo 101. (2013). What is Caliber? Bullet Sizes Explained. http://www.gunsandammo.info/ammo/what-is-caliber
3. EkShiksha. Force and Law of Motion. http://www.it.iitb.ac.in/ekshiksha/eContent-Show.do?documentId=65
4. usmcboyer. (2011 Oct 21). 50 Cal. Sniper Rifle Recoil. Youtube http://youtu.be/mstsCm2df5A
5. Wikipedia. Barrett M99. http://en.wikipedia.org/wiki/Barrett_M99

60 comments:

  1. Mesti minat tengok citer yang ada sniper ni...hehe

    ReplyDelete
  2. hana minat gila bab2 yang ada sniper ke apa ke. best ! minat gila bro ! haha

    ReplyDelete
  3. Tak tahu sangat bab senapang ni..tapi kalau movie yang ada sniper memang best..

    ReplyDelete
  4. too many stupid people.. not enough bullet.. hehe

    ReplyDelete
  5. jaga2 bro, ada rifle bercaliber besar ni spring tak bagus atau takde spring langsung. patah bahu kang!

    ReplyDelete
  6. kalau dapat layan pergh.. memang best arr.. ;)

    ReplyDelete
  7. Minat machine-gun? Ada Browning M2 dan DShK. Minat pistol semi-auto? Ada Desert Eagle. Saya dapat pistol 9mm dah le, untuk pertahanan diri. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sebijik ke 9mm tu..? hehe
      saya utk pertahan diri, pakai silat je, sbb pistol x bleh nk bawak merata. silat sentiasa ada dalam diri.. hehhe
      ni just sekadar minat je.. heheheh

      Delete
  8. teringin jugak tpi tak prnah lgi berpeluang nak menembak. plkn plak x dpat :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah dia tu dpat plkn.. huhu

      Delete
    2. hahaha.. ala, bagi saya, x dapat pun x pe.. boleh je hidup.. heheh

      Delete
  9. Selepas ini, Blog ni akan di pantau ketat oleh PDRM, CIA dan Taliban...Jaga2! hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. cukup la blog ni pernah dipantau oleh lembaga farmasi malaysia.. hehehe

      Delete
  10. kalo peluru besar nih, recoil lg tggi la. mana yg x kuat tuh, takut terpelanting je. hehehe...

    ReplyDelete
  11. wow....takut saya..sy xpnh teringin nak pgg pun..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pesan guru silat saya, jangan takut kat senjata.. sbb senjata api sekali pun, kalau Allah x izin, x kan boleh menembak.. takutlah pada Allah.. hehehe..

      Delete
  12. hihhih..bab plkn tu mmg rasa mcm tembak angin...

    ReplyDelete
  13. Oh, pernah mengikuti PLKN ya. Nampaknya program ni amat berkesanlah.

    ReplyDelete
  14. Fuhh Pha Is.. syok juga baca entri ni.. lama juga saya baca nak memahamnya, dah mcm study nk exam pulak. Saya minat ttg kisah2 kelengkapan askar terutama zaman WW2.. tp tak tertumpu pada senjata api shj. Tertarik baca ttg ni... trylah cari info & daftar kelab2 menembak. Untung2 kenal org2 yg boleh membantu mencapai impian tu. Semoga dpt mencapai apa yg dihajati nnti ye... aamiin.
    3x laneige demi menghargai entri ini.. salam Jumaat.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi dengar citer macam mahal je nk masuk kelab menembak ni.. heheh
      thanks..

      Delete
  15. bestnya kalau dapat tembak. mesti tidur senyum sampai telinga

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak kot, sbb kalau baru lepas tembak pkai senapang tu, telinga maih lagi berdesing sbb bunyi dia yg kuat.. hehehe

      Delete
  16. Selepas kes pembunuhan staff AmBank tu, phobia tengok senapang. Bila tengok guard dengan senapang nya..memang seriau...

    ReplyDelete
  17. Pha Is,

    Aku pernah tanya Kelab Menembak Subang, staff dia jawab, "Yuran Pendaftaran RM2,000." Terus aku letak telefon.
    Kawan aku yang kerja satu syarikat engineering bertuah, sebab boss dia suruh syarikat sponsor staff yang minat nak masuk. Merasa tembak pakai pistol, rifel dan mesingun.
    Kalau nak merasa latihan (murah), masuklah RELA atau WATANIAH.
    Jom?
    *Aku dah minta masuk RELA tahun lepas lagi bulan 4, tapi mungkin sebab Mamat security guard yang rompak (dan tembak staf) AMBANK tu dah kantoi, RELA ketatkan kemasukan. Sampai sekarang belum lulus. Tapi hang cuba je lah.. *

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. agak mahal la..
      hmm. rasa x patut kalau masuk RELA dan WATANIAH semata2 nk menembak je.. lagipun takut nnti x bleh nk bagi komitmen..

      Delete
  18. Wah minat sungguh ye..mai kita main tembak menembak....hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. kita main tembak2 dengan paintball.. hehehe

      Delete
  19. mak aih... ganasnya tuan blog ni.. nak tembak, tembak la ye, jangan tembak orang sudah.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. ganas sangat ke..?
      x main ar tembak orang.. kalau orang, pakai buah silat je..hehehe

      Delete
  20. sebab lelaki kot..so ..ade keinginan2 mcm ni..hehe..jihad fi sabilillah! =)

    sy pun terign gak kalau ada peluang kan...=)

    ReplyDelete
  21. wah jarang org ada wish list mcm ni..
    ni kira wishlist yg gempak bro.. he..he..
    last aku main tebak menembak..
    masa kecik2.. itupun snapang papan pakai terung pipit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la.. dulu masa kecik2 main bnda tu la.. senapang dari batang pokok bemban.. tak pun main caplong, pakai 'peluru' buah pokok palas..

      Delete
  22. aku pon dapat try time plkn,,tu pon da bgge giler rase,hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. aku x puas hati kot masa pkai m16 kat plkn.. peluru diorang bagi x cukup.. x puas..

      Delete
  23. peluru hidup ke tu pha is? bahaya tu.. nak menembak guna senapang ni kena ada lesen juga ke pha is? churp2 je yang muncul semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hidup ler.. hehehe..
      pasal lesen saya x pasti.. kalau x silap, nk memiliki senjata api mmg kena lesen. kalau stakat nak menembak, x sure plak.. heheh

      Delete
  24. mcm GPMG.. best.. bab senjata nie Fiza banyak timba ilmu masa zaman kadet dulu..

    ReplyDelete
  25. tu jenis mesin gun. minat saya kearah sniper rifle yg gna peluru .50

    ReplyDelete
  26. amboiiiii.. besar sungguh wish mu phais.. tgok senjata api jadi seriau lg lg kes org mati kena pump gun.. wooo sob sob sob.. simpan duit 2k la cmtu nak join kelab tembak tembak... akk mmg x detail pasal peluru ler segala bab senjata api.. tapi dasyat jugak info ni.. terbaik pha is!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. x kot rasanya kalau nk join kelab tu.. sekadar dapat merasa tembak sekali, cukup la.. heheh

      Delete
  27. x pernah lagi pegang senjata api...biasa tengok kt muzium jer...apa la feel nya..bila menembak tu yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau M16 tu, rasa biasa je.. mungkin seronok sebab dapat feel bengang telinga.. heheh

      Delete
  28. Teringat kat arwah ayah.. die ade senapang dan ade lesen.. Nurul nak pegang senapang pun dah seriau semacam...

    ReplyDelete
  29. Xsempat try time kerja kat PLKN dulu,......;-)

    ReplyDelete
  30. Em try dah M16, orang dah x pakai dah senjata ni.. tapi bleh tahan lah..

    ReplyDelete