bila boring duduk kat rumah, aku buat mini-experiment sikit. saja nak kongsi kat sini hasil experiment tu.
objektif :
untuk mengenal pasti perbezaan kelajuan yang ditunjukkan oleh meter kelajuan motosikal honda wave 125x ultimo dengan kelajuan yang ditunjukkan melalui GPS.
introdustion :
dulu, seperti yang telah aku ceritakan dalam entry yang bertajuk
wave 125x ultimo, aku perasan terdapat perbezaan ketara antara motosikal aku, honda wave 125x ultimo dengan motosikal kawan aku, antaranya yamaha legenda 115z dan yamaha LC 135. dalam pemerhatian aku, meter motosikal aku lebih "berat" berbanding motosikal kawan aku.[1]
sejak tu, aku mula mencari jalan untuk mengetahui ketepatan meter kelajuan motosikal aku. member aku si Jemey telah mencadangkan agar aku compare meter tu dengan aplikasi GPS kerana menurut beliau, meter GPS lebih tepat berbanding meter motosikal/kereta (Nikong, J., 2011)
apparatus :
motosikal honda wave 125x ultimo (mileage ± 22000)
aplikasi (app.) wisepilot
method :
motosikal honda wave 125x ultimo telah ditunggang dengan 3 kelajuan yang berbeza di atas lebuh raya utara selatan disekitar antara susur keluar sungai petani (s) kedah dan susur keluar bertam, kepala batas, pulau pinang, menghala ke arah selatan
result :
bila aku bawak 80km/j, 90km/j dan 100km/j, kelajuan GPS mencapai dalam aplikasi wisepilot tu masing-masing mencapai 75km/j, 84km/j, dan 93km/j.
meter moto kelajuan GPS
80km/j 75km/j
90km/j 84km/j
100km/j 93km/j
calculation :
graf kelajuan dari GPS melawan kelajuan dari meter motosikal
gradient
= (y2-y1) / (x2-x1)
= (93-75) / (100-80)
= 18/20
= 0.9
jadi, equation y = mx + c :
y = 0.9 x
discussion :
melalui hasil kajian ni, so, memang terbukti meter motsikal aku taklah "seberat" yang disangka. kelajuan yang ditunjukkan oleh meter motor aku lebih laju dari sepatutnya. ketepatannya adalah sebanyak 90%.
dulu, aku pernah try meter motosikal honda wave 125x ultimo aku dengan meter motosikal yamaha LC 135 dan Yamaha lagenda 115z dan hasilnya, meter motosikal honda wave 125x ultimo aku lebih berat berbanding meter mereka. jadi, kalau meter motosikal aku ni lebih ringan berbanding dengan kelajuan sebenar, berapa ringan meter motosikal mereka?
conclusion :
meter motosokal honda wave 125x ultimo aku lebih ringan jika dibandingkan dengan kelajuan yang sebenar.
rujukan :
1. Pha is. (2011). Hikayat Budak Pening: Wave 125x Ultimo. retrieved from :
http://pening-pala.blogspot.com/2011/08/wave-125x-ultimo.html
2. Pha is. (2012). Hikayat Budak Pening: Komen Motosikal Wave 125x Ultimo. retrieved from:
http://pening-pala.blogspot.com/2012/05/komen-motosikal-wave-125x-ultimo.html