tetiba je aku terasa nak buat entri pasal cpuv ni. sebelum ni aku tak pernah langsung buat entri 'isytihar' cpuv yang aku dapat. aku diam-diam je. tup tap, terus keluar no. 12 punya. hehe..

sedih hati


dulu, aku tak nak buat entri isytihar dapat cpuv baru ni. sebabnya aku pernah rasa sepertimana blogger yang tak dapat cpuv rasa, bila tengok blogger lain dengan riang gembiranya publish entri isytiharkan yang diaorang dapat cpuv baru.

sedih tau.! bayangkan la, selama 2 tahun 8 bulan aku letak iklan nuff tapi langsung tak dipandang untuk dapat cpuv. lepas tu baca plak entri blogger lain tengah seronok dapat cpuv baru. jeles pun ada masa tu.

kalau korang buat entri isytihar cpuv macam ni dan kemudian dapat komen seperti "untonglaa.....", tahukah korang yang kemungkinan besar pengomen tu sedih hati sebenarnya bila baca entri tu. (based on experience) 
 
sampailah akhirnya aku merajuk dan hantar tiket ke nuffnang. lepas tu, baru dapat merasa ni'mat cpuv buat pertama kalinya. sedih tak? hehehe...

cpuv #12



hijau : cpuv pertama pada 30 Julai 2013. selama 3 tahun aku berblog, baru 4 bulan lebih je aku merasa ni'mat cpuv.

merah : so far hanya 3 je cpuv yang on going. aku pernah tengok ada seorang blogger ni yang dapat sampai 9 cpuv on going (lihat entri :  9 cpuv on going) okay, aku jeles balik. hehe.. tapi x pe, rezeki masing-masing. tak boleh nak dengki.

biru : cpuv terbaru. Watsons 

jalan penyelesaian



so, kali ni aku tak nak 'isytihar' dapat cpuv saja tapi nak kongsikan sekali cara dan jalan penyelesaian kepada mereka yang pernah senasib dengan aku dulu. bagi mereka yang belum pernah dapat cpuv lagi walaupun dah lama mendaftar dengan nuffnang, try hantar tiket. kalau tak tau caranya, boleh tengok sini : cpuv - cara hantar tiket nuffnang

Watsons


cpuv terbaru yang aku dapat dari Watsons. Alhamdulillah.. rezeki di hari jumaat yang mulia ni. korang pun kalau nak dapat pahala lebih, boleh la klik iklan aku sambil niat sedekah di hari jumaat ni. (just saying). hehehe.. nanti aku balas isi tabung..



p/s : hujung minggu ni sibuk sikit sebab hadiri kursus kahwin. teeettt..  nmpak tak permainan aku disitu?


maa'ssalamah,
Pha is