pagi tadi seluruh warga USM dikejutkan dengan berita kematian seorang bekas pelajar akibat kemalangan. walaupun aku agak kurang mengenali arwah, aku doakan semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. ameen..

macam yang aku pernah cerita sebelum ni dalam entri Persediaan Hidup, tika mana umur lingkungan 20-an ni tak bermakna hanya memikirkan soal persediaan untuk bekerja dan berkahwin semata. fikir sama soal persediaan menghadapi maut kerana ajal tak mengenal usia.

arwah sama umur dengan aku. tapi beliau pergi dulu menghadap Dia. bila-bila masa sahaja aku boleh menyusul. bersediakah aku? bersediakah anda?


Mohamad Iswandi bin Ishak
Dilahirkan pada 5/12/1990
Meninggal pada 5/12/2013
pernah menjadi Timbalan Bendahari PMI USM
pernah menjadi MPP USM
pernah menjadi MPP Pusat Pengajian Teknologi Industri USM
mohon sahabat-sahabat yang mengenali arwah untuk menghalalkan segala amanah yang telah arwah pikul secara rasmi
semoga arwah dalam kalangan orang yang beriman
al-Fatihah..



maa'ssalamah,
Pha is